Feb 4, 2014

Telatah Amsyar sejak dah pandai merangkak dan ada gigi 4 batang


As'salammualaikum w.b.t...

Entri keempat bagi tahun nie.. Punya la payah nak update blog. Kalau dulu sehari boleh buat 2, 3 entri tapi kini tidak lagi.. Semangat tu ada, idea pun datang mencurah-curah tapi mak cik M pulak datang, jawabnya simpan je la hasrat di hati nak update Sinar Raudah..

Just nak cite pasal budak tenet saya.. Amsyar macam kurang cergas je hari ni.. Maybe sebab gigi kapak tumbuh buat dia kurang selesa.. Kejap-kejap merengek.. kejap-kejap menangis.. ada je yang x kena.. Makan pun x nak.. Asyik kena paksa je.. Mujur la menyusu dia nak..

Bila umur Amsyar dah 8 bulan ni, banyak perubahan kat dia. Kata mak tu peel budak akan berubah-rubah.. Amsyar sekarang banyak main.. Tubuh dia pun dah susut sikit.. Makan kurang, tido kurang.. asyik nak main je...Tambah sekarang dah ligat merangkak.. Jenuh wei! habis semua benda dia kutip masuk dalam mulut...

Kalau kita makan apa-apa jangan la nak makan atau tayang kat dia.. Mesti dia pun nak sama.. Baru-baru nie ada berhenti makan kat Tasek Raban.. Dia nampak air atuknya menjerit-jerit cakap air air... Bila dah bagi sikit nak lagi..last air atuk jadi air dia...Makan pun sama, orang makan laksa dia pun nak makan.. tapi yang pelik kita bagi rasa nak lagi walaupun makanan tue pedas.. Alhamdulillah la.. setakat hari ini x de lagi dia sakit perut ke apa..

Amsyar nie seorang baby yang aktif.. x reti dok diam dan sangat ramah dengan orang.. Kalau nak dengar dia banyak kecek, dengar la time dia makan.. masuk je makanan dalam mulut, dia pun mulalah membebel.. Dah pandai minta air...Suka dengar lagu.. dalam kereta kita pasang lagu, dia pun sibuk nyanyi tapi versi dia la sambil kaki kanan dia goyang-goyang sama..

Sangat lucu.. lagi lucu dia dah pandai buat memek muka.. kedip-kedip mata dan ada style gelak tersendiri, aku panggil gelak semput yang bunyi sangkut-sangkut tu hahahaha!.. kalau kita marah dia cepat-cepat dia rebahkan kepala kat bahu kita.. Terus mama x jadi marah.. Bukan pe sejak dah ada gigi nie kejenya asyik nak mengigit je.. Paling x best time menyusu adoi sakitnya la... Baru ni ada 2 batang gigi bawah, ni dah kuar lagi 2 batang gigi atas.. adeh seriau wei kalau time nak bagi susu..

Perkara yang buat aku suka sangat bila kita ajar satu-satu benda kat Amsyar, dia dah mula mengikut.. contoh say bye.. dia terus angkat tangan lambai.. excited dah boleh bye bye sampaikan kapal terbang lalu kita cakap bye bye cepat je dia lambai tangan, padahal kapal terbang lalu kat belakang tapi dia lambai kat depan hahaha! x pe la asalkan dia boleh bagi respon, ok dah. Amsyar dah pandai tepuk tangan, dah pandai tunjuk 1, flying kiss, tutup buka mulut dengan tangan dan beberapa perkara lain. Setiap hari aku jadi x sabar nak lihat keletah Amsyar..




7 comments:

Unknown said...

haha...banyak makan eik..bagus2..lepas ni ajar angkat tangan.tanya "siapa amsyar angkat tangan.."lama2 kalu tanya mesti dia angkat tangan,..comel..hehe..

munna said...

TENGOK ANAK MEMBESAR DEPAN MATA MEMANG PERASAAN YG SUNGGUH MENGEMBIRAKAN BAGI KITA ... SEMOGA AMSYAR MEMBESAR BAGAIKAN JOHAN....

☾SHiemaCMa☾ said...

salam Amy..
Hihih..keletah anak yg mmbesar umur amsyar ni mmg tak reti dok diam..dia akan explore merata.. :)

Alhamdulillah..mmbesar dgn sihat yer amsyar sayang.. :)

Rizziela said...

budak tengah membesar..gitulah

eelobor said...

eh..eh...geng dia kat umah nie baru ada 2 batang gigi jer kat bawah

mrnoble said...

Tak lama lagi umur setahun pandai berjalan la tu :)

Nur Fajariah said...

seronok baca kisah baby yg tengah membesar...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign