Feb 5, 2013

Syukur Alhamdulillah jari ayah yang hampir putus masih boleh di sambung semula


Akhirnya dapat juga update blog yang usang nie... Sehari ke sehari nak update tapi x kesampaian.. Taip punya taip , last delete..

Actually banyak perkara yang nak di kongsikan tapi tue la, x kesampaian nak cerita. Otak jem.. jari lak tak bertenaga nak menaip. Banyak betul dugaan yang harus aku lalui sejak kebelakangan nie.. Apa-apa pun aku terima dengan hati terbuka dan bersyukur kerana terpilih untuk menerima ujian dari Nya... Apa yang berlaku sedikit sebanyak membuatkan aku jadi semakin kuat....

Last week kesihatan mak x berapa baik.. Kami bincang adik beradik untuk bawa mak ke hospital dan adik perempuan dah apply cuti untuk bawakan mak.. Nie kali ketiga terjadi, mak x dapat bernafas dengan betul.. di beri air pun x dapat di telan.. Seolah-olah jantung mak tersumbat...

Jangkanya hari selasa adik balik dan bawa mak ke hospital tapi hari isnin terima perkhabaran yang kurang baik.. adik call nangis-nangis dalam fon.. Aku yang jawab panggilan terus terdiam.. mencari kekutaan lalu adik berkata alang dah tahu cerita ke??? Aku yang tak tahu pape, terus terdiam lalu turut sama menangis... Dalam fikiran aku fikirkan mak je...

Adik cuba ceritakan apa yang terjadi tapi cerita secara berlapik sebab x nak aku cemas dan risau..Bila adik bagitahu tangan ayah tertetak parang dan sekarang berada di hospital.. bertambah meraung lagi la aku. Time tue adik dah otw balik ke kampung.. Aku x leh kata apa time tue, cuma nasihatkan adik supaya memandu kereta elok-elok... selebihnya hanya Allah je yang tahu, macam -macam yang aku fikir..

Risau yang amat sangat.. Aku cuba call abang yang sulong tapi panggilan aku tidak di jawab.. Agak pelik kenapa masing-masing x nak bagitahu aku, bila dapat call abang no 2.. dia just bagitahu x de pape dan nasihatkan aku supaya jangan risau... Rasa x sedap hati sebab masing-masing seolah-olah macam ingin menyembunyikan sesuatu...

Aku call adik yang bongsu.. Responnya sama juga.. alang jangan risau ayah x de pape.. sikit je! Tapi dalam sedang kami berbual tiba-tiba kedengaran bunyi suara seseorang mengatakan pesakit harus di bawa ke hospital Taiping untuk berjumpa pakar tulang.. X sempat bertanyakan pada adik, adik minta izin untuk meletakkan panggilan telifon dan hanya berkata ayah kena bawa ke hospital Taiping.. Ya Allah lagi bertambah risau sebab aku masih x tahu cerita yang sebenar..

Call hubby minta hubby yang tanya kat abang dan adik... Ikutkan hati petang tue juga nak balik kampung tapi hubby x nak amek risiko.. Dari tengahari sampai ke petang aku dok menangis, risau akan kesihatan ayah.. sampai sakit kepala di buatnya.. makan x lalu..takut terjadi apa-apa pula pada aku..jadi hubby putuskan untuk balik keesokan harinya.

Hubby cuba pujuk aku.. minta aku rest dan tenangkan diri.. Lepas 20 minit cakap gan hubby baru mak call.. Mak cuba terangkan pada aku.. Ayah xde pape, cuma jari ayah luka sikit.. Ayah nak tetak dahan pokok jadi tertetak jari sendiri.. hulu parang tercabut tue yang terkena jari ayah... Doktor suruh ayah rujuk hospital taiping sebab ada terkena tulang sikit.. Hospital taiping ada pakar tulang.. Jadi x yah risau ayah x de pape.. ayah pun x kena tahan wad..

Lega la kejap dengar... lepas sembang gan mak terus terlelap sebab kepala dah sakit sangat asyik menangis. Hubby balik keje cuba tenangkan aku... Alhamdulillah malam tue baru ada selera nak makan...

Pagi selasa tue terus gerak balik kampung. Hubby apply cuti 3 hari , pastu sambung cuti jumaat dan sabtu.. So dapat la 5 hari di kampung. Sesampai di rumah terus jumpa ayah. Siannya bila lihat tangan ayah berbalut. Dah ada depan mata baru la aku tahu cerita sebenar.. Jari ayah terkulai dan hampir putus tapi dapat di sambung semula.. Itupun atas permintaan ayah.. Sepatutnya jari tersebut harus di potong dan di sebabkan itu la ayah harus di bawa ke hospital taiping...

Ayah memang x suka dengan hospital.. dia sanggup berulang cuci luka dari kena tahan wad. Semalam sepatutnya jahitan di buka.. Tapi hanya satu jari je boleh buka jahitan.. Jari yang satu lagi masih belum boleh buka jahitannya lagi , berikutan daging masih belum bercantum. Doktor ada bagitahu sekiranya daging tue hitam, minta segera bawa ayah ke hospital.. Harap x de pape la pada jari yang di sambung semula tue... Masih risau lagi nie huhuhu!

Keadaan jari ayah!
Sian ayah....













8 comments:

Sheherazade said...

ya Allah,semoga ayah amy cpt sembuh.Alhamdulillah semua dah ok

sabar ya,t.care dear

ahmad humairi said...

Hospitallah kawan kita......moga segera sembuh!

Hudalatip said...

Oh risaunya haraplah semua pun ok ye amy..Semoga ayah cepat sembuh.

Cik Tembun said...

sy yang baca nie pun rasa ngilu ja..sabar ea...inyaallah semua akan oke..hope ayah n mak awak sihat2 ja ..aminn

AiniHalim said...

Ngilunye tgk tgn ayah akak.. semoga ayah akak cepat sembuh dan jari beransur pulih..amin..

Fazleyatul Aini said...

semoga ayah kak amy cepat sembuh

JunAina said...

Subhanallah. Moga cepat sembuh dan jari yg satu lagi tu bercantum dengan baik. Teringat anak akak yg terpaksa dipotong satu ruas jari manisnya kerana cedera masukkan tangan dlm mesin basuh.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam amy..
huhu..semoga ayah sembuh ya... ;'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign