Selamat tengahari..
Firstly aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger Citarasa Rinduan , blogger MTT dan blogger Syila di atas keperihatinan mereka terhadap aku. Serius terharu sangat! terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman dan padangan.Aku sangat hargainya..
Malam tadi aku ada dinner bersama keluarga. Selepas pulang ke rumah aku dapati ada satu mesej yang di kirimkan oleh salah seorang blogger.Tertarik dengan mesej yang di tinggalkan..En.hubby belanja makan ala² meraikan awak dah sihat kan.. hihi! Alhamdulillah syukur tapi aku dinner dekat luar semalam bukan berkenaan dengan kesihatan aku tetapi kami telah di undang oleh owner kedai untuk menikmati menu terbaru di kedai beliau.
Actually undangan itu sepatutnya perlu di hadiri kelmarin tetapi di sebabkan saudara terdekat kami baru saja meninggal duni maka kami tundakan di malam semalam.Malam yang sepatutnya tue, kami terpaksa menghadiri majlis tahlil atau ore kelate kato majlis ngatib..
Ok berbalik pada undangan tue. So semalam selepas solat isyak aku , en.hubby dan kedua mertua pergi la memenuhi undangan.makan free tue sapa x nak kan hikhik! Sebenarnya owner kedai ini kerap menjemput kami makan di kedai beliau sekiranya ada menu² terbaru yang ingin di perkenalkan. wah kami ni dah kira macam juri pula , lepas makan kenyang² kami komen apa yang patut.tapi serius menu terbaru nie memang superb.
Bukan nak sedapkan cerita atau nak amek hati sesiapa tetapi serius menu yang di beri nama Chim Chum nie memang sedap! U all boleh pilih samaada nak sos pedas mahupun manis. Pada yang x suka manis tue , boleh la try yang pedas.Sekali makan pasti terangkat.
Actually sebelum nie aku dah pernah cerita mengenai restoran ini.Kira ini adalah salah satu restoran kegemaran kami sekeluarga. Dari masakan panas² , goreng² sehinggalah makanan² pemanis mulut boleh di dapati di sini. Selepas dah menikmati makanan , anda boleh mencuba pemanis mulut seperti lompat tikam , pulut mangga , dan beberapa jenis makanan yang lain.
Pemilik restoran ini berasal dari negara Thailand.So kalau sebut Thailand u all faham² je la,memang sedap la , tom yam yang pior lagi terangkat..ikan siakap tiga rasa yang cukup urmmm!! masakan goreng² yang enak , jadi sekiranya anda sampai ke lantan , anda harus singgah dan cuba makanan di restoran ini.
D'Mina Restoran yang terletak di jalan pengkalan chepa..
Sekiranya dari kota Bharu menghala ke air port
anda akan dapat lihat kedai ini di sebelah kiri selepas uda murni
Keadaan kedai yang happening dengan lampu..
U all boleh pilih samaada nak duduk di atas kerusi
atau makan secara bersila di atas lantai
En.hubby yang sedang sibuk memilih lauk untuk chim chum
pelbagai jenis u all boleh rasa
Sos untuk chim chum pedas dan manis
Pelbagai jenis pencuci mulut anda boleh rasa
ada somtam , Phat Thai , suki yaki , lompat tikam , pulut mangga dan banyak lagi
Pelanggan restoran yang sedang memilih makanan
Ini dia owner restoran nie.. Kalau sampai di sini u all boleh cari abang nie
nama dia zakaria but orang panggil abang lie...
Inilah makanan dinner kami semalam..
Memang best!
Bergambar sambil menikmati makanan
Owner restoran bersama bapa mertua ku
Menu yang baru di perkenalkan Chim Chum D'Mina
Menu yang ada di sini selain masakan panas dan goreng²
Bubur dan sup
-Bubur , bubur lambuk , sup sohon dan sup sayur²an
Aneka mee
-mee kari, mee Cambo , mee/kuey teaw goreng
Aneka Bebola untuk steam boat
-Telur puyuh, daging, ikan , sotong , ketam dan udang
Colek
-Phat Thai , Sukiyaki , colek buah dan banyak lagi
Dan pelbagai jenis makanan lagi
Untuk menikmati Chim Chum harganya untuk dewasa RM16.90 seorang dan kanak² hanya RM11.00 seorang.
Di mana boleh cari restoran ini :-
Restorans ini terletak di jalan pengkalan chepa , dekat jalan masuk ke taman sabariah.
Bagi yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi nombor telifon ini 09-7963423/012-9211553
Jangan lupa kalau sampai ke kalantan gunakan kesempatan untuk singgah di restoran ini.Ianya pasti tidak menghampakan anda...
23 comments:
balik nanti nok tra sekali
xsilap dulu restoran nih la penah kuar jjcm tv3 kan....:)
yummy2,sedapnya
pia suke dessert kelantan yg paling pia suka lompat tikam
:)
pulut mangga gulp ;)
jenguk u dlm kebizian ;)
em chim chum ni mcm steamboat ke amy?nampak restoran dia pun bersih...teratur...cam iso gitu ehehe...buat hati teringin nak pegi...byk pilihan jugak kan..
sedapnya
Nyum2!!!! Nmpk menarik dik.. ;)
banyaknye menu dia.nmpk sedap semuanya...:)
chim chum mcm yong tau fu ek?..
mmg best kalo thailand mai..sume rs lengkap je masakan die..tempat pon happening kan..
Tengok pun dah tau sedap.. tapi bila nak ke kelantan ni...
nampak macam steamboat or bbq grill kan...kalau kat sini ala ala soul garden la kot..hehe...tp tgk macam menarik je chim chum ni...
Sy teringat Warung Kita. Farouk Hussein mkn chin chum nie smpi berpeluh2. Hiks! Oh, ya! JJCM pun ada bt review kan?
tgk gambaq pon dh lapaq dh nie
jauhnya... kat pengekalan chepa..
ntah bila nak ke sana nya...
ini kedai suya lepak ng kawan2.. heeee makey chim chum itu wajib tiap kali berkumpul.. :) sebab dekat ng umah :)
besnyer nampak...ada ms ct sek ni kena g cari ni..
nak kesana entah bilalah gamaknya...
ke ada nak bukak cawangan di sini kot?
Andaikata myra brkesempatan ke kelantan, nak gaklah mencuba chim chum ni..
chim chum tu hape?ala2 steamboat ke?
wah..bleh try ni..
tp kat kelantan nun...
huhu...
seriuss tak tau chim chum tu apa....mcm steambot gak ke?
amy..
kalau ada jodoh kak..
awak bawa kak kesana ya dik
Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.
Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.
Terdapat 3 pilihan saiz -
Saiz S (30cm) - RM 70.00
Saiz M (35cm) - RM 90.00
Saiz L (40m) - RM 120.00
**Untuk borong harga boleh runding.
**Harga tidak termasuk kos penghantaran.
**Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
**Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.
HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/
SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD
SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....
tengah duk usya chim chum di klate
gak nih.. thanks for sharing :)
Post a Comment