Sep 21, 2015

Masih berharap agar dapat bersalin normal


As'salammualaikum..

Last weeks, 2 kali pergi klinik.. semalam check up 32 minggu.. Serius aku betul-betul x kira berapa minggu dah sekarang dik kerana dah lebih seminggu aku sakit pinggang teruk.. Rasa mengilu membataskan pergerakan aku. Stress rasanya, nak tido x boleh, nak baring lame sikit x boleh, nak duduk x boleh, nak berjalan lagi la terasa sakitnya huhu!..

Hari-hari nak nangis menanggung sakit. Pergi klinik swasta doc bagitahu kencing kotor dan maybe ada jangkitan kuman. Ok fine! telan ubat yang dia bagi.. Dah makan ubat, udah pening dan muntah-muntah pula. Maybe body aku x tahan dengan ubat yang di beri atau maybe tindak balas ubat tersebut.. X pasti.. Semalam pergi check up bulanan, air kencing ok.. CONFUSE sudah! jawabnya tahan saja, bila tanya aku boleh ambil ubat tahan sakit, misi bagitahu tidak boleh sama sekali. Jadi jawabnya , sabar menangung sakit.

Semalam HB dah naik banyak, Alhamdulillah syukur sangat.. x sia-sia papaboo ambil cuti untuk teman aku ke klinik, ye la risau kalau aku kena refer ke hospital. HB naik dah ok tapi , berat badan pulak naik mendadak.. Serius tang ni memang aku pelik sikit coz sejak kandungan masuk minggu ke 24 aku memang dah kurang makan. Nasi kadang sampai 3 hari aku x jamah.. Last check up berat baru 51kg, tu pun masa 23/8 hari tue, semalam pergi berat dah naik ke 55.5kg.. Nampak x kat situ, rasa nak tercampak biji mata aku kuar.. lebih 4 kilo naiknya.. So di sebabkan berat naik lebih 2kg maka hari rabu ini kena pergi klinik balik untuk minum air gula..

Ok la x de masalah sebab masa kandungan 16 minggu aku dah minum air gula.. Not bad, boleh telan walaupun dengar orang cakap rasanya sungguh x sedap... Tetiba x ingat time Amsyar dulu ada minum ke x, rasanya memang x de minum sebab tu x taw rasanya.. mengandung kali ni je baru taw macam mane rasa air gula yang rata-rata ibu-ibu x suka minum huhu!..

4hb lagi sekali kena gi klinik dan 6hb kena ke hospital pulak.. Tang nie aku x berapa nak gembira sangat kerana awal-awal lagi telah di beritahu maybe untuk kali kedua nie juga aku kena operate.. OMG! bila dapat tahu mula la rasa x senang duduk, kepala otak ni dok fikir je.. Memang la orang cakap operate ni best x payah susah-susah nak tanggung sakit nak bersalin, tapi azabnya selepas pada tu.. Now kandungan dah masuk 32 minggu tempat belah dah mula rasa sakit dan perit-perit, seolah-olah seperti daging nak terkoyak...

Apa pun tunggu la 6hb nanti keputusannya.. Kalau boleh biarlah untuk kali kedua ni dapat aku merasa bersalin normal tapi kalau sebaliknya aku REDHO asalkan aku and baby sihat dan selamat.






7 comments:

Emma said...

assalamualaikum,

emma doakan semuanya dipermudahkan. insyaAllah

Kakzakie Purvit said...

Walau apa pun juga cara deliver baby kakak tetap doakan moga semuanya dipermudahkan dan sihat semuanya..

eima said...

semoga dipermudahkannya amy ...rindu celoteh hang

syazai86 said...

xpela...apa caranya pun yg penting dua2 selamat...semoga dipermudahkan semuanya nnti....amin

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Obat Herbal said...

terimakasih banyak, sangat menarik sekali nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign