Jul 20, 2011

Blogger Amizudin Ahmat di saman 300 ribu




Berita Harian - KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini (semalam) memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin,sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.

Berita selanjutnya boleh baca di SINI. Tindakan susulan oleh blogger Amizudin


Jul 19, 2011

Hubby pergi dinner wife makan mee kari




Petang tadi minta tolong en.hubby belikan mee kari Hayaki.
malam nie off dari memasak
en.hubby ada dinner dengan bos di New Horizon
so aku dok umah layan mee kari je la
nak masak macam membazir pulak
sebab makan sorang je kan!

u all makan apa malam nie!


nak blogwalking pula petang tadi x sempat nak jalan² umah korang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign