Aug 20, 2013

Terlalu banyak testimoni produk yang menipu # gambar edit, camera 360


As'salammualikum w.b.t...

Hye Friends, hari nie just nak share mengenai gambar testimoni sesuatu produk yang bersepah dalam internet sekarang.. Ini sekadar pandangan aku ye! kalau ada yang tak suka atau x puas hati, aku minta maaf.. Dah name pun pandangan kan, so lain orang lain pandangan dan penerimaannya... betul tak?

Sejak kebelakangan ni, terlalu banyak gambar testimoni sesuatu produk yang x betul.. Tambah-tambah lagi dengan adanya camera 360, lagi bertambah-tambah la kebohongannya...

Walaupun aku juga salah seorang seller online tapi bab-bab gini aku memang x suka.. Nak berniaga lame biar la jujur dik nun.. Jangan la kau jual banyak produk pastu habis semua produk konon kau cuba.. pastu buat testimoni sendiri yang kononnya produk yang kau jual super duper berkesan.. kau edit sikit gambar pastu kau kongsi yang kononnya hasilnya mengalahkan kak Ton...

Ish..ish ish!! x baik dik nun meniaga macam tue... kalau kau terus amalkan sikap gitu x kan pergi jauh la kau.. Silap-silap hari bulan customer pun lari dengan tektik kotor kau tue..

Memang la orang perempuan ni laju kalau bab bab nak putih memutih nie.. Tambah-tambah lagi kalau tengok gambar testimoni yang glowing dan meletops tue. Terpengaruh selalu... Padahal sebelumnya dah tahu gambar edit.. tapi bila dah terpengaruh yang di nafikan sebelumnya pun semua jadi ok. 

Nanti bila dah makan mula la kecewa. Sebab makan bukan sebab kesihatan tapi sebab kecantikan. Lepas tu nak kesan dalam seminggu je seperti yang digembar gemburkan dalam internet. Wah kelas kau michael jackson pun amik masa bertahun nak putih taw hahaha... ---> pinjam ayat seorang rakan..

Bagi aku la, seorang pengguna dan seller kena betul-betul jujur.. Jangan la kerana nak mengaut keuntungan lebih, uolsss main kongsi je gambar yang terang-terang di edit.. Apa salahnya kongsi gambar yang sebenarnya.. Walau pun kesannya hanya sikit dan tidak seperti yang di gembar gemburkan, at least kita jual dengan ikhlas dan  jujur bukan semata-mata nak mengaut keuntungan..Jangan terlalu memberi harapan yang tinggi kepada customer, kelak kita yang akan rugi.. jadi fikir-fikirkan la ye....






13 comments:

Unknown said...

bukan susah pun nak detect yang pakai camera 360 tu.. huhuhu

anyss said...

Assalamualaikum,
Kena check betul2 produk nak guna terutama produk yg tak berdaftar.

Usah pertaruhkan kesihatan diri sbb terpengaruh dengan iklan palsu. Sendiri tanggung akibat

dear anies said...

so, kena pandai2 la buat pertimbangan sblm membeli

Unknown said...

Setuju..ramai yg guna 360..kdg2 produk tu memang berkesan..tapi gmbr sebelum ngan selepasnya nampak sgt camera 360...tpi rasanya semua orng boleh beza kamera biase dengan 360..

SiTi said...

mmg x penah percaya dgn produk2 putih memutih.... hilangkan parut... hilangkan kedut... kt tenet ni... sebab tu semua boleh di edit...

nuyui a.k.a miss YUI said...

seller tu kena try sndiri bru kena berai jual..

kdg2 org tak tahu mklum je tak semua ada hp cggh manggih.huhuhu

JunAina said...

Akak ni jenis takut nak cuba produk baru buat masa sekarang ni masih kekal dengan produk berasakan gamat ja, jamu guna sendayu tinggi tak pun jamu mak dara. Kalau org dok promote bagai angguk2 ja cuba fikir banyak kali kot.

Rizziela said...

product apa tu yer

saya pun takut kalau jual barang2 yg x betul kesannya...saya cuma jual barang2 yg memang sy guna and Nampak hasilnya saja

me suya said...

seb baik suya mmg xpernah guna apa2 pun makanan untuk putih ni kak.. biar je lah mcm ni.. btw kak.. Selamat hari raya maaf zahir batin.. huggg to amsyar

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam aMy..

huhu...
makin moden dunia..
makin mundur manusia..
makin tamak haloba..

huhu..rasanya tak perlulah nk buat penipuan mcm tu.sian kat customer yg percayakan kita..

Eray Majid said...

memang betul...seller dah satu hal menipu. yang membeli pun kene bijak menilai.

banyak sangat dah penipu zaman sekarang.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/ketagih-rokok-vivix-buat-nafsu-hilang.html

kak tie said...

hhuurrmm...dah trend skrng..kena bijak memilih produk...

akak shake ngan Herbalife je..berbaloi

kucokelat said...

hihihi.. btol tu magic skin kannnnnnnnnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign