As'salammualikum w.b.t...
Salam pagi Isnin buat teman-teman semua. Hari ini terasa seperti ingin kongsikan sesuatu dengan kalian semua.. Syukur alhamdulillah.. itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut aku dan suami tatkala mengetahui yang aku di sahkan hamil...Gembira tidak terkata.. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu macam mane perasaan kami ketika itu. Ye lah setelah hampir 4 tahun menanti dan beberapa kali di uji sebelum ini , akhirnya aku berkesempatan untuk hamil lagi. Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah kabulkan doa kami...
Serius pada awalnya aku x menjangka yang aku sudah berbadan dua.. Walaupun sejak kebelakangan ini berlaku perubahan pada diri aku. Aku pernah update status berkenaan dengan perubahan diri aku. rata-rata rakan-rakan semua mengatakan yang aku sudah berisi/ berbadan dua. Time tue memang aku x yakin sama sekali, kerana dalam tempoh itu aku masih tidak merancang apa-apa ke arah itu. Kiranya,masih dalam tempoh berehat.. Nak pastikan yang rahim aku betul-betul cukup kuat. X nak pengalaman lama berulang kembali...
Setelah berfikir panjang.. akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat UPT. Sebelum tue aku ada cakap dekat hubby.. Apa pun keputusannya kita redha je.. Kalau ada ALHAMDULILLAH if x de kita cuba lagi.
Sebenarnya ia lebih kepada nak sedapkan diri sendiri je.. x nak hubby atau aku terlalu mengharap, walaupun pada masa tue aku sudah lewat period hampir 2 minggu. Hubby jawab , dont worry dia ok.. apa pun keputusannya dia terima dengan hati terbuka.. tapi malangnya aku pulak yang x berapa yakin..
9/10/2012 - Kurang keyakinan pada diri
12/10/2012 - 9.56 am
Tiada kata yang dapat di ungkap melainkan bersyukur pada yang maha esa kerana telah memakbulkan doa aku. Hubby yang berada di luar bilik mandi menunggu dengan penuh sabar. Apabila upt di tunjukkan kepadanya, hubby bangun sambil menadah tangan dan mengucapkan syukur pada Allah.. Terpancar kegembiraan di wajah hubby. Tapi aku masih rasa takut-takut lagi...
Berita gembira ini di kongsikan bersama ahli keluarga tapi dalam waktu yang sama kami tetap ada rasa risau.. risau dengan apa yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Di sebabkan itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menghebahkan berita gembira ini sehingga kandungan aku betul-betul kuat...
Sejak di sahkan hamil, aku mengambil keputusan untuk stop dari melakukan sebarang kerja.. samaada kerja bangla mahupun bisness online. Tambahan pula di awal kehamilan aku mengalami alahan yang teruk. Kalau ada yang perasan sebelum-sebelum ini aku banyak update status mengenai kesihatan dan jarang-jarang sekali dapat lihat aku online.. sehinggalah alahan hilang, barulah aku kembali aktif di laman sosial.
Aku tahu, ada sesetengah daripada rakan-rakan yang dapat mengagak yang aku sudah hamil tetapi aku menafikannya dan cuba mengelak dari menjawab. Aku minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan tindakan aku.. bukan niat aku untuk menipu atau memyembunyikan berita gembira ini daripada semua tapi percayalah apa yang aku lakukan adalah demi untuk kebaikan aku dan juga kandungan aku. nak lebih jelas boleh lihat di entri ini ---> Terasa lapang sekali dada apabila mendapat keizinan daripada suami...
Aku harap rakan-rakan serta saudara mara faham akan situasi aku. Aku cuma perlukan masa yang sesuai untuk kongsikan semua ini. Dan hari ini aku rasakan sudah sampai masanya aku kongsikannya di sini... Doakan aku dan juga kandungan aku selamat sehingga melahirkan...
************************************************************
Sejak aku kongsikan berita gembira ini di laman facebook, ada beberapa mesej yang aku terima dari rakan-rakan minta aku kongsikan tips atau petua serta ikhtiar selama 4 tahun menanti.. InSha Allah akan aku kongsikan di sini nanti buat rakan-rakan yang masih menanti cahayamata...apa pun sabar dan redha itu penting..Ingat!!! Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat. Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat..
Percayalah ;)
Salah satu mesej yang di terima..
26 comments:
Syukur, Alhamdulillah.
Tahniah :)
Sy akan terus menanti saat2 indah macam ni..
TAHNIAH!
syukur...semoga segalanya dipermudahkan.
