Jan 19, 2014

Muhammad Amsyar Rizqin di usia 8 bulan

As'salammualaikum w.b.t..

Salam hujung minggu.. Terima kasih di atas komen kalian.. maaf kerana masih x sempat nak balas kunjungan semua, berikutan tuan tanah baru baik dari demam.. Last week daku dan family pergi bercuti ke Langkawi, balik dari sana terus demam dan batuk-batuk.. Alhamdulillah sekarang dah semakin ok.. SYUKUR!!!

Tahun nie memang dah niat nak kembali aktif berblogging tapi tue la ianya sekadar niat je la.. Daku x dapat nak bahagikan masa lagi.. harap sangat ada masa untuk aku update di sini dan blogwalking di blog kawan-kawan.. jangan terasa hati kalau masih tiada kunjungan balas.. InshaAllah ada kelapangan waktu sure aku singgah ye... SENYUM!!!

Thanks pada blogger Cik Tom dan Kak Diana.. Bila baca komen kedua blogger hebat ni, rasa semangat kaw.. jam-jam tu jugak la idea datang mencurah-curah.. Tapi!!!!  baru taip salam dah Amsyar ajak main.. Adeh! x pe la Amsyar harus di beri keutamaan... pape pun thanks sis, inshaAllah kalau ada masa amy akan update cerita-cerita berkenaan Amsyar...

Hari ini 19/1/2014 genap usia Amsyar 8 bulan.. Bila dah masuk 8 bulan nie lain pulak peelnya.. Kalau 7 bulan dulu Amsyar asyik menangis je.. Jenuh la panggil ustaz datang rumah, tengokkan Amsyar.. Pulihkan rumah.. Sekejap je ok pastu nangis balik... Amsyar x nak duduk dalam rumah asyik nak dok kat luar rumah je.. Memang kesian tengok Amsyar time tue nangis sampai bengkak-bengkak mata, kadang tue sampai tertido..

Lastnya dengan atuk perak juga baru ok.. Ayah kata sawan tangis.. lepas ayah buatkan untuk hilangkan sawan tangis, alhamdulillah Amsyar dah ok dan x nangis lagi.. YEAHHHH!!! mama x susah hati lagi.. Hilang rindu mama dengan telatah Amsyar sebelum ni, yang manja dan suka buat muka sweet yang kadang kala buat mama rasa nak gigit je pipi bambam dia hihi...

Amsyar dah ada gigi dan kerana itu dia suka sangat mengigit time menyusu.. Sakit ow! huhu... sekarang dah kuat makan..Daging pejal-pejal sampaikan baru ni gi kenduri orang dok ingat Amsyar dah setahun.. Sangat peramah orangnya.. macam mama dia la kan haha! kalau ikut hubby sure pemalu... Bawa gi jalan, suka tegur orang dan mudah lemparkan senyuman... Banyak mulut pot pet pot pet.. panggil mama dah boleh tapi panggil abi jadi ABU.. APTB! hahaha..frust abinya ngeee...

Baru ni risau jugak sebab Amsyar x nak menyusu sangat.. Hari-hari mama paksa sebab x nak bengkak susu.. Nak punp letak dalam frizer, Amsyar x nak minum nanti sebab dia x suka dengan botol susu.. tapi Alhamdulillah la mujur x lama.. lepas baik demam dia mula nak menyusu balik.. Kalau x, jenuh la mama menahan sakit bengkak susu huhu!

Amsyar x suka menyusu botol.. Dah jenuh ajar dari puting biasa sampai la yang mahal tapi tetap sama.. Dia cam jijik je nak hisap dan kerana itu sehingga hari ini Amsyar x hisap puting. YES!!! itu memang aku dah niat dari awal x nak ajar Amsyar hisap puting kosong.. Buaian pun sama..aku memang x ajar Amsyar tidur buai, walaupun tok wan dia ada belikan buai tapi Amsyar x nak tidur buai..dia lebih selesa tidur atas tilam.Alhamdulillah.. kalau x, jenuh jugak la mama gan abi bawa buai kalau travel jauh-jauh kan huhu!

Ada 2 peel Amsyar yang masih x hilang sehingga kini.. Suka naik kereta dan dengar bunyi Azan... Kalau nangis teruk macam mane pun, bawa naik kereta mesti senyap.. kereta x jalan pun x apa, janji boleh duduk dalam kereta.. Bunyi azan pun sama.. Kalau tengah tidur, dengar bunyi azan boleh bangun tengok tv dulu pastu sambung tidur balik.. Abinya pun suka pasang volume kuat-kuat, setiap kali bunyi azan..Amsyar kalau tengah nangis pun automatik boleh senyap..

Sekarang Amsyar dah pandai nak mengikut. Kesian abi, pagi-pagi nak gi kerja.. bangun kena senyap-senyap.. takut Amsyar sedar nanti dia jerit nak ikut. Amsyar pantang lihat orang pakai cantik-cantik, mesti dia nak ikut. Kalau mama pakai tudung, cepat-cepat dia hulur tangan soh dukung.. Kalau x ambil, mesti jebek.. haha! Amsyar- Amsyar..

Ok la cukup dulu cerita pasal Amsyar.. Jom layan gambar kami 3 beranak..

Nama saya Muhammad Amsyar Rizqin.. Ramai yang panggil saya Amsyar tapi atuk Nan dan Oma Aisyah panggil saya Rizqin.. Saya dah 8 bulan sekarang..
Saya sudah 8 Bulan 

Our Family.. sekarang bertiga InshaAllah nanti berempat hihi...

Mama x sabar nak adik pempuan, Amsyar di jadikan mangsa..

Abi kata muka saya macam dia? Betul ke.. TAPI!!!
Ramai yang kata saya macam mama, see terserlah hidung mama hahaha! ;)

Pelik-pelik mama saya sekarang.. Mujur ayah usu ada..

Abi dah ada geng sekarang..

Sekian....









10 comments:

Kakcik Seroja said...

SubhanAllah. MasyaAllah. Comelnya Amsyar.

Tak mahulah pakaikan dia tudung - dah sebijik macam gegirl!

:)

Acik Erna said...

Suka acik bila dapat tengok gambar amsyar yang tersangat la comelnya..

Unknown said...

Nice story!

Unknown said...

Nice story!

eelobor said...

hai amsyar.... sebaya ngan muizz nih

azieazah said...

Meh sini nak cubit Amsyar!

Semoga menjadi anak yang cemerlang!

Unknown said...

UIH...DAH FIKIR PASAL NAK BEREMPAT NIH..SERONOK LA aMSYAR NANTI..aDA RAMAI ADIK2..HEEH..

BESAR NANTI DIA BACA NIH MESTI DIA TAU BETAPA RAMAI YANG SAYANGKAN DIA..HUHU..TAK SABARNYA NAK TENGOK ANAK2 MEMBESAR BERJAYA DAN LEPAS TU TETIAP BULAN MASUK KAN SEPARUH DUIT GAJI DEPA KAT AKUN BANK KITA..HAHAHHA

Rizziela said...

Seronokkan bila dah ada baby...


Ish..mama mengidam tu ada tanda ker?

Unknown said...

salam...

tahniah atas kelahiran Amsyar. seronok dengar.

comel Amsyar. moga Amsyar jadi ank yg soleh kelak...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam amy..
ehehe..mengidam nk tmbah no 2ke?
Insyaallah..ada rezeki nnti dpt bby girl plk kan..

alahai amsyar.. comel~~ pipi kamut tu tersangatlah geram tgknyer... hihi..

semoga mmbesar sgn sihat ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign