Jan 1, 2014

Tahun baru 2014 di SINAR RAUDAH


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Hari ini bermulalah perjalanan hidupku di tahun baru 2014...semoga seluruh ahli keluargaku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan ALLAH s.w.t.

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang tahun baru 2014... Syukur alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bernafas dan berkesempatan hidup di bumi Allah ini.. Jangan sia-siakan peluang yang ada.. Berbanyakkan amalan baik di dunia mahupun bekalan di akhirat.. Semoga hidup kita semua lebih diberkati...

Masih ada azam tahun 2013 yang belum tercapai sepenuhnya. Semoga ALLAH s.w.t terus memberi kekuatan untuk ku melaksanakannya. Semoga terus istiqamah membuat perubahan besar dalam hidup ini. Biar secara beransur-ansur dan perlahan-lahan, janji yang penting ia berkekalan. Semoga dikurniakan hati yang ikhlas untuk jihad ini. InshaAllah..






Dec 23, 2013

Assalammualaikum w.b.t...

Lamenya x menulis, rasa kekok pulak.. Tak tahu nak mulakan dari mana.. Maaf ye pada kawan- kawan yang tinggalkan komen di blog dan mesej di page sinar raudah.. Saya terpaksa ambil masa yang lama untuk jawab pertanyaan semua.. InshaAllah saya akan cuba jawab satu persatu pertanyaan semua tapi bagi saya sedikit waktu ye..

Hari nie saya share sedikit info yang saya tahu mengenai hubungan kelamin bagi wanita yang memiliki rahim terbalik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign