Jun 1, 2013

19.Mei.2013 - Syukur alhamdulillah di atas kelahiran putera sulung saya



Syukur Alhamdulillah. The greatest praise to Allah. Antara rezeki yang tidak terhingga nikmatnya yang telah Dia kurniakan. Anak sulung saya Muhammad Amsyar Rizqin Bin Amirul Ridzuan di lahirkan secara ceaser  pada 19 Mei 2013 tepat jam 10.02 am. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat selalu, bijak & pandai. Thank you to families & friends for your prayers. 







Mar 28, 2013

Cervical Cerclage.. Mengikat pangkal rahim/peranakan buat sementara waktu


As'salammualaikum w.b.t...

Hurmm.. hari nie aku nak kongsikan sedikit info mengenai Cervical Cerclage atau mengikat pangkal rahim mengikut pemahaman aku. Mengikat pangkal rahim/peranakan, bukanlah beerti menutup kilang dari terus beroperasi tetapi sebaliknya menutup kilang untuk buat sementara waktu.

Kes begini selalunya terjadi kepada mereka yang mempunyai masalah rahim terlalu lemah seperti aku. Kebanyakan orang yang mempunyai masalah rahim terlalu lemah nie akan berdepan dengan risiko keguguran. Tambahan pula kalau ianya kerap kali berlaku. Selain daripada masalah rahim lemah, ia juga berpunca daripada masalah rahim yang pendek dan terlalu banyak mengangkat barang berat sehingga menambah tekanan pada perut dan menolak baby kebawah.

Pangkal rahim yang kuat hanya akan terbuka apabila baby sudah cukup matang tapi berbeza pula dengan orang yang memiliki pangkal rahim yang lemah. Apabila baby sudah membesar, akan ada tekanan berlaku dan menolak pangkal rahim tersebut..Pangkal rahim yang lemah akan mudah terbuka. Jadi bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku ke atas baby, maka pangkal rahim yang lemah akan di ikat/di jahit buat sementara waktu sehingga kandungan betul-betul kuat..

Kebiasaanya pangkal rahim akan di jahit dalam minggu ke 14 - minggu ke 18 kandungan. Ini adalah untuk menampung berat baby daripada turun ke laluan. Jahitan dan ikatan tersebut akan di buka semula apabila kandungan telah mencecah minggu ke 36 - minggu ke 38 dan bergantung juga pada keadaaan baby dan ibu.

Hrmm..begitulah yang harus aku lalui apabila prof. sebelumnya menyarankan aku agar mengikat pangkal rahim sekiranya aku di sahkan hamil lagi bagi mengelakan perkara yang sama berulang kembali. Tapi tue la kuasa Allah x siapa tahu. Setelah menjalani pemeriksaan di pangkal rahim. Ternyata aku tidak perlu mengikat pangkal rahim, malah aku dapat meneruskan kehamilan ini seperti biasa. Syukur alhamdulillah.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign