Nov 1, 2011

Sambut hari raya aidiladha dengan meriah kerana lepas raya nak kena bedah


Selamat tengahari..

Kurang lagi 7 hari kita akan menyambut hari raya aidiladha atau lebih di kenali sebagai raya haji dan raya korban. Menurut pada perancangan tahun nie , sepatutnya raya haji aku di Kelantan saja. Kalau beraya di rumah bonda serupa seperti hari² biasa je berbanding raya di Kelantan yang boleh di katakan agak meriah..

Last year aku dan mertua korban lembu tapi tahun nie kami tidak mengambil bahagian sebab mertua balik beraya di Temerloh dan aku pula di saat akhir terpaksa ubah perancangan untuk beraya di rumah bonda. Kenapa boleh berubah fikiran sebab aku terpaksa balik ke Ipoh untuk mengambil laporan kesihatan aku di pakar sana kerana 16 November nie aku ada appoitment dengan doktor untuk dapatkan tarikh pembedahan aku.Sepatutnya tarikh pembedahan itu pada bulan lepas tapi memandangankan tiada kekosongan jadi terpaksa di tunda ke bulan nie.

Bila di fikirkan balik rasa macam malas nak berurusan dengan HUSM ni. Salah satu sebabnya lambat, keduanya kita tidak akan di monitor betul². Aku ada terfikir untuk mendapatkan perkhidmatan di Pakar perdana tapi aku masih belum dapat pengesahan doktor lagi. Kalau confirm bulan ni aku di bedah , mungkin aku akan berurusan dengan pakar perdana pula.At least aku di monitor betul² , x de la pandai² sendiri makan ubat.

Raya haji tahun nie aku akan sambut dengan meriah sekali. Sebab apa sebab nanti lepas raya confirm aku dah kena berpantang makan. So sebelum aku di sekat dari menikmati makanan yang aku suka better aku sental puas² dulu supaya nanti lepas operation tak de la aku terliur atau mengidam nak makan hehehe..aku sakit apa??!! Tak ada apa yang serius jadi u all jangan risau ok. Cukuplah sebelum nie aku dah buat semua orang risau dengan kondisi kesihatan aku. 

Serius rasa bersalah tue masih menyelebungi jiwa. setiap kali aku terima kata² syukur alhamdulillah amy dah sihat. aku jadi terharu sangat betapa masih ramai yang mengambil berat tentang diri aku nie.Terima kasih semua. Pinta aku satu je doakan segalanya di permudahkan dan semuanya akan berjalan lancar. Moga apa yang menjadi penghalang selama nie akan dapat di atasi.Perasan bercampur baur, rasa takut pun ada , rasa sedih pun ada , rasa macam nak jerit kuat² pun ada tapi macam hubby selalu ingatkan aku , aku kena kuat dan jangan banyak fikir yang bukan². Yah aku akan lakukan demi mereka yang tersayang...Love all~




30 comments:

SURIA AMANDA said...

Semoga Amy tabah dan semoga peroleh kesihatan yang baik..amin...

Eera Shera said...

ramai yg syg kak amy..keep strong ek?

Unknown said...

adikku amy
kena entry nie kak pula yang nak menangis...
dik.....
tabah ya...

moga raya disambut dengan meriah walau kamu ada cabaran yang perlu dihadapai...
kak tahu, kamus eorang yang tabah dan sentiasa dikelilingi sahabat yang memahami...

Tieah Madian said...

Insya Allah, semuanya akan dipermudahkan ye kak amy..

Semoga sihat walafiat hendaknya selepas pembedahan.. Amin~

Take care :)

Fariza said...

thn kepas pun fariza kena bedah :( alhamdulillah ok. kena kuatkan diri.

salam aidil adha

Anonymous said...

setiap manusia diberikan dugaan yg berbeza yg mana Allah tahu kita mampu @ tidak utk menghadapinya..

kuatkan semangat yer Amy

NM02 said...

kuatkan semangat ok...

ct rahani said...

semoga segera sembuh ye amy.. tc dear..

sy lak raya kt rumah mil je tahun ni.. x blk kg halaman.. rasa sedih gak.. huhu..

Panglima7 said...

Assalam Amy...Semoga Allah permudahkan urusan amy. Semasa hari pembedahan tuu...bacalah Bismillahirrahmaanirrohimm sebanyak 201 kali. InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan amy pada hari itu.

Kakcik Seroja said...

Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar dan Amy akan pulih sepenuhnya serta tak perlu lagi menjalani apa2 pembedahan selepas ini. Amin.

me suya said...

xpe..suya akan terus doakan agar kenikmatan, kesihatan dan kebahagiaan akan sentiasa berpihak kepada kita kak :)

che mid said...

Salam Amy, lama tak follow ni.. lama scroll down.

Alhamdulillah dah sihat dari demam denggi tapi nampaknya dugaan masih belum habis lagi. Tanda Allah sangat sayangkan Amy dan keluarga.

Syabas.. Che Mid kagum dengan Amy, masih dapat membalas kutukan dan hinaan orang dengan sangat berhemah dan bijak. Imanmu terserlah dengan memaafkan dan tetap merendah diri. Itu sebaik-baik (melentinglah sianon tu bila baca ni..)

Nasihat Che Mid, sambil menunggu pembedahan, apa salahnya cuba cara Islam juga, kalau belum buat la.. syaitan suka berumah di bahagian tubuh yang memang ada penyakit. Zaman sekarang ni zaman moden tapi orang dengki menggunakan syaitan semakin banyak..

Akhir sekali, Che Mid sentiasa bersamamu, walau jauh entah di mana tapi dihati tetap setia..

eB said...

semoga semuernyer dipermudahkan. tapi naper smapai perlu bedah yer?

eiela said...

semoga dipermudahkan urusan, semoga akak terus kuat.

Izan Ishak said...

moga semuanya dipermudahkan oleh Allah...

sally wanny said...

kak amy...KBMC pun ok gak..
semoga semuanya dipermudahkan
amin

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhuh...
ape2 pun semoga amy tabah oke..

insyallah...allah sentiasa bersama hambanya yg tabah dn beriman..
kami semua syg amy...~~

Unknown said...

semoga amy cepat sembuh selepas operate nanti...

selamat menyambut hari raya aidiladha.. hayati maksud pengorbanan yg sebenar

munna said...

klu ikut mertua raya kat Temerloh... boleh beraya rumah kak munna.... apa2 pun kak munna doakan dipermudahkan semuanya buat Amy

Sheherazade said...

raya elok,bergembira ok.

pia doakan semua dipermudahkan n selamat semua nya
xoxo

Nazri Razra said...

Insya ALLAh.. doa bebanyakk

sahromnasrudin said...

insyaAllah akan selamat hendaknya.. yg penting awak kuatkan semangat taw

Sarah Syazwani said...

yeahhhh..mari kita beraya sakan..:)
sempga pembedahan berjalan dengan lancar..aminn

norhidana said...

doa dana semoga akak selamat yek,pastu selamat mkn2 sampai muak time raya haji heheheh

Unknown said...

salam amy..maaf kak ida terlepas pandang rasanya...amy akan dibedah kerana apa ye..akak doakan muga segalanya dipermudahkan..banyak2 berdoa mudah2an selamat..

Nazz@Purple said...

semoga dipermudahkan..dan cepat sembuh amy..

aanie said...

semoga dipermudahkan semuanya dan semoga yg dihajati amy akan tercapai....
ramai yg sayangkan amy....tc ye..

ZianaRazali said...

make daging banyok nt k.amy..hehe..semoga smenya bjalan lancar k..

Arizakiah said...

Berkorban apa saja....itulah tanda cinta kasih yang sejati dan mulia..
Ya allah ya tuhanku,...permudahkanlah urusan hidup insan yang yang bernama amy ini limpahkanlah kesihatan yang baik untuk kebahagian berkeluarga..amin..

suhaina laui. said...

semoga cepat sembuh ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign