Nov 1, 2011

Sambut hari raya aidiladha dengan meriah kerana lepas raya nak kena bedah


Selamat tengahari..

Kurang lagi 7 hari kita akan menyambut hari raya aidiladha atau lebih di kenali sebagai raya haji dan raya korban. Menurut pada perancangan tahun nie , sepatutnya raya haji aku di Kelantan saja. Kalau beraya di rumah bonda serupa seperti hari² biasa je berbanding raya di Kelantan yang boleh di katakan agak meriah..

Last year aku dan mertua korban lembu tapi tahun nie kami tidak mengambil bahagian sebab mertua balik beraya di Temerloh dan aku pula di saat akhir terpaksa ubah perancangan untuk beraya di rumah bonda. Kenapa boleh berubah fikiran sebab aku terpaksa balik ke Ipoh untuk mengambil laporan kesihatan aku di pakar sana kerana 16 November nie aku ada appoitment dengan doktor untuk dapatkan tarikh pembedahan aku.Sepatutnya tarikh pembedahan itu pada bulan lepas tapi memandangankan tiada kekosongan jadi terpaksa di tunda ke bulan nie.

Bila di fikirkan balik rasa macam malas nak berurusan dengan HUSM ni. Salah satu sebabnya lambat, keduanya kita tidak akan di monitor betul². Aku ada terfikir untuk mendapatkan perkhidmatan di Pakar perdana tapi aku masih belum dapat pengesahan doktor lagi. Kalau confirm bulan ni aku di bedah , mungkin aku akan berurusan dengan pakar perdana pula.At least aku di monitor betul² , x de la pandai² sendiri makan ubat.

Raya haji tahun nie aku akan sambut dengan meriah sekali. Sebab apa sebab nanti lepas raya confirm aku dah kena berpantang makan. So sebelum aku di sekat dari menikmati makanan yang aku suka better aku sental puas² dulu supaya nanti lepas operation tak de la aku terliur atau mengidam nak makan hehehe..aku sakit apa??!! Tak ada apa yang serius jadi u all jangan risau ok. Cukuplah sebelum nie aku dah buat semua orang risau dengan kondisi kesihatan aku. 

Serius rasa bersalah tue masih menyelebungi jiwa. setiap kali aku terima kata² syukur alhamdulillah amy dah sihat. aku jadi terharu sangat betapa masih ramai yang mengambil berat tentang diri aku nie.Terima kasih semua. Pinta aku satu je doakan segalanya di permudahkan dan semuanya akan berjalan lancar. Moga apa yang menjadi penghalang selama nie akan dapat di atasi.Perasan bercampur baur, rasa takut pun ada , rasa sedih pun ada , rasa macam nak jerit kuat² pun ada tapi macam hubby selalu ingatkan aku , aku kena kuat dan jangan banyak fikir yang bukan². Yah aku akan lakukan demi mereka yang tersayang...Love all~




Pengalaman berada di bawah tanah di Cuchi Tunnel Ho Chi Minh City , Vietnam

Selamat pagi..

Hari nie aku nak kongsi dengan u all , satu pengalaman yang berharga bagi aku sebelum nie. Pengalaman berada di bawah tanah untuk beberapa minit.Serius duduk bawah tanah nie , orang yang bernafas pun boleh rasa tidak bernafas.Cukup la itu kali pertama dan terakhir aku cuba perkara seperti tue.Taubat ow!! aku yang berada beberapa minit pun dah rasa oksigen tak cukup inikan pula yang tinggal beberapa tahun di bawah tanah dan melakukan kegiatan harian. Serius memang rasa macam tak masuk akal je..

Mesti u all pelik , apa yang aku buat bawah tanah tue. Actually pengalaman berharga nie aku dapat rasa masa aku pergi holiday di Ho chi minh city vietnam dulu. Aku yakin sesiapa saja yang dah sampai ke Ho chi minh city pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung di tempat bersejarah zaman komunis dulu iaitu di Cuchi Tunnel. 

Cuchi tunnel nie merupakan satu kubu persembunyian bagi mereka. Masa zaman komunis dulu , mereka hidup di bawah tanah. Kegiatan harian mereka semua di bawah tanah. Tanah betul tau tapi bukan lubang. Kalau u all perhatikan permukaan tanah dari atas ,u all pasti tak menjangka ada kehidupan manusia di bawah tue. Aku yang first time di beritahu pun macam x percaya je. Tapi sehinggalah aku sendiri pergi lihat baru aku percaya dan kagum dengan mereka.Bagaimana mereka boleh hidup dan tinggal di bawah tanah tue bertahun².

Kat bawah tanah tue ada sekolah , ada hospital dan ada macam² lagi kemudahan seperti di atas tanah nie. Cuma bezanya pergerakan di bawah tanah terbatas. Kalau nak berjalan kita kena tunduk dan jalan serupa itik , lorong² terowong di bawah tue pula gelap , di tambah dengan oksigen yang kurang.memang rasa melemaskan.

Masa aku cuba merentasi salah satu terowong tue , aku dapat lihat ada banyak lorong di bawah sana. Kalau kita tersalah masuk lorong sure boleh sesat punya. Time tue aku ikut je tour guide kami , so memang x berani la nak pandai² sendiri berjalan.Lorong tue pulak betul² ngam untuk satu orang je , nak berselisih bahu memang x de la.. Kalau dah ke depan jangan harap boleh berpatah kebelakang , melainkan kalau bertemu terowong atau persimpangan terowong.Masa tue boleh la tapi kalau ada rakan di belakang nak tak nak kena teruskan juga perjalanan dan x boleh berpatah semula.

Kalau tak silap masa aku ikut terowong bawah tanah tue lebih kurang dalam 10 ke 15 minit. Selama tue aku rasa lemas sangat kat bawah nun , dengan gelap gulitanya.. Bila dapat naik ke atas bersyukur sangat. Aku hirup udara selagi mahu. Rasa lega sangat..kalau lame lagi aku berada di bawah tue sure boleh tercabut  nyawa aku. Lemas dowh!!!

Ok jom kita layan gambar permukaan untuk masuk ke terowong bawah tanah tue. Maaf gambar di bawah tanah x dapat ambil , x sempat pun sebab time tue rasa nak cepat je menemui jalan keluar.

Permukaan di atas nampak normal je kan

Ini lubang² untuk masuk ke terowong bawah tanah

Rupa terowong tue tapi nie dah sampai ke jalan keluar..

Nie lubang terowong yang dah terkambus

Ok nie jalan masuk ke terowong tue.. 

Lega dapat lihat dunia..

Time nie excited sangat nak masuk bawah tue , 
tapi sekali bila dah masuk serik sangat huhuhu!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign