Jan 21, 2011

Memenuhi undangan di rumah rakan blogger


Herm... Semua komen akan di balas sekembalinya aku nanti.Sekarang aku sedang bersiap-siap untuk ke rumah blogger Hisbani bagi memenuhi undangan ke majlis harijadi adik bongsunya. Untuk review blog serta tutorial seterusnya akan di update lewat sikit..Harap maaf segala kesulitan amat di kesali. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen ini * ada ke yang nak bertanya*.Ok have to go daaaaaaa!!!



******Happy Blogging******

Tutorial cara membuat background bercorak dalam blockquote



Sebelum nie aku pernah buatkan tutorial cara membuat blockquote berwarna tapi untuk hari nie pula bagi menjawab pertanyaan MAMA ZHARFAN dan ELLEN jadi aku akan tunjukkan pula bagaimana untuk membuat background bercorak dalam blockquote. Actually meletakkan background di blockquote adalah untuk menjadikan blockquote korang nampak lebih cantik dan menarik dan tidak la seperti biasa yang hanya berlatar belakangkan warna semata-mata.

So untuk tutorial kali nie adalah sangat mudah sekali. Stepnya same saje seperti korang membuat blockquote berwarna tapi bezanya korang cuma kena tukar warna itu kepada backround yang mane korang boleh pilih di SINI * yang ada tulis background tue* Cari la satu-satu sehingga berkenan di hati. Bila dah jumpa , kita belajar pulak step bagaimana untuk meletakkanya di dalam blockquote.

Step 1

Dashboard > Design > Edit HTML

*tapi sebelum tue korang haruslah Download Full Template terlebih dahulu.Ini untuk langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini.

Step 2

Ctrl + F

*korang tekan secara serentak dan hasilnya akan keluar satu kotak kecil di sebelah kanan atas*

Step 3

Dah jumpa korang copy dan paste code di bawah nie di dalam kotak kecil itu. *ia bagi memudahkan korang mencari code seperti di bawah*

blockquote

Step 4

Dah jumpa korang copy pula code seperti di bawah nie.

blockquote {
margin: 10px 10px 10px 20px;
padding: 10px 15px 10px 15px;
line-height: 1.6em;
color: #000000;

background: url("http://dl.glitter-graphics.net/pub/2736/2736941xyjm2i19r0.jpg") no-repeat 2px .25em;

border: 3px solid #000000;
border-left: 3px solid #000000
}


Pada coding di atas nie juga korang boleh tukar untuk color teks dalam blockquote , backround bergambar * url sebagai contoh* dan untuk border* ketebalan , jenis dan warna border*korang boleh adjust mengikut citerasa sendiri.

Step 5

Dah selesai korang boleh la preview terlebih dahulu sekiranya tiada sebarang error boleh lah SAVE dan lihat la hasilnya.


Note : Sekiranya blog korang tiada code untuk color , background , border atau langsung tiada code blockquote korang boleh rujuk di entri ini untuk menyelesaikan masalah korang tue dan di harap tutorial ini dapat membantu Mama Zharfan dan Ellen serta blogger lain.




*****Selamat Mencuba*****








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign