Nov 1, 2011

Sinar Raudah di tag oleh blogger PU

Selamat malam...

Tadi petang aku blogwalking banyak la belog aku lihat pasal jawab tag nie. Setiap kali aku komen kat post dorang aku pasti akan cakap rajin jawab tag. Aku nie dah lame x jawab tag sebab x de orang pun yang tag nama aku huhuhu! Sekali masa nak check bloglist aku terpandang kat shoutmix ada komen dari blogger PU. tag Amy!!! beserta dengan link. So aku pun cepat² klik link tue. Sambil tersenyum aku membaca setiap baris ayat di postnya. Akhirnya ada juga yang sudi tag nama aku dan dengan rasa gembira aku tinggalkan komen di belog PU...Thanks PU kerana tag amy hehehe....

Dah lame sebenarnya x jawab tag nie , sekali sekala jawab tag best jugak kan hehehe..Ok lah jom lihat tag apa yang PU bagi kat aku nie.


* tempat yang paling seronok pernah korang pergi?
Luar negara

*dah mula guna gelaran blogger sejak..
- x serius masa 2009
- serius masa 2010

*selalu cerita tentang apa di blog?
Berkenaan dengan keluarga , orang di sekeliling , perkembangan semasa dan aktiviti harian aku.

*senang stress bila..
Stress kalau mat bangla bagi masalah

*apa yang paling senang korang buat untuk hilangkan stress?
Makan banyak² atau bermain gitar sambil melalak sorang²

*tempat yang paling di inginkan untuk birthday party?
Di tepi sawah bendang

*kenapa pilih tempat tu?
Sebab tak pernah merasa situasi seperti tue lagi

*hadiah yang tersayang & the best korang ialah?
handphone , laptop dan barang kemas

*siapa pemberinya?
Sapa lagi kalau tak en.hubby aka Amirul Ridzuan

*apa yang diinginkan sebenarnya untuk birthday present?
Tak pernah terfikir sebab suka hadiah surprise

*peramah atau pemarah?
Dua² sekali tapi pemarah tue dah banyak kurang sebab tengah belajar untuk kawal emosi hehe..

Ok now masa untuk tag orang pula.. Aku nak tag adik ku Azwa Amani untuk jawab tag nie... Kenapa aku pilih dia sebab aku nak lihat jawapan yang dia beri hehehe..Jawab ye dik jangan tak jawab lalalalala...






Borong keropok kering cap kuda laut

Selamat petang..

U all suka makan kepok ikan. Tak kisah la kepok ikan basah ke mahupun kepok ikan kering.Kalau petang² macam nie dengan keadaan cuaca yang lembab , dapat makan kepok goreng di cicah pula dengan sos pencicah memang best. Tambah pula ada teh o panas atau kopi panas , perghhh!!! memang layan. 

Setiap kali kalau aku balik kampung tak sah kalau aku tak bawa bekalan untuk bonda. Aku akan pastikan stock untuk bonda di kampung cukup sehingga aku pulang untuk beberapa bulan seterusnya. Kepok kegemaran bonda adalah kepok kering.Ye la di Kelantan memang payah sikit kalau nak jumpa kepok basah atau di kenali sebagai kepok lekor. Kalau di terengganu tue pergi mane saja kita pasti dapat lihat orang menjualnya tapi berbeza di Kelantan. Kalau teringin sangat nak makan kena la pergi pasar besar iaitu pasar Siti Khadijah untuk mencari kepok basah.Itu pun ada masa² je jual sebab kepok tue di bawa dari Terengganu.

Kepok kegemaran aku adalah kepok cap kuda laut.Memang best! rata² kalau aku kasi dekat orang sure orang akan cakap sedap.Aku serta mertua menjadi pengemar kepok nie. Kalau dekat kedai x de jual kami akan pergi cari di tempat membuatnya iaitu di Tumpat. Tapi kalau dah x de sangat baru la aku beralih arah kepada kepok lain.

Beberapa hari sebelum aku jatuh sakit , aku , hubby dan mertua sempat pergi memborong kepok untuk di bawa pulang raya haji nanti.Itu pun tak banyak stocknya , ye lah di pantai timur sudah mula hujan. Laut sudah mula bergelora jadi agak sukar untuk nelayan turun ke laut. Jadi kami borong mane yang ada je. Itu pun mujurlah ada kan dari x de langsung..

Abaikan gambar ini saja nak interframe muka hehe...

Hubby yang setia jadi juru gambar aku hihi...

Di kilang membuat kepok 

Layan je tengok dorang dok uli tepung dan ikan

Bila tepung dan ikan sudah siap di uli ,
di potongnya nipis² dan kemudian di jemur bawah matahari

Kalau masuk kawasan kampung memang akan jumpa 
banyak kepok yang di jemur


Inilah kepok yang kami borong..
Dapat lah dalam 50 bungkus...


U all kalau mai kelantan jangan lupa cari kepok jenama nie. serius memang sedap! Terasa ikannya dan yang pasti masa mengoreng ia bukan jenis yang makan minyak..So tiada masalah untuk mereka  yang tidak suka pada makanan yang minyak.

Sekian......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign