Oct 10, 2011

Cermin kereta sakit , jumpa la Dr. Cermin


Selamat pagi..

Tiga hari bercuti dari mengupdate belog.Keinginan nak bercerita tu ada tapi mood je x sampai². Nie semua gara² belog aku buat hal la. Jenuh aku cari di mana silapnya tapi sampai sekarang x jumpa² lagi. Sakitnya la hati! Bloglist aku still x keluar sepenuhnya , walaupun sudah di update baru.. Kemudian bloglist di blogger lain juga x keluar untuk update terkini. Apa la masalahnya pun tak tahu la! Kalau orang sakit boleh jumpa doktor , kalau kereta sakit leh pergi bengkel tapi kalau belog aku sakit mane aku nak pergi huwaaaaa!

Cerita pasal kereta nie , tadi seawal pagi lagi adinda ku telifon menceritakan masalahnya. Cermin keretanya retak dari kecik dah membawa ke besar.X tahu kenapa secara tiba² je..padahal kereta tu kereta baru tapi boleh jadi macam tue. Masalah sekarang adinda aku nie x ada amek insurans untuk cover cermin kereta, jadi terduduk la dia bila dengar kena beli cermin kereta baru huhuhuhu! Sebelah tangan dah confirm keluar punya.

Sebelum ganti cermin kereta baru , en.hubby menyarankan supaya adinda pergi ke doktor cermin untuk mengubati cermin tue.At least boleh pakai untuk tige ke enam bulan lagi. So dalam jangka masa tue boleh la kalau dia nak kumpul duit.Tak ada la terasa duit banyak keluar.

Sekarang nie banyak kedai yang boleh membaiki cermin retak , sumbing , terkopek , pecah dan sebagainya di sebabkan oleh batu, skru atau apa² makhluk asing yang berterbangan sewaktu kita memandu.Terutama sekali di kawasan yang banyak batu² kecik dan tambahan pula kalau kereta kita berada di belakang lori. Lagi la mudah terkena objek asing tue!Atau mungkin juga cermin itu retak secara tak semena² tanpa ada objek yang terkena di cermin kereta. Kalau keadaan macam tue , kira cermin yang di gunakan tidak berkualiti ke atau macam mane???!!

Tapi ada masalah lagi kalau nak pergi jumpa doktor cermin nie , bila adinda bertanyakan orang di mane boleh baiki cermin atau berjumpa dengan doktor cermin. Semua orang akan ketawakan dia..Bunyinya agak lawak tapi hakikatnya ia memang wujud. Sebagai contoh di shah alam dekat Taman Sri Muda. Di sana ada kedai untuk membaiki cermin. Nama kedai ni Dr. Cermin.Harga agak munasabah. Ada 7 jenis pecah yang boleh dirawat. Harga mengikut jenis pecah dan saiznya.(kalau pecah nya kecik jer, tapi kalau besar, baiklah tukar jer windscreen tu)

So lepas ni kalau cermin kereta anda mengalam luka kecil , boleh la pergi berjumpa dengan dr.cermin.





Oct 7, 2011

10 Pesanan iman Shafie yang perlu di ikuti


Salam Jumaat semua..

Semalam aku terbaca pesanan ini dan rasanya ia perlu dihayati oleh kita semua.. Anda semua boleh membacanya di bawah ini..

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ”

Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
  1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada. 
  2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH 
  3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi. 
  4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
  5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan. 
  6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah. 
  7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 
  8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat. 
  9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH. 
  10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign