Selamat Tengahari..
Baru balik dari hospital. Maaf aku masih x sempat nak balas kunjungan kalian. Kepala ada high sikit sebab tadi kena cucuk dan amek darah lagi. Medical check up hari nie mengambil masa yang agak lame. Doktor yang merawat pun tidak seperti selalu. Masing² sibuk meneliti laporan kesihatan aku sambil berbincang sesama mereka..
Bila mengambil masa yang terlalu lame aku seperti dapat mengagak mesti ada something yang x kena. So bila ujian imbasan di lakukan sekali lagi, ternyata ada sesuatu yang dapat di lihat pada screen monitar. Ya Allah aku sangkakan benda tue tak ada lagi sebaliknya ia masih berada di dalam perut aku yang x berapa nak comel nie huhuhu...Padan la sejak kebelakangan ini aku kerap sangat sakit perut. Rupa²nya ada penunggu di dalamnya..
Perasaan aku time tue hanya Allah yang tahu.. Sapa tak sedih kan bila dapat tahu sakit tapi nak buat macam mane Allah nak menduga aku sekali lagi..Aku cuba untuk terima walaupun hati sukar untuk menerimanya . huwaaa..sedih! nak luahkan di sini pun boleh main dengan emosi juga. Setiap kata² yang ingin di coretkan , setiap kali itulah air mata mengalir membasahi pipi.
Mungkin aku boleh menerangkan kepada hubby. Tapi aku tak sanggup nak menceritakan kepada ayahanda dan bonda. Risau dengan keadaan mereka. Bonda pula seolah² dapat rasa ada something yang tak kena dengan anaknya. Sedari tadi dok telifon tapi aku buat seperti biasa. Tak nak bonda fikir yang bukan² kerana ia akan menjejaskan kesihatan bonda.
Next appoitment adalah tetapan tarikh untuk operation. Semoga segalanya di permudahkan dan usia ku di panjangkan amin~
Note: Allah beri aku rezeki yang melimpah ruah dalam tahun nie , dari satu projek ke satu projek aku dapat. Tapi dalam kegembiraan itu Allah uji pula aku dengan kesihatan begini. Pape pun yang terjadi aku bersyukur dan terima dengan hati terbuka...
14 comments:
Apa tuu?... kurang jelas..
semoga semuanya selamat
alhamdulillah..redha dengan ketentuannya..semoga sis cepat sembuh dari sebarang sakit..semoga operation berjalan lancar..
Setiap dugaan itu adalah ujian dari Allah...
Moga Amy tabah menghadapinya.
Ada ketumbuhan ke dalam perut tu Amy?
Amy... knapa ni dik?
ada 'fibroid' ke?
moga Amy tabah dengan ujian ini, insyaallah moga sembuh selepas menjalani pembedahan nanti
banyakkan sabar, Amy
Semoga sihat selalu dan..anggap ini dugaan Allah kerana DIA Sayangkan Raudah =)
terima dnegan baik yer kak.. Allah sedang menguji akak dengan ujian untuk berikan akak lebih banyak bikmat masa akan datang.. jgn bersangka buruk dengan Allah yer kak.. adik doakan akak.. take care yer kak
semoga amy cepat sembuh dan akan sembuh sepenuhnya..
Allahuakbar !!! Semoga Amy diberi kekuatan menghadapi dugaan ini. Daripada Allah ia datang(sakit) kepada Allah ia kembali. Panglima akan doakan amy sihat dan selamat...InsyaAllah.
moga semua ok pasni
moga semua dimudahkan...
ameen...
Allah swt akan menguji kita dengan kejayaan, kegagalan, kegembiraan & kesakitan .Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti ada hikmah di sebalik kejadian! semoga cepat sembuh
amy, be strong k....setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya....
hopefully tak de pepe .. risau ...
Post a Comment