terima kasih ku ucapkan kepadamu,
kerana telah melahirkanku,
kerana telah mendidikku,
kerana telah membesarkanku,
agar aku menjadi anak yang solehah
Ibu,
ampunilah anakmu ini,
kerana telah berdosa kepadamu,
kerana telah hancurkan harapanmu,
kerana telah gagalkan impianmu,
namun ibu,
bukan itu mahuku,
bukan itu kehendakku,
bukan jua impianku,
Izinkanlah aku pergi,
mengabdi diri pada ilahi,
ku pasti kita akan bertemu lagi,
tetapi bukan disini,
pastinya nanti,
disuatu tempat yang abadi,
disisiMu Ya Rabbi,
Ibu,
andai aku tiada lagi,
bekalkanlah setangkai doamu,
disulami kasih sayangmu,
agar aku dapat rasai,
biarpun aku telah pergi...
1 comment:
ehem2..mcm knl.. huhu..
Post a Comment