Selamat Tengahari..
Baru balik dari hospital. Maaf aku masih x sempat nak balas kunjungan kalian. Kepala ada high sikit sebab tadi kena cucuk dan amek darah lagi. Medical check up hari nie mengambil masa yang agak lame. Doktor yang merawat pun tidak seperti selalu. Masing² sibuk meneliti laporan kesihatan aku sambil berbincang sesama mereka..
Bila mengambil masa yang terlalu lame aku seperti dapat mengagak mesti ada something yang x kena. So bila ujian imbasan di lakukan sekali lagi, ternyata ada sesuatu yang dapat di lihat pada screen monitar. Ya Allah aku sangkakan benda tue tak ada lagi sebaliknya ia masih berada di dalam perut aku yang x berapa nak comel nie huhuhu...Padan la sejak kebelakangan ini aku kerap sangat sakit perut. Rupa²nya ada penunggu di dalamnya..
Perasaan aku time tue hanya Allah yang tahu.. Sapa tak sedih kan bila dapat tahu sakit tapi nak buat macam mane Allah nak menduga aku sekali lagi..Aku cuba untuk terima walaupun hati sukar untuk menerimanya . huwaaa..sedih! nak luahkan di sini pun boleh main dengan emosi juga. Setiap kata² yang ingin di coretkan , setiap kali itulah air mata mengalir membasahi pipi.
Mungkin aku boleh menerangkan kepada hubby. Tapi aku tak sanggup nak menceritakan kepada ayahanda dan bonda. Risau dengan keadaan mereka. Bonda pula seolah² dapat rasa ada something yang tak kena dengan anaknya. Sedari tadi dok telifon tapi aku buat seperti biasa. Tak nak bonda fikir yang bukan² kerana ia akan menjejaskan kesihatan bonda.
Next appoitment adalah tetapan tarikh untuk operation. Semoga segalanya di permudahkan dan usia ku di panjangkan amin~
Note: Allah beri aku rezeki yang melimpah ruah dalam tahun nie , dari satu projek ke satu projek aku dapat. Tapi dalam kegembiraan itu Allah uji pula aku dengan kesihatan begini. Pape pun yang terjadi aku bersyukur dan terima dengan hati terbuka...