Feb 7, 2014

Amsyar tertelan plastik bedak

As'salammualaikum w.b.t..

Hari nie Amsyar banyak sangat mulut.. Pot Pet Pot Pet mulut dia bercerita.. Penat bermain dia merangkak kat aku tanda dia nak susu.. So aku pun bagi la Amsyar menyusu sambil di tangan Amsyar pegang botol bedak pureen yang masih belum guna..

Habis menyusu dalam 20 minit gitu, aku pun biarkan Amsyar bermain di atas tilam dan tinggalkan sebentar untuk ke toilet.. Masa keluar toilet, aku lihat Amsyar dok mengunyah.. Aku pun terus melulu ke arah Amsyar sambil aku masukkan jari ke dalam mulutnya... Tapi malangnya x de jumpa apa-apa.. Amsyar cuma sendawa je..

Masa dukung Amsyar aku pun cium pipi  dia.. tiba-tiba aku terbau bedak.. Cium lagi pipi ada lagi bau, lagi kuat kat mulutnya.. Aku pun terfikir Amsyar makan bedak ke.. Tengok pada bedak, bedak x buka lagi.. Mane Amsyar taw nak pusing tutupnya.. Tapi plastik bedak dah x de...

Berderau darah aku.. Pas pada tue Amsyar dok sendawa je lebih 4 kali jugak la.. Lagi la aku cuak + panik.. Aku call hubby bagitahu.. Hubby cakap x mungkin sebab plastik kot.. Masa ni badan aku dah mengigil.. Risau x hingatnya huhu!!

Call adik pempuan aku bagitahu.. adik cakap x de la, dia pun sedapkan hati aku.. X puas hati bagitahu lak kat MIL dan FIL.. FIL bagitahu x mungkin kalau telan plastik mesti dah jerit sakit kat kerongkong dia.. Aku tetap x puas hati sebab plastik botol bedak tu dah x de.. Aku cari merata habis cadar semua aku kibas tetap x jumpa..

Mesej hubby lagi bagitahu.. Hubby suruh aku releks, jangan panik.. Amsyar pun ok je x de nangis malah banyak kecek lagi ada..

Aku tetap degil juga, sebab plastik tue x jumpa.. So aku soh mil pengangkan amsyar jap aku nak mandi siap-siap nak bawa ke klinik.. Sekali nampak plastik tu lekat kat perut aku.. Adeh!!! masa bila pulak la Amsyar gi letak plastik ni kat perut aku...

Mesej hubby bagitahu.. x nak call nanti sure hubby gelakkan aku.. Mesej adik bagitahu Amsyar ok dah.. Adik pula call nak taw cite, nak x nak aku cite la.. Pecah perut adik aku gelakkan aku huhuhu!...

Keluar bilik bagitahu MIL dan FIL aku.. sekali lagi kena gelak.. Call mak kat kampung bagitahu, mak pun gelakkan aku.. Cerita kat kawan-kawan kat group sebab dorang dok tanya apa jadi.. Dorang pun gelakkan aku. huhuhu! sian aku kan..panik sangat sampai jadi gitu...

Uolss yang baca ni jangan gelak ye.. simpati la dengan nasib ku hari ni.. memalukan diri sendiri betul. Panik punya pasal habis semua orang risau.. Endingnya daku yang terover panic.. Menurut kata rakan ku tadi, budak gatal gusi memang akan selalu mengunyah.. Sendawa tu sebab dia baru lepas menyusu..

Aku x terfikir langsung, apa yang aku fikirkan plastik bedak je.. Tu yang sampai menangis bagai huhu.. Oklah sekian saja story hari ni...  bye!









Feb 4, 2014

Telatah Amsyar sejak dah pandai merangkak dan ada gigi 4 batang


As'salammualaikum w.b.t...

Entri keempat bagi tahun nie.. Punya la payah nak update blog. Kalau dulu sehari boleh buat 2, 3 entri tapi kini tidak lagi.. Semangat tu ada, idea pun datang mencurah-curah tapi mak cik M pulak datang, jawabnya simpan je la hasrat di hati nak update Sinar Raudah..

Just nak cite pasal budak tenet saya.. Amsyar macam kurang cergas je hari ni.. Maybe sebab gigi kapak tumbuh buat dia kurang selesa.. Kejap-kejap merengek.. kejap-kejap menangis.. ada je yang x kena.. Makan pun x nak.. Asyik kena paksa je.. Mujur la menyusu dia nak..

Bila umur Amsyar dah 8 bulan ni, banyak perubahan kat dia. Kata mak tu peel budak akan berubah-rubah.. Amsyar sekarang banyak main.. Tubuh dia pun dah susut sikit.. Makan kurang, tido kurang.. asyik nak main je...Tambah sekarang dah ligat merangkak.. Jenuh wei! habis semua benda dia kutip masuk dalam mulut...

Kalau kita makan apa-apa jangan la nak makan atau tayang kat dia.. Mesti dia pun nak sama.. Baru-baru nie ada berhenti makan kat Tasek Raban.. Dia nampak air atuknya menjerit-jerit cakap air air... Bila dah bagi sikit nak lagi..last air atuk jadi air dia...Makan pun sama, orang makan laksa dia pun nak makan.. tapi yang pelik kita bagi rasa nak lagi walaupun makanan tue pedas.. Alhamdulillah la.. setakat hari ini x de lagi dia sakit perut ke apa..

Amsyar nie seorang baby yang aktif.. x reti dok diam dan sangat ramah dengan orang.. Kalau nak dengar dia banyak kecek, dengar la time dia makan.. masuk je makanan dalam mulut, dia pun mulalah membebel.. Dah pandai minta air...Suka dengar lagu.. dalam kereta kita pasang lagu, dia pun sibuk nyanyi tapi versi dia la sambil kaki kanan dia goyang-goyang sama..

Sangat lucu.. lagi lucu dia dah pandai buat memek muka.. kedip-kedip mata dan ada style gelak tersendiri, aku panggil gelak semput yang bunyi sangkut-sangkut tu hahahaha!.. kalau kita marah dia cepat-cepat dia rebahkan kepala kat bahu kita.. Terus mama x jadi marah.. Bukan pe sejak dah ada gigi nie kejenya asyik nak mengigit je.. Paling x best time menyusu adoi sakitnya la... Baru ni ada 2 batang gigi bawah, ni dah kuar lagi 2 batang gigi atas.. adeh seriau wei kalau time nak bagi susu..

Perkara yang buat aku suka sangat bila kita ajar satu-satu benda kat Amsyar, dia dah mula mengikut.. contoh say bye.. dia terus angkat tangan lambai.. excited dah boleh bye bye sampaikan kapal terbang lalu kita cakap bye bye cepat je dia lambai tangan, padahal kapal terbang lalu kat belakang tapi dia lambai kat depan hahaha! x pe la asalkan dia boleh bagi respon, ok dah. Amsyar dah pandai tepuk tangan, dah pandai tunjuk 1, flying kiss, tutup buka mulut dengan tangan dan beberapa perkara lain. Setiap hari aku jadi x sabar nak lihat keletah Amsyar..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign