As'salammualaikum w.b.t...
Sekarang nie nak update blog ikut suka hati aku je.. Kalau rasa rajin baru update kalau x bersawang la SR nie.. Kadang idea ada tapi penyakit M pulak sampai, jawabnya x berupdate juga la.. Orang lain aktif berbelog dan blogwalking sana sini.. yang aku pula, dah update dok diam je.. adoi! semakin bertambah malas nak cara blog lagi...
Hari nie dah janji pada diri nak luangkan sedikit masa kat SR. Nak kongsi cerita.. Sharing is caring kan! ahaks...
Ok di pendekkan cerita macam nie la. Selalunya orang yang tiada zuriat, mereka lebih suka berkongsi cerita sesama sendiri. Maksudnya berkongsi masalah atau pengalaman sesama mereka yang mengalami nasib yang sama.Sebagai contoh,join group seperti wanita belum hamil dan sebagainya.Di sana mereka akan meluahkan dan berkongsi seberapa banyak pengalaman mereka sebelum ini untuk hamil. Dari segi ikhtiar perubatan moden mahupun tradisional serta tips dan panduan yang di amalkan sebelum ini.
Bila ada di antara mereka yang dah hamil setelah menunggu lame, pasti rakan-rakan lain juga akan turut sama tumpang gembira.. Lagi bertambah gembira dan excited bila masing-masing semua nak tahu ikhtiar yang di lakukan sebelumnya sehingga berjaya hamil selain berdoa...
Selalunya mereka yang berjaya akan kongsikan sedikit tips dan ikhtiarnya sebelum ni. Sebagai contoh, mengurut, minum air akar kayu , ambil produk kesihatan dan sebagainya. Tapi yang menjadi masalah kalau ada yang menipu. Means bagi info yang kurang tepat.
Sebagai contoh, dia x hamil tapi dikatanya hamil.. Lepas tue berkongsi pula cerita yang kononya dia berjaya hamil selepas mengamalkan makanan bla bla bla.. Jadi orang lain pun akan terpengaruh dan cuba nak ikhtiar sama dan cari makanan yang dinyatakan. Dapat pulak makanan tue payah nak cari, kan dah menyusahkan orang lain. Orang lain pasti dah mengharap, ya lah mane tahu kali nie bila amalkan menjadi pula dan serasi dengan diri.
Sebenarnya orang x tahu yang dia sendiri tidak berjaya hamil. Dia terpaksa berkata demikian kerana mereka suami isteri telah mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Di sebabkan x nak orang lain tahu jadi terkeluarlah cerita tersebut, yang kononya anak tersebut adalah anaknya..
Tak salah nak ambil anak angkat.. zaman sekarang nie bukan macam dulu.. orang kita nie lebih berfikiran terbuka berbanding zaman datuk nenek kita dulu.. Apa yang nak di malukan. Aku sendiri pernah berhajat untuk mengambil anak angkat tapi di sebabkan terlalu awal maka aku terpaksa lupakan hasrat tersebut..
Menjaga anak angkat nie adalah satu perkara yang sangat mulia.. X kisahlah anak tue datang dari keluarga macam mane, sebab anak tersebut x bersalah yang bersalah ibu bapanya.. kita yang di beri tanggungjawab ini sepatutnya menjaga amanah Allah itu sebaik mungkin. Didik supaya menjadi anak yang berguna. Nie x malu orang tahu sampai sanggup berbohong pada semua orang. Kan x pasal-pasal dapat dosa free..
Inilah salah satu sebab kenapa doa kita tidak termakbul kerana kita sendiri yang tidak mengizinkan doa kita di makbulkan. Bila kita berdoa, adakalanya ketika menunggu doa kita dimakbulkan, samada secara sedar atau tidak kita ada menanam benih-benih negatif yang membuatkan doa kita tidak dimakbulkan.Benih-benih negatif itu boleh datang dari cara kita berfikir dan juga bertindak. Jadi secara tidak langsung sebenarnya kita yang tidak mengizinkan doa kita dari dimakbulkan.
Sepatutnya kita bersyukur kerana telah terpilih untuk menjaga amanah Allah itu. Mane tahu dengan izinNya selepas membesarkan anak tersebut Allah memberi rezeki anak pada kita. Janji jangan cepat putus asa dan selalu bersangka baik pada pencipta. Sama-sama memperbaiki hubungan dengan Yang Maha Esa. Ingat sedangkan isteri Nabi Zakaria yang telah disahkan mandul pun akhirnya Allah beri peluang untuk beliau mengandung, sebab Nabi tidak putus-putus berdoa. Begitu juga dengan kita..
Kalau nak doa kita dimakbulkan maka kita haruslah yakin dan percaya pada ketentuan Allah. Allah tidak akan menguji, di luar kemampuan hambanya.. percayalah pada Qada dan Qadar...