Sep 21, 2015

Masih berharap agar dapat bersalin normal


As'salammualaikum..

Last weeks, 2 kali pergi klinik.. semalam check up 32 minggu.. Serius aku betul-betul x kira berapa minggu dah sekarang dik kerana dah lebih seminggu aku sakit pinggang teruk.. Rasa mengilu membataskan pergerakan aku. Stress rasanya, nak tido x boleh, nak baring lame sikit x boleh, nak duduk x boleh, nak berjalan lagi la terasa sakitnya huhu!..

Hari-hari nak nangis menanggung sakit. Pergi klinik swasta doc bagitahu kencing kotor dan maybe ada jangkitan kuman. Ok fine! telan ubat yang dia bagi.. Dah makan ubat, udah pening dan muntah-muntah pula. Maybe body aku x tahan dengan ubat yang di beri atau maybe tindak balas ubat tersebut.. X pasti.. Semalam pergi check up bulanan, air kencing ok.. CONFUSE sudah! jawabnya tahan saja, bila tanya aku boleh ambil ubat tahan sakit, misi bagitahu tidak boleh sama sekali. Jadi jawabnya , sabar menangung sakit.

Semalam HB dah naik banyak, Alhamdulillah syukur sangat.. x sia-sia papaboo ambil cuti untuk teman aku ke klinik, ye la risau kalau aku kena refer ke hospital. HB naik dah ok tapi , berat badan pulak naik mendadak.. Serius tang ni memang aku pelik sikit coz sejak kandungan masuk minggu ke 24 aku memang dah kurang makan. Nasi kadang sampai 3 hari aku x jamah.. Last check up berat baru 51kg, tu pun masa 23/8 hari tue, semalam pergi berat dah naik ke 55.5kg.. Nampak x kat situ, rasa nak tercampak biji mata aku kuar.. lebih 4 kilo naiknya.. So di sebabkan berat naik lebih 2kg maka hari rabu ini kena pergi klinik balik untuk minum air gula..

Ok la x de masalah sebab masa kandungan 16 minggu aku dah minum air gula.. Not bad, boleh telan walaupun dengar orang cakap rasanya sungguh x sedap... Tetiba x ingat time Amsyar dulu ada minum ke x, rasanya memang x de minum sebab tu x taw rasanya.. mengandung kali ni je baru taw macam mane rasa air gula yang rata-rata ibu-ibu x suka minum huhu!..

4hb lagi sekali kena gi klinik dan 6hb kena ke hospital pulak.. Tang nie aku x berapa nak gembira sangat kerana awal-awal lagi telah di beritahu maybe untuk kali kedua nie juga aku kena operate.. OMG! bila dapat tahu mula la rasa x senang duduk, kepala otak ni dok fikir je.. Memang la orang cakap operate ni best x payah susah-susah nak tanggung sakit nak bersalin, tapi azabnya selepas pada tu.. Now kandungan dah masuk 32 minggu tempat belah dah mula rasa sakit dan perit-perit, seolah-olah seperti daging nak terkoyak...

Apa pun tunggu la 6hb nanti keputusannya.. Kalau boleh biarlah untuk kali kedua ni dapat aku merasa bersalin normal tapi kalau sebaliknya aku REDHO asalkan aku and baby sihat dan selamat.






Sep 13, 2015

2 tahun 4 bulan baru nak pijak kaki ke dapur


As'salammualaikum...

Feeling CONFUSE !!! asal la anak bujang aku jadi lagu nie.. Kadang sampai naik segan lak aku nak bawa gi rumah orang.. Risau nanti orang cakap aku ajar dia jadi lagu tue.. Banyak kali juga aku cakap gan amsyar tapi ye la budak-budak kan, masa cakap ok je! tapi bila sampai waktu KO jadinya huhu! 

Aku perasan sejak umur amsyar setahun lebih lagi.. Dia seorang yang penggeli.. Makanan, bekas minuman atau apa saja yang ada kaitan dengan orang lain dia x kan nak kongsi.. Paling ketara masa stay rumah abang hari tue, anak abang dan anak aku sebaya.. Tapi beza dorang nie, anak abang menyusu pakai botol, manakala anak aku lak sepenuhnya BF.. Masa nak ajar dia menyusu botol mati-matian dia x nak.. Jadi aku ajar pakai cawan yang ada straw boleh sedut tue.. Bila anak abang aku sedut sikit air dia, laju dia jawab minum minum minum... Pastu confirm la dia x kan usik dah minuman tue..  

Aku ingat ianya peel dia saja! x sangka lak dah 2 tahun lebih pun macam tue.. Pakai baju x nak kotor, kalau kotor sure time tu juga dia suruh buka.. Makanan pulak tengok-tengok orang dia nak kongsi, kalau x jangan harap la dia nak.. 

Terbaru bulan lepas, aku balik rumah mak dan abang sebab time tue adik aku nak operation.. Sepanjang berada di sana dia asyik nak pakai stokin je.. Sampaikan tido malam pun pakai stokin.. Bila kita buka stokin dia mula menjengket kakinya, konon-konon geli la.. Padahal x de kotor apa pun, hanya sebab lantai x berkarpet je.. Rumah abang memang x pakai karpet sebab anak abang ada lelah.. Rumah mak pulak , x pe la kalau dia nak berstokin sebab mak baru pindah rumah, banyak barang x siap kemas lagi...

Timbul perasaan pelik! kat rumah nak suruh pakai stokin pun susah.. Kadang kalau malam.. sejuk aku sarungkan stokin, menangis-nangis x nak.. Kat umah orang dia buat hal pulak! adoi..

Tapi ada 1 part nie, dah 2 tahun 4 bulan baru amsyar nak.. Tue pun abinya tipukan dia.. Amsyar x pernah jejak kaki kat dapur, samaada dapur kering mahupun dapur basah.. Duduk kat meja makan pun x nak.. Kalau dia nak mama atau abi, dia hanya akan jerit dari ruang tv je, dia x kan pergi cari kami di belakang.. Sampai la baru-baru ni, hubby cuba ajar dia tapi terpaksa menipu sikit huhu! kalau x sampai bila kan..

Hubby cakap "abi dah sapu ni amsyar, bersih dah nie sambil tunjuk lantai".. sama juga atas kerusi makan, hubby siap sapu-sapu kerusi then baru dia nak duduk.. Kalau tidak atas dukung la.. Bila kita nak letak dia kat lantai atau atas kerusi, laju dia manjat kita.. Kalau kita paksa jugak menangis la jawabnya..

Alhamdulillah tektik hubby berjaya.. Amsyar dah boleh pijak tempat makan dan boleh duduk kerusi makan sendiri, harap ianya akan berterusan la.. Serius aku x pernah ajar taw macam tue.. penggeli naw.. Cerewet pun ye haha! Kalau cerewet tue apaknya memang x la, maybe nurun aku la sebab aku agak cerewet sikit tapi x de la teruk sangat cerewetnya, cerewet aku bertempat hihi...

1 tempat lagi, mandi dalam bathtub.. sehingga ke hari ini dia x nak mandi dalam bathtub.. Try tunjuk video budak-budak mandi dalam bathtub sambil main buih sabun.. Time tengok je la dia nak, tapi bila time mandi.. jangan harap la nak.. jerit-jerit x nak...X pe la nanti kita cari idea camner nak buat dia berani and nak mandi dalam bathtub.. Actually x penting pun, as long as dia nak masuk and mandi dalam bilik air ok dah... tapi nak ajar juga kalau x sampai bila kan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign