Jun 30, 2015

Berkongsi kehamilan bukan tanda riak mahupun bangga


As'salammualaikum...

Alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik dan masih mampu meneruskan ibadah puasa. Last week check up, alhamdulillah mama and baby sihat.. Baby pun dah mula bergerak-gerak.. Sekejap je masa berlalu, sedar x sedar dah masuk 4 bulan lebih awak membesar dalam rahim mama.. mama, abi dan abang amsyar x sabar nak lihat awak sayanggg...

Mengandung kali nie, terlalu banyak dugaan yang harus aku lalui.. Di awal kehamilan je terasa teruk alahan tapi alhamdulillah ianya tidak mengambil masa yang lame, cuma sebulan je iaitu masa kandungan masuk ke 8 weeks hingga ke 12 weeks.. Kalau time amsyar dulu sampai 4 bulan baru ok.. Ramai yang kata baby girl, tapi mama ok je.. girl ke boy ke janji anak mama sihat dan selamat sehingga melahirkan..

Kalau di ikutkan hati ni, memang aku x nak share perkara ni.. Amsyar dulu pun dah 7 bulan baru la orang tahu.. Tapi kali ni aku terpaksa share awal berikutan hari-hari dapat makian daripada orang berikutan aku x dapat nak reply mesej dorang, x dapat nak proceed order-order dorang.. Jadi untuk tidak berlaku salah faham, aku sharekan juga berita ini.. 

Tapi tue la, bila dah share berita kehamilan ini, ada pula yang kurang senang.. Cakap aku nak menunjuk-nunjuk tanpa fikirkan perasaan orang lain yang masih belum di beri peluang untuk hamil.. ALHAMDULILLAH! aku terima apa orang kata, walaupun niat aku hanya ALLAH s.w.t saja yang tahu.. Mane mungkin aku lupa, saat dan ketika aku dulu di mana hari-hari berdoa agar aku di beri peluang itu... Aku tidak pernah lupa malah aku bersyukur kerana di beri peluang melalui itu semua. Peluang di mana aku belajar lebih bersabar, lebih tabah dan redho dengan ketentuan ALLAH s.w.t.. 

Sejujurnya aku dah malas nak ambil pusing cakap-cakap orang.. Biarkan la, selagi dorang boleh bercakap dorang akan terus bercakap, nanti bila dah penat stop la tue.. Aku dah x nak semakan otak dengan perkara-perkara yang remeh temeh. Cukup la dengan pengalaman lalu banyak menyedarkan aku agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan.. Susah sebenarnya nak mempercayai orang nie.. Jadi biarlah buat hal sendiri, x perlu sibuk nak tahu hal si nun mahupun hal si nin.. Dan aku pun x berminat nak tahu.. 

Seperkara lagi yang aku belajar. Media sosial ini cukup la sekadar tempat untuk aku mencari rezeki tapi bukan tempat di mana aku nak menunjuk-nunjuk mahupun tempat aku nak menjejak kasih.. mencari kenalan lame yang boleh bergosip bagai.. X nak dah nak kongsi-kongsi bagai perkara yang boleh mendatangkan bualan mulut orang.. Kadang niat kita sekadar nak berkongsi dengan adik beradik tapi orang lain pulak salah ertikan, maka jadilah bualan mulut sehingga boleh mendatangkan fitnah.. 

Hush! panjang dah aku taip ni, cukup dulu sampai di sini.. Doakan yang baik-baik untuk aku dan baby.. Semoga semuanya di permudahkan sehingga melahirkan... Selamat menunaikan ibadah berpuasa, moga ibadah puasa kita di terima ALLAH s.w.t..









Jun 18, 2015

Salam Ramadhan



As'salammualaikum...

Salam Ramadhan Al Mubarak! bagi seluruh umat islam di dunia ini.. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. Semooga ibadah puasa kita semua dapat di laksanakan dengan sempurna dan di rahmati ALLAH s.w.t... 

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf pada semua, samaada yang mengenali diri ini mahupun tidak.. Maaf jika ada salah dan silap, atau bait2 kata yang sengaja mahupun tidak di sengajakan.. Aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan.. Moga di bulan yang mulia ini, ALLAH s.w.t terima segala ibadah puasa kita semua.. 

AminAllahuma Soli alaa Saiyidina Muhammad wa alaa alihi wasobihi wasallam.. amin 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign