Akhirnya, berjayaaaaaa juga update blog nie hihi.. Maaf la! dah lame aku x kongsi cerita kat sini.. Mood berbelog memang dah x de dalam diri aku lagi.. Sudah pelbagai cara aku cuba lakukan, tapi tetap juga x muncul tiba..jawabnya belog ini sudah jadi rumah usang yang tidak bertuan huhu!... Sedihnyaaa..
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa pada semua muslimin dan muslimat.. Tinggal beberapa hari saja lagi, semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri.. Pasti semua dah x sabar nak pulang ke kampung berjumpa sanak dan saudara kan?? Pape pun hati-hati semasa memandu dan kalau boleh rancanglah perjalanan anda pulang ke kampung agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..
Hurm!!! Ramadhan sudah hampir ke penghujung tapi aku masih lagi tidak dapat menunaikan janji aku pada semua.. Bukan kerana terlupa atau apa tapi kerana aku kekangan masa untuk mengadap lappy lame-lame huhu! Pape pun aku minta maaf kerana terpaksa mengambil masa yang lame untuk aku penuhi janji-janji aku pada semua..
Sejak bergelar ibu nie, terlalu banyak mesej yang aku terima daripada rakan-rakan, samaada yang mengenali aku mahupun tidak.. bertanyakan tips atau ikhtiar aku sebelum nie. Dari sehari ke sehari aku nak kongsikan tapi tidak berkesempatan... So kepada mereka yang mengikuti kisah aku dari awal dulu sehinggalah kini, aku ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kerana kalian x pernah jemu membaca luahan demi luahan aku di sini...
Buat pengetahuan semua, putera sulong ku kini sudah berusia 2 bulan setengah dan selama tempoh itu jugalah aku sudah bergelar seorang ibu.. Hampir 4 tahun daku menunggu saat seperti ini.. Akhirnya alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk aku merasainya...
Dan buat pengetahuan semua juga, sebelum nie aku pernah keguguran 3 kali dan ini adalah kandungan aku yang ke 4.. Alhamdulillah, kali nie Allah izinkan aku untuk meneruskan kehamilan ini sehingga melahirkan.. Ye aku tahu bagaimana sakitnya hati bila sering di ajukan soalan yang sama oleh orang sekeliling kita.. Memang rasa nak marah, rasa nak nangis, rasa sedih dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur.. tapi semua tue kita kena harungi juga.. nak x nak kita terpaksa berdepan juga dengan mereka...
Pernah satu ketika dulu orang kata aku mandul, orang kata aku x nak ikhtiar, orang kata aku x de harapan lagi untuk mengandung dan yang paling sedih bila kawan sendiri cuba takut-takutkan aku dengan mengatakan suami akan cari lain sekiranya aku masih x mampu berikan zuriat..
Tapi alhamdulillah aku punyai suami yang sangat memahami.. setiap kali aku mengadu dan setiap kali itu jugalah dia beri semangat pada aku sehingga aku mampu untuk lawan semua perasaan tu..
Rasanya tiada lagi pasangan yang tidak mahu berikhtiar mahupun berusaha untuk mendapatkan zuriat.. Pasti semua orang yang senasib dengan aku akan terus berusaha dan berikhtiar sehabis yang termampu..Selebihnya hanya berserah kepada Allah..
Ikhtiar apa yang aku x pernah buat.. Apa saja petua yang orang bagitahu,semua aku buat.. Dari perubatan moden sehingga tradisional semua aku dah cuba. Produk kesihatan jangan cakap la, dari produk DCL, Sendayu tinggi, Biodex , lumiglow dan pelbagai produk lagi.. semua aku dah cuba dan hasilnya tetap sama, Allah masih belum izinkan aku untuk perolehi zuriat lagi..
Boleh di katakan dah berhabisan beribu ringgit juga la, semata-mata nak dapatkan zuriat.. Sampaikan aku naik give up.. Last sekali aku decide nak buat kaedah IVF je tapi di sebabkan aku boleh hamil dan pernah hamil sebelum tue jadi pihak hospital tidak membenarkan...
Aku tetap x putus asa.. Aku minta pendapat doktor untuk melakukan kaedah IUI pula.. Alhamdulillah doktor benarkan tapi malangnya aku GAGAL.. Masa nak buat kaedah iui aku stress sangat sebab time tue aku jaga arwah mak cik hubby yang sakit kanser payudara.. X cukup rest, dengan pengambilan ubat hormon yang banyak buat aku jadi cepat penat dan pening.. Akhirnya keputusan tidak menyebelahi ku..
Selepas pada tue aku nekad, x nak cuba apa-apa kaedah lagi.. Aku nak rest dulu dan nak muhasabah diri. Sebarang kemungkinan selepas itu aku terima dengan hati terbuka.. Alhamdulillah.. aku mula terima hakikat dan redha dengan apa yang terjadi.. Start dari situ, bila orang tanya, aku x lagi marah malah dengan tenang sekali aku jawab pertanyaan mereka.. dari sebelumnya aku x nak berjumpa orang akhirnya aku bersedia untuk berjumpa orang sekeliling..
Nak di jadikan sebab atau mungkin 3 kebarangkalian ikhtiar aku ini berhasil... Aku try ambil EPO sebab nak regularkan period balik.. Sebab selepas buat iui period aku jadi x teratur.. Dari sumber bacaan sebelum ini, EPO juga boleh membantu wanita untuk hamil.. 2 Bulan aku cuba ambil EPO dan alhamdulillah nak masuk bulan ke 3 aku dah lekat...
Dalam masa yang sama juga aku ada berubat dengan seorang pak cik ni.. Ada orang yang bawakan. Itupun sempat berubat sekali je, nak masuk kali kedua dah ada isi...Dan yang terakhir, biras aku ada suruh aku amalkan zikir setiap hari selepas solat. Alhamdulillah zikir nie sangat memberi impak pada aku.. Jiwa rasa tenang je.. dan selepas aku tahu aku hamil pun aku tetap amalka zikir ni..
Inilah ikhtiar terakhir aku sebelum aku di sahkan hamil.. Syukur alhamdulillah, sepanjang mengandung aku tidak mengalami sebarang komplikasi malah semuanya di permudahkan sehinggalah melahirkan... So pada yang sedang berusaha ke arah itu, boleh la cuba sama.. Niat dalam diri apa saja yang kita lakukan kerana Allah dan dengan izinNya...
Pernah cuba BIODEX tapi x serasi dengan diri...
Setiap bulan mesti peruntukan seribu lebih untuk beli biodex..
Ini pula produk yang paling lame aku cuba..
Satu bekas ni RM285, aku dah cuba lebih dari 8 bekas
hasilnya x serasi dengan diri..
Alhamdulillah serasi dengan Evening Prime Rose
Hanya cebisan kertas biasa tapi ia cukup bermanfaat buat aku....
11 comments:
bagusnya..
Salam lebaran sayang..
Thanks berkongsi....
Tahniah ats kurniaan..
Assalamualaikum Amy. Terima kasih atas kiriman kad raya ya.
Tahniah kerana akhirnya Amy menjadi seorang ibu.
Alhamdulillah ... Tahniah ...
Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin ... Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua...
Alhamdulillah..im happy for u
Salam Amy...
:')
pengalaman kena ambush dgn pertanyaan yg menyakitkan hati tu pernah cma lalui..nk pulak lepas 5 kali keguguran..
allah sahaja yg maha mengetahui..
setuju dgn amy..lpas ape yg berlaku,redha & meletakkan kepercayaan pd rezeki allah..
alhamdulillah..4 thun menanti..akhirnya dikurnikan sepasang cahaya mata..
tahniah buat amy & selamat menjalani parenthood living! :)
Liza tumpang gembira. Tahniah Amy. Komen awal tu tersilap nama. Ayu lak. (dh lama tak BW). huhu. Sori
Alhamdulillah dan tahniah ye Amy :)
Amy dalam tempoh 4 thn mcm2 dugaan diterima, tp Amy masih ada peluang sebab pernah ngandung walaupun gugur 3x (maaf cakap).
Mcm Myra hmpir 4 tahun, sekalipun tak prnah merasa apa tu hamil dlm diri..huhuu.. (dah penat tepis pertanyaan)
Lumiglow tu myra pernah try, dah le mahal tp xserasi gak.
terima kasih atas perkongsian... smoga bermanfaat bagi pasangan yang masig belum dikurniakan zuriat seperti kami... Alhamdulillah sumai sgt memahami dan hanya satu yg sumai katakan.. jgn melebihi kuasa Allah... perancanganNYA yg terhebat.. belum rezeki kita.. bukan kita x usaha.. dah ikhtiar mcm2.. cm masanya belum tiba... in sha Allah.. Allah tak pernah janjikan pasangan yang berkahwin akan mendapat zuriat... tapi Allah janjikan syurga utk mereka yg beriman
Alhamdulillah Allah tahu niat tu ....Tahniah dear
Hidup saya kembali ! Selepas 8 tahun berkahwin, suami saya meninggalkan saya dan meninggalkan saya dengan tiga anak-anak kita . Saya merasakan seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan , dan telah jatuh selain. Saya dihubungi Dr OKORO LOVE Eja dan selepas saya menjelaskan masalah saya, Dalam masa 3 hari suami saya datang kembali kepada kami dan tunjukkan kepada saya dan anak-anak cinta saya banyak dan memohon maaf untuk semua kesakitan dia telah membawa kepada keluarga. Kami diselesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia lebih berbanding sebelum ini Dr OKORO anda adalah ejaan kastor terbaik. Saya benar-benar menghargai ejaan cinta anda dibuang untuk saya untuk mendapatkan lelaki itu kembali ke hidup saya saya akan menyimpan berkongsi lebih testimoni kepada orang ramai mengenai kerja baik anda. Terima kasih sekali lagi Dr OKORO . Anda juga boleh menghubungi Dr OKORO melalui alamat e-mel: dr.okorospelltemple01@gmail.com sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah anda boleh menghubungi orang ini untuk membantu beliau sentiasa ada di kuil untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda Hubungi E-mel ialah: dr . okorospelltemple01@gmail.com HUBUNGI HIM TODAY VIA INI ALAMAT EMAIL : dr.okorospelltemple01@gmail.com SEBAGAI KUASA NYA ADALAH YANG TEGUH DAN SANGAT BERKESAN DAN TIDAK MEMPUNYAI kESAN BAD sebaliknya ia MEMPUNYAI KEPUTUSAN SANGAT BAIK SELEPAS Pemilihan Pelakon Eja .
NOMBOR Dr OKORO : +2348053209149
Hubungi Dr OKORO Via email: dr.okorospelltemple01@gmail.com
Post a Comment