Tahniah. Selamat menempuh 40 minggu nan indah.
alhamdulillah...
jaga diri elok-elok...
yay seronoknya! ahhaha Ai plak yg over
tahniah amy
tahniah amy
doakan utk kami ye :')
tumpang gembira utk amy sekeluarga
Alhamdulillah...
Rezeki dari Allah tu..
tahniah dan alhamdulillah
saya dapat rasa ape yang kamu rasa sebab saya dah dapat merasa ape yang kamu tgh rasa
jaga diri, semoga kuat hingga due.
tahniah sis. jaga diri okey
alhamdulillahhhhhhhhhhh
akhirnyaaaaaaaaaa
tahniah amy !
akhirnya allah mendengar rintihan muu
4 tahun bagi akak memang singkat , tetapi bg org yg menunggu bagai satu penantian yg menyiksakan ..
tu lah , macam adik akak 10 tahun amy ... 10 tahun dan masih setia menanti .. dia try nak dptkan anak angkat punn seolah tidak mendapat izin dari allah ..
akak hanya mampu berdoa buat dia .. sedih sgt2 ...
apa2 punn tahniah buat amy dan hubby ye .. jaga diri baik2 dan kandungan , insyaallah dipermudahkan smpai ke kelahiran ;))
tahniah amy, dh berapa bulan? semoga baik2 saje ye. doakan saya pulak ye ;)
alhamdulillah kak. akhirnya penantian akak ada hasilnya juga. saya doakan semoga akak dan kandungan akak selamat.
tahniah amy!! syukur...akak pulak yg rasa hepi ni...
so, skrg dah 5 bln la ye??
Assalamualaikum Amy
Alhamdulillah
Syukur
Tahniah
moga Allah pelihara kandunggan Amy
serta lahir zuriat yg soleh
Assalamualaikum Wbr. Amy, Lama benar Panglima tidak menjenguk blog amy. Tiada kata yang dapat Panglima ucapkan melainkan ALHAMDULILLAH...segala puji bagi Allah, bila mengetahui bahawa Amy sudah berbadan dua. Doa Amy, suami, dan rakan-rakan dimakbulkan Allah jua akhirnya. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HAILLALLAH WALLAHUAKBAR.
SEKALUNG TAHNIAH buat Amy,Panglima berkongsi kegembiraan bila mendapat berita ini. Panglima akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Amy dan keselamatan baby di dalam kandungan Amy hendaknya. INSYAALLAH.
Amy buatlah Sujud Syukur bagi mensyukuri nikmat dan pemberian Allah ini. AllahuAkbar.!!!
Keep in Touch.
Allah saja yang tahu apa yang terbaik & masa terbaik utk makbulkan doa hambaNya.. Alhamdulillah, Tahniah. semoga perjalanan untuk bergelar ibu di permudahkan & di lindungi dari perkara2 buruk.
alhamdulillah..tahniah=)take a good care ok..
salam..
tahniah..
Salam, tahniah buat akk and hubby.. BE dh 2 tahun b'kahwin dan belum ada rezeki lg utk dpt baby.. BE doakan akk dan baby sentiasa sihat..
Tahniah Amy, akhirnya doa Amy dan suami di makbulkan. Kak Yus tumpang happy sama. Lama tak jengah sini, td ke blog Huda nampak komen Amy kata due bulan 6 sama macam Huda. Maknanya sama macam Kak Yus juga...hihi, kak yus dengan Huda beza seminggu je duenya...:)
Apa pun moga Amy dan anak dalam kandungan sihat2 saja, dan sama2 kita dapat melahirkan baby kita dengan selamat dan segala urusan di permudahkan InsyaAllah...:)
salam amy..
alhamdulillah..tahniah buat amy & hubby..
jaga diri & kesihatan tau dear.. :)
Dah lama x dtg jenguk Amy..
Bkn sbb dah lupa tp kekangan masa..
Akak gembira ngan berita Amy ni..
Jaga diri baik2..
In shaa ALLAH..
Moga Allah swt melindungi Amy & kandungan hgga ke hujung..
Aminnnnnnn!!
tahniah Kak Amy :) insya-Allah, kali ni rezeki untuk Kak Amy.. jangan buat kerja berat2, selalu berdoa agar selamat mengandung dan melahirkan.. amin :)
tahniah sekali lagi!
Syukur Alhamdulillah..
tahniah
layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com
hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan
maaf tumpang iklan
(alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)
Post a Comment