Mar 2, 2015

Pukau Dalam Talian

.
Selalu dengar dan tidak pernah terfikir akan terjadi pada diri.. Semalam tiba-tiba name saya di kaitkan dalam satu kes PUKAU TALIAN.. Seorang ahli keluarga sebelah suami, telah tertipu dalam talian sebanyak 5 ribu lebih. Mangsa memberitahu beliau telah berurusan dengan seseorang yang mengajak beliau untuk menyertai satu business dan di dalam perbualan tersebut Scammer ada mention name saya yang kononnya telah menyertai business tersebut.

Mangsa terpengaruh apabila nama saya telah di sebut menyertai businessnya dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang mengikut apa saja yang scammer inginkan.. LAGI bertambah pelik perbualan yang langsung tidak pernah kenal seolah2 beliau sudah kenal lame, dan LAGI bertambah pelik apabila name saya telah di guna pakai bagi tujuan mempengaruhi orang untuk menipu..

Mangsa telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran dan sekarang masih dalam keadaan trauma.. Minta rakan-rakan berhati-hati sekiranya ada menerima panggilan telifon daripada salah satu nombor ini 0172805497 & 0142643631 atau maybe dari nombor lain yang ada mention name saya as a business partner or apa saja SILA ABAIKAN..

SAYA TIDAK PERNAH MENJALANKAN PERNIGAAN YANG DI MAKSUDKAN, DAN SAYA TEGASKAN DI SINI SAYA TIDAK ADA MENYERTAI MANE2 SKIM CEPAT KAYA, PELABURAN , MLM ATAU SEANGKATAN DENGANNYA.. Saya hanya pemborong & peniaga online dan pemilik butik dmarz bridal sahaja! selain daripada itu bukan saya.. harap maklum, sebarang penipuan yang menggunakan name saya adalah bukan tanggungjawab saya.. Harap maklum..

# Baca dan kongsi kalau x nak ada ahli keluarga atau rakan anda turut sama terkena... terima kasih!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign