Selamat Pagi...
Hari nie aku nak kongsikan satu lagi petua , khas untuk para ibu dan bakal ibu di luar sana. Petua ini sangat berguna bagi mereka yang baru menimang cahaya mata pertama mahupun yang sudah mempunyai permata hati ataupun yang baru saja nak mendirikan rumah tangga.Petua ini juga sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bagi menambahkan susu badan mereka..Jadi ikuti tips ini sebagai panduan di masa yang akan datang...
1. Kerap Menyusu
Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.
2. Amalan Tradisi.
Orang² lama suka mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada mayarakat melayu sahaja. Malah kaum cina dan india turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobah putih, ikan yu dan banyak lagi.
3. Makan Herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian dapat menambahkan pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4. Minum Air Ikut Keperluan.
Selain dari pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan anda perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.
5. Posisi Yang Betul.
Selain daripada keselesaan, amat penting untuk anda mendapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, anda perlu mendapatkan tunjuk ajar dari jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.
6. Ubat-ubatan.
Anda boleh memperolehi ubat ini di farmasi berdekatan. Walaubagaimanapun ubat² ini tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau maxalone boleh memberikan kesan sampingan pada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan untuk ibu yang merangsang pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.
Note: credit pic - uncle google , info - sumber bacaan
9 comments:
gud info.. anak 1st n 2nd gagal nk fully bf walaupun dh try macam2 cara.. mana tau ader rezeki anak ke3 nk fully bf leh simpan ni wat rujukan.. hiks..
nice info..boleh digunapakai bila baby dh kuar sok =)
info bagus ni...
Buat kakak tak ada masalah memberi susu badan pada ketiga-tiga anak kakak masa baby dulu...
hoho.. menarik.. utk kaum ibu.. heheh..
cekidout our latest promotion of smart educational toys..
add us in FB at intelligent.toys@yahoo.com
bagus amy ni...berkongsi petua dengan kawan-kawan.nasib la kita ni dah berenti breastfeed..dulu lama jugak bf untuk dua anak..seronok bf ni..
huhu..anak2 cma xmