Selamat Tengahari..
Post ini agak panjang sikit , di harap korang tak kisah untuk membacanya. Satu perkongsian di atas apa yang terjadi pada aku. Moga menjadi ikhtibar kepada anda semua...
*****
U all pernah kena tipu tak sebelum nie. Tak kisah la kena tipu besar ke atau kena tipu sikit, janji pernah kena tipu. Apa korang rasa kalau kena tipu terutama sekali kalau bab duit la. Adakah korang akan berdendam atau bermusuh dengan orang itu atau korang buat seperti biasa dan menganggap semua itu bukan rezeki korang..
Pernah satu ketika dulu aku menyimpan perasaan marah , dendam dan rasa tidak mahu maafkan langsung orang yang menipu aku tue tapi selepas en.hubby cuba menyedarkan aku , baru aku tahu tak guna sebenarnya menyimpan perasaan tue. Anggap la itu semua bukan rezeki kita. Satu aku rugi tapi masih ada dua tiga lagi yang datang jadi bersyukur la dengan rezeki yang ada.Aku mula belajar dari situ , hubby banyak mengajar aku menjadi lebih bersabar dan redha dengan apa yang terjadi.
Aku tak tahu la , dalam hidup ini sememangnya aku sudah di takdirkan menjadi mangsa penipuan atau ianya satu ujian bagi mematangkan aku dalam sesuatu perkara. Penipuan kecil memang sudah biasa la terkena dan yang pelik aku tak pernah serik. Aku mempunyai satu sifat yang mane aku mudah kesian pada orang.Tak kisah la orang tue dah pernah kenakan aku sebelum ni atau tidak , bantu aku tetap akan bantu.Dari penipuan kecil sehinggalah penipuan besar.
Penipuan besar yang pernah aku rasa apabila ada manusia yang tidak amanah dan melarikan hak orang lain yang nilainya more than 100k.Percaya tak kalau aku katakan aku masih tidak serik! sehinggalah hubby mengajar aku menjadi seorang yang lebih kuat dan tidak mudah rapuh dengan pujuk rayu orang. Dan di sebabkan itu juga , hal kewangan aku sepenuhnya di jaga oleh hubby dik kerana risau akan kebodohan aku yang tidak pernah serik di tipu.
Tiga tahun lepas aku di duga apabila ipar tiri aku mengambil kesempatan dengan melarikan duit kereta aku. Kemudian tahun selepasnya aku di duga lagi dengan rakan yang tidak amanah dan menggunakan duit aku untuk membeli motor besar yang berkuasa tinggi.Di tipunya kata di gunakan untuk perkara yang penting dan sehingga sekarang aku hanya terima RM750 dari jumlah lebih 20k yang dia ambil tapi aku still bersabarr. Tahun lepas pula aku di duga lagi apabila salah seorang pemegang saham syarikat melarikan duit share projek pembalakan kami. Walaupun share aku tidak sebesar mane tapi 10% dari jumlah penjualan adalah sangat besar nilainya. dan di sebabkan ia melibatkan banyak pihak , sekarang kes ini terpaksa di selesaikan di mahkamah.
Bukan niat aku nak berbuat begitu tapi aku dah penat dan letih apabila terus di tipu. Tapi itulah realiti dunia perniagaan.Kita tidak akan pernah lari dari berdepan situasi begini. Lagi buat aku sedih , sudahlah di tipu lepas tue di ugut pula akan buat sesuatu perkara kepada kami. Ini semua gara² tidak mahu perkara ini di bawa ke tengah.Siapa aku untuk menarik kembali semuanya sedangkan share aku hanya 10% saja. Lainlah kalau aku pemegang saham yang tinggi , mungkin aku boleh buat begitu dan settlekan di luar mahkamah.Tapi yang aku pelikkan kenapa sebelum perkara ini di bawa ke tengah dia x nak bertindak , tapi bila orang dah hilang sabar baru nak melatah.Bila tak nak dengar mula nak ugut.
Itulah melayu memang tak pernah lari dari bomoh membomoh. U all jangan la ingat orang yang dapat projek besar² , hidup dia senang dan dapat hidup dengan tenang. Tidak sebenarnya lagi banyak rezeki yang masuk lagi banyak la dugaan yang datang dan lagi bertambah la orang yang mendengki.Kadang kalau di fikirkan rasa aku dah tak nak berdepan dengan perkara begini lagi tapi bila di fikirkan balik , dari semua perkara nie la ia mengajar aku lebih matang.
Itulah cabarannya. Jaga bangla pun ada cabarannya , jual pakaian pun ada cabarannya , jual gadget sudah pasti ada cabarannya , buat projek besar lagi besarlah dugaannya. Now aku rasa sangat tak tenang bila aku sering di ganggu oleh hamba allah yang menipu nie. Dan hari nie barulah aku tahu panggilan misteri selama ini adalah dari dia. Besar sungguh dugaan yang datang silih berganti. Semoga aku akan terus kuat dan tabah dalam menempuh semua ini. Doakan aku ye~
Nasihat aku pada anda yang pernah senasib dengan aku , jangan cepat mengalah atau berputus asa. Yakin dengan apa yang kita buat , walau sebesar mane dugaan yang datang pasti ianya dapat di atasi kerana Allah tidak akan pernah menguji di luar kemampuan hambaNya..
Note: Sedang belajar untuk lebih keras hati dan tidak mudah kesian dengan pujuk rayu orang. Thanks to my hubby kerana banyak membantu aku dari seorang yang lemah menjadi seperti sekarang.
Bukti penipuan yang kini sedang berjalan di mahkamah..Moga Allah sentiasa melindungi aku dari perkara yang tidak di ingini. Amin!
Kawasan pembalakan yang di pohon dan telah mendapat kelulusan
Semua nama lelaki aku sorang je pempuan.
Itu tandanya aku suka buat kerja yang lelaki suka buat..
Hubby keje di dalam ofis yang isteri pula kerja di ceruk hutan banat hehe..
best sebenarnya adventure tapi sangat x sesuai dengan status aku kan!!!
28 comments:
best nie, lasak orgnya ni
fuh...100k itu banyak...tapi lumrah perniagaan macam itulah...
bawakkan aja ke tengah...tengok dia boleh buat ke tidak ugutan tu...buat apa nak takut kalau mati itu pasti??
yang perlu difikirkan sedia atau tidaknya kita...
tapi memang ayat paling last tu menikam rongga hati...sangat tak sesuai dengan status akak...
huh.. memang betol2 besar cabaran camtu.. harap2 awak diberi kekuatan utk harungi dugaan nih..
Jangan berputus asa dan sentiasalah memohon doa agar Allah Yang Maha Berkuasa sentiasa melindungi Amy dan keluarga dari segala bala bencana. Kakcik doakan agar Amy terus kuat dan tabah.
smoga urusan dipermudahkan. doa org yg teraniaya ni mujarab =)
sabar amy..sume tu ade hikmahnya..xkemana org yg menganiaya amy tu..Allah tau ape yg hambaNYA buat..sabar ye..
susah nak di maafkan bila kena tipu..walaupun mulut memaafkan..tapi kat hati belum tentu..;d../met ptg..salam kenal..;d
"Itulah melayu memang tak pernah lari dari bomoh membomoh. U all jangan la ingat orang yang dapat projek besar² , hidup dia senang dan dapat hidup dengan tenang. Tidak sebenarnya lagi banyak rezeki yang masuk lagi banyak la dugaan yang datang dan lagi bertambah la orang yang mendengki.Kadang kalau di fikirkan rasa aku dah tak nak berdepan dengan perkara begini lagi tapi bila di fikirkan balik , dari semua perkara nie la ia mengajar aku lebih matang."
SANGAT SUKA DENGAN AYAT DI ATAS...KALAU KES SAYA...HUBBY SAYA PULAK CEPAT KESIAN DENGAN ORG..PERNAH KENA TIPU DAN HAMPIR2 TERTIPU BESAR...NASIB BAIKLAH INSTICT SAYA NI KUAT NAK PUJUK SUAMI JANGAN MUDAH PERCAYA CAKAP ORANG...BETUL2...MAKIN KAYA MAKIN BANYAK ORG BERDENGKI DAN MAKIN BANYAK CABARANNYA..HANYA ORG2 YANG PERNAH MENGALAMINYA SAHAJA YANG TAHU...:)
Emmm.. bolehtak I ganti tempat hubby you jaga kewangan.. can can can ah..
ya Allah,kalo pia xtau la blh tabah atau tidak
admire amy
salam amy..
huhu...byknye dugaan yg menimpa amy..
apepun amy sabar dan kuat semangat oke..
banyak tu amy 100k....nilai yang besar...memang biasa tipu menipu dengki mendengki...
Sabar bebanyak ye Amy. Tuhan tau setiap ape yang hambaNy lakukan. Yang jahat pasti dapat balasan.
betul tu k.amy..bila semakin berjaya semakin banyaklah dugaan yang datang..
strong k..
yna xpenahlah kena tipu bab duit,,tapi dorang bayar lambat tu ada lah..dengan macam2 alasan..lepas mintak2 barulah bayar habis..huhu..
strong k..
cerita k.amy boleh mnydarkan ramai orang..:)
Ya Allah..sy yg baca nie pun tertelan liur dgr cerita awk. Semoga kita semua dilindungi Allah dr kejahatan. Semoga hidup kita semua diberkati Allah. Semoga hidup kita semua diredhai Allah...
Salutela amy..kalau sy tahla belum pernah kene kes2 besar mcm ni
Byknya dugaan, Klo semangat tak kental, dah lama kalah. Semoga amy & family sentiasa di bawah lindungannya. Dugaan org berniaga ni besar. Bomoh membomoh ni salah satunya.
semoga amy akan dipermudah kan segala urusan olehNYA..
Allah hanya pinjamkan..
Apa yg kita ada itu kita nikmatilah ye.. Mau tea?
besar sungguh dugaan tu
bukan kecik2 duit tu
amy muda lagi dah tempuh
byk pengalaman makin lama
makin mahirkan ..
Assalam..
Hidup kita x pernah terlepas dr dugaan & darinya juga kita byk belajar tentang erti kehidupan.Zaman skrg penipuan di mana-mana, berhati-hatilah dan jika tertipu jadikan ia sebagai pengajaran.
"orang yang bijak tidak akan terjun ke dalam lubang yang sama seandainya dia pernah terjatuh ke dalamnya".
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat Amy sekeluarga.
p/s- kami balik Taiping raya ni
Move forward and take necessary action ~ Itu definasi sabar yg sebenar2nya. KC hrp Amy faham maksud KC.
aku pun pernah kena tipu mcm ko ni amy, org tu ada lagi 9k drp 12k hutang ngan aku...dah bertahun2 masih tak lunas lagi hutang dia ni...
sampai sekarang pun aku masih marah pada dia...tak tau mcm mana nak maafkan dia...
sabar byk2 yer amy...
besnyer projek juta2 tu, hehehhe
Allah sentiasa bersama org2 yg benar...tp setiap apa yg kita lakukan mestilah sentiasa ingat padaNya Yang maha Esa...insyaAllah
sabar byk2 yer amy...
besnyer projek juta2 tu, hehehhe
Allah sentiasa bersama org2 yg benar...tp setiap apa yg kita lakukan mestilah sentiasa ingat padaNya Yang maha Esa...insyaAllah
setiap dr kita diduga dgn cara berbeza...
jadikan semua ni sebagai pengalaman yg paling berharga...sbg panduan utk masa depan
semoga semua masalah dpt diselesaikan dgn baik..InsyaAllah..
penah gak kena tipu sal share saham nih..serik wpun share sy hnya seciput..tak ckup kuat cam awak..
salam .
saya ingin bertanyakan kepada akak . mana tahu akak boleh tlg , ini adalah soalan private .
ni email sy topup7993@gmail.com
boleh tak bg email akak .. sebab sy dapat surat . adakah ia betul atau tidak . mohon respon
Post a Comment