Jun 30, 2015

Berkongsi kehamilan bukan tanda riak mahupun bangga


As'salammualaikum...

Alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik dan masih mampu meneruskan ibadah puasa. Last week check up, alhamdulillah mama and baby sihat.. Baby pun dah mula bergerak-gerak.. Sekejap je masa berlalu, sedar x sedar dah masuk 4 bulan lebih awak membesar dalam rahim mama.. mama, abi dan abang amsyar x sabar nak lihat awak sayanggg...

Mengandung kali nie, terlalu banyak dugaan yang harus aku lalui.. Di awal kehamilan je terasa teruk alahan tapi alhamdulillah ianya tidak mengambil masa yang lame, cuma sebulan je iaitu masa kandungan masuk ke 8 weeks hingga ke 12 weeks.. Kalau time amsyar dulu sampai 4 bulan baru ok.. Ramai yang kata baby girl, tapi mama ok je.. girl ke boy ke janji anak mama sihat dan selamat sehingga melahirkan..

Kalau di ikutkan hati ni, memang aku x nak share perkara ni.. Amsyar dulu pun dah 7 bulan baru la orang tahu.. Tapi kali ni aku terpaksa share awal berikutan hari-hari dapat makian daripada orang berikutan aku x dapat nak reply mesej dorang, x dapat nak proceed order-order dorang.. Jadi untuk tidak berlaku salah faham, aku sharekan juga berita ini.. 

Tapi tue la, bila dah share berita kehamilan ini, ada pula yang kurang senang.. Cakap aku nak menunjuk-nunjuk tanpa fikirkan perasaan orang lain yang masih belum di beri peluang untuk hamil.. ALHAMDULILLAH! aku terima apa orang kata, walaupun niat aku hanya ALLAH s.w.t saja yang tahu.. Mane mungkin aku lupa, saat dan ketika aku dulu di mana hari-hari berdoa agar aku di beri peluang itu... Aku tidak pernah lupa malah aku bersyukur kerana di beri peluang melalui itu semua. Peluang di mana aku belajar lebih bersabar, lebih tabah dan redho dengan ketentuan ALLAH s.w.t.. 

Sejujurnya aku dah malas nak ambil pusing cakap-cakap orang.. Biarkan la, selagi dorang boleh bercakap dorang akan terus bercakap, nanti bila dah penat stop la tue.. Aku dah x nak semakan otak dengan perkara-perkara yang remeh temeh. Cukup la dengan pengalaman lalu banyak menyedarkan aku agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan.. Susah sebenarnya nak mempercayai orang nie.. Jadi biarlah buat hal sendiri, x perlu sibuk nak tahu hal si nun mahupun hal si nin.. Dan aku pun x berminat nak tahu.. 

Seperkara lagi yang aku belajar. Media sosial ini cukup la sekadar tempat untuk aku mencari rezeki tapi bukan tempat di mana aku nak menunjuk-nunjuk mahupun tempat aku nak menjejak kasih.. mencari kenalan lame yang boleh bergosip bagai.. X nak dah nak kongsi-kongsi bagai perkara yang boleh mendatangkan bualan mulut orang.. Kadang niat kita sekadar nak berkongsi dengan adik beradik tapi orang lain pulak salah ertikan, maka jadilah bualan mulut sehingga boleh mendatangkan fitnah.. 

Hush! panjang dah aku taip ni, cukup dulu sampai di sini.. Doakan yang baik-baik untuk aku dan baby.. Semoga semuanya di permudahkan sehingga melahirkan... Selamat menunaikan ibadah berpuasa, moga ibadah puasa kita di terima ALLAH s.w.t..









10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah... syukur sujud padaMu Ya Allah..
Itulah berkat doa yg panjang Amy Amsyar dah dah jadi abang.
Moga sihat sehingga melahirkan

Selamat berpuasa juga dari kakak.

eelobor said...

dah lama tak membaca celoteh di sini. semoga semuanya dipermudahkan untuk awak & keluarga

Alin Marlini said...

SubhaAllah Amy....lama tak jenguk amy...dah nak masuk 2 anak amy...inilah dikatakan nikmat Allah bg. Brp lama awak tggu dulu...sekali dapat...dia beri berganda2....sukanya kitaa....jaga kesihatan...jaga kandungan...jgn peduli kata org2 mengong tu...buat semak je...take care amy

azieazah said...

Semoga ibu dan anak sihat. Janganlah dirunsingkan fikiran memikirkan perkara yg tidak memberikan sebarang faedah. Selagi manusia itu bernama manusia, kita terpaksa redha bahawa kita tidak mampu memuaskan hati semua orang.

eima said...

tahniah amy .... dulu nk dpt amsyar punya la susahkan ..... ingat lagi dulu ... tp tu la manusia suka sgt twist habis maksud yang cuba disampaikan ....
semoga semuanya dipermudahkannya

JunAina said...

Akak doakan Amy dan baby sihat serta selamat bersalin nanti. Kesabaran yang membuahkan kebahagiann aakhirnya.

me suya said...

Tahniah Akak..
Yeay abang Amsyar dah nak dapat adik..
So due November eyh.. Take care kak :)

Fiza Hasan said...

Alhamdulillah..tahniah..suka dengar org pregnant..x sabar nak pregnant lagi..take care

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Muhammad Shahril said...

drop here ! selamat hari raya anyway :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign