As'salammualaikum...
Lame bercuti mesti hari nie ada yang rasa malas nak berkerja kan.Anyway happy working all! x mau malas² na.Aku pulak hari nie macam biasa cuma moody sikit sejak dua tiga hari nie! nak kata perubahan hormon tidak pulak tapi mungkin aku terlalu stress membuatkan hari² aku jadi tidak seindah dulu huhuhu....
Terima kasih kepada yang sudi bertanyakan khabar aku di belog , facebook mahupun email. Terharu sangat di atas keperihatinan u all. Maaf!! mood aku sangat tak baik sejak last week lagi. Apa saja yang aku lakukan semua serba tak kena. Otak jem untuk berfikir. Pergerakkan terbatas apabila di timpa musibah. Di sebabkan itu belog aku jadi terabai.
Serius last week aku rasa down sangat.Satu² dugaan yang datang. Passport bangla sangkut dekat imegresen.. duit di bawa lari..barang di tahan kastam..ajen² dok push , customer kecoh tambah kena sembur dengan partner lagi sebab aku terlampau fokus pada bisness online sehingga aku lupa kerja asal aku huhuhuhu! Dah la di duga sedemikian rupa tambah aku di timpa musibah lagi , apabila terjatuh dalam bilik air.Now aku berjalan terhencut² dan segala pergerakkan aku terbatas.
Stress jangan cakap la.Rasa nak pecah kepala aku nie.Tak tahu macam mane nak handle semua nie dengan keadaan aku macam nie.Otak betul² jem.Alhamdulillah now satu² masalah sudah dapat di atasi. Tapi stress still menyelubungi diri aku lagi.Kadang bila fikirkan balik aku jadi give up , rasa tak sanggup nak hadapinya semua nie.Tapi nak buat macam mane aku yang pilih jalan nie jadi aku kena terima.
Thanks to my hubby kerana sangat memahami situasi aku.Alhamdulillah en.hubby juga sudah mula tunjukkan minat untuk membantu aku dalam perniagaan ini.Satu perkara yang sungguh menggembirakan aku.
Apa yang aku dapat lihat di sini, masalah ini timbul bila aku terlebih fokus pada bisness online. Serius pada awalnya aku sekadar ingin jadikan bisness ini sebagai part time job aku je.Tapi tak sangka pula . sedar tak sedar aku sudah berikan sepenuh fokus pada bisness online.Tambah pula aku mula timbulkan satu² masalah tanpa aku sedari. Nie orang cakap x de masalah cari masalah..Now hamek kau amy!
Sejujurnya aku katakan buat bisness online nie memang seronok. Satu kepuasan bila barang yang kita jual di beli orang.Kalau barang dah di beli sudah pasti ada keuntungan. So aku mula jadi lupa.Sepatutnya aku hanya peruntukkan 10 unit setiap bulan. So dengan menghadkan order , tidak timbul masalah barang lewat sampai. Tapi berbeza sekarang setiap minggu aku ambil order more than 10 unit. So order jadi bertindih² dan di sebabkan itu panghantaran jadi lambat. Barang hanya boleh di bawa masuk dalam kuantiti yang sikit , if melebihi had yang telah di tetapkan maka tax akan di kenakan. Di sebabkan itu device terpaksa di tahan. Hopefully hari nie semuanya dah boleh keluar dari kastam.
Note: thanks pada kak ayu citarasa rinduan yang sudi call bertanyakan khabar...bersembang panjang walaupun pada waktu itu kak ayu agak sibuk menguruskan kedai..thanks kak! sangat hargainya...
23 comments:
Semoga Allah memberikan Amy kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi apa juga dugaan.
Biasa lah tu yunk,lumrah dalam kehidupan ada pasang surutnya.. Ada masa semua benda yang kita buat berjalan dengan lancar ada kalanya sangkut dengan macam macam dugaan.. Kadang2 tu memang rasa down tapi tu lah kena kuatkan semangat jugak sebab jalan ni yang kita pilih kan.. :')
Awk banyakkan rest jangan asyik sibuk ke sana sini dengan kaki yang macam tu k dear :)
dear,jgn stress sgt tau xelok
sabar byk2 ye,Alhamdulillah amy dpt selesai kan masalah 1 per 1
(cakap org pandai,diri pia sendiri pon mudah stress #malu# )
jgn byk sgt bergerak,baru cpt baik
take care ya
KC doakan Amy kuat. Kuat menghadapi tiap ujian dan dugaan.
Assalam..
Terkadang apa yg berlaku ada baik dan buruknya dan ia juga mengajar kita tentang banyak perkara.
Fuh...bukan senang nak senang kan? Walau hasilnya lumayan tp dia punya usaha tu....tp awak cekal. Tak seme pompuan ley bt mcm nie tau.
sabaq yer..tuhan nk menduga kita tu..
tc yer. nk mtk no tipon leh? :)
walau apa pun dugaan yang menimpa.. saya tau amy sentiasa kuat menghadapi nya.. semoga amy sentiasa tabah.. amin..
salam AMY.. semoga happy selalu dan cepat sembuh daripada segala penyakit dan masalah yg timbul ye..
nak sembang dgn akak juga... tapi xde no fon... hehe.. akak amy ni selalu sakit kan??.. jatuh bilik air pulak...hati2 tau kak..
emm..kene g honeymoon lagik tu..hehe;)
mmg malassssssssssssssss nak bgn p keje setelah bercoti 3 hari.. hu3!!
insyaallah semuanya akan dipermudahkan...:)
so, masih emo lagi ke sis? take care yaaa
Sabar ye kak..
Jangan stress2, jaga kesihatan sama tau :)
bila dah selesai semua jangan lupa rehatkan diri, rehat2kan minda, jangan fikir kerja saja ya amy...
take care...
wife siap cakap, amy nie memang kuat main bisnes ler
Jgn sampai stressss ok.. Peruntukkan waktu untuk menikmati hidup ini..
Assalam amy..alhamdulillah..berkat kesabaran semuanya akan dapat diatasi..insyaallah..
ish2... akak kene rest skit kot... jgn bt keje banyak sgt...rilex2 jap
akak pnt sgt itu yg jd gini tuh...
p/s: kak ayu mmg prihatin,rajin gk dia tepon dana tnya psl aiyan
sy setuju dkn komen eelobor...mmg awak nie hebat dlm berbisnes....
kuat semangat amy, kalau kak liza ni entahlah.. kena ambil aura amy juga ni. moga cepat sihat kesihatan & masalah2 yg melanda amy.
Post a Comment