Nov 22, 2011

Tahniah Malaysia juara bola sepak sukan sea dan salam takziah kepada penyokong skuad kebangsaan yang telah kembali kerahmatullah


As'salammualaikum dan selamat pagi..

Happy!happy!happy!Sure semalam seluruh rakyat Malaysia dapat tido dengan lena sambil tersenyum memeluk bantal.Serius perlawanan semalam cukup mendebarkan.Rasanya nak ambil SPM pun tak berdebar macam tue. Jantung aku semalam berdegup laju sampaikan aku rasa x mampu nak teruskan menonton.Tapi atas keyakinan en.hubby maka aku teruskan juga sehingga akhir perlawanan. Tak sia² kau akhirnya kemenangan berpihak juga kepada kita.

Tahniah kepada semua player skuad kebangsaan! Tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat selalu keeper kebangsaan yang beraksi cukup cemerlang.Tahniah juga kepada Badrol Bahtiar kerana tendangan terakhir beliau dapat menembusi gawang Garuda sekali gus menobatkan Malaysia sebagai juara.Alhamdulillah syukur! Malaysia bolehhhh....

Dalam kegembiraan , ada juga yang bersedih. Bersedih di atas kehilangan insan tercinta. Sahabat kita yang telah kembali kerahmatullah malam semalam. Allahyarham di katakan meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan.Salam takziah buat keluarga arwah.Al fatihah~



Bagi mereka yang mengalami sakit jantung di nasihatkan supaya jangan menonton perlawanan seperti ini kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda. Kita yang normal nie pun dah terasa separuh nyawa hilang , dengan degupan jantung yang kencang.Inikan pula mereka yang sememangnya mengalami masalah jantung. Sayangilah diri anda! Jangan di sebabkan hal sebegini diri anda menjadi mangsa. Benar ajal dan maut itu di tangan Allah tetapi jangan la pula kita menempah maut.Jadi fikir²kanlah...

Note untuk Garuda : Salam Takziah juga dari kami seluruh rakyat Malaysia di atas kematian 2 penonton Indonesia yang di katakan cuba menceroboh masuk ke dalam stadium Gelora Bung Karno. Al Fatihah





21 comments:

qemaishak said...

AL-FATIHAH untuk arwah..

eMMe said...

Serius saya menjerit2 bile bola dah nak sampai ke kawasan gol Malaysia...
Tahniah...n

Takziah . AlFatihah....

aienda said...

al-fatihah..


2 la.. ain tgk news pg td.. 2 penyokong meninggal dsebabkan rusuhan hanya kerana x dpt masuk.. hmm.. xtaw la nk ckp pe kak.. sindri carik penyakit kott... huhu

Sheherazade said...

syukur kita menang,KFCM harap makin bertambah2 bgs,dlm social life pon kena pandai bawak diri


ye la risau kan takut kadang2 kita sendiri tak pasti jantung kita kuat atau tidak nak tgk perlawanan yg mendebarkan ni

Al-Fatihah

cheqna said...

tahniah sebab menang
dan takziah kepada arwah
moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

zulkbo said...

salam..
tahniah buat seluruh
rakyat Malaysia..kita
membuktikan kitalah juara
bolasepak rantau Asean

amiey lee said...

alfatihah

Zana Adieyza said...

Al-Fatihah untuk arwah..

~naddy~ said...

ya allah....moga arwah ditempatkan di kalangan org beriman.. amin :')
al fatihah.

Unknown said...

tahniah Malaysia dan takziah kpd keluarga Allahyarham

Azlina said...

takziah untuk keluarga arwah

eB said...

TAHNIAH HARIMAU MALAYA ... bangga3 :)
& alfatihah

Adzrien Shoppe said...

tahniah buat m'sia. alfatihah, moga allahyarham di tempatkan di kalangan mereka yg beriman.

Hanis Azla said...

Tahniah utk pasukan Malaysia yg beraksi cemerlang.. Takziah buat ahli keluarga arwah yg kehilangan insan tersayang...

Rinna said...

Tahniah Harimau Muda Malaya.. dan takziah utk keluarga allahyarham.. moga rohnyaa dicucuri rahmat..

sahromnasrudin said...

kita tetap yg terbaek...

faraherda.razalan said...

...2 org penyokong Indonesia juga terbunuh dipijak penyokong lain di Stadium Bung Karno semalam.

Takziah juga pd mereka dan utk keluarga arwah!

Anum said...

puas hati dan bangga
tahniah malaysia
takziah buat arwah

Hazmin said...

tahniah buat skuad harimau muda kita...tidak lupa juga salam takziah kepada penyokong indonesia..

Mama Gee said...

yang tak sakit jantung ni pun tetiba rs mcm nk kena heart attack...hehehe

armouris said...

lagi info tentang bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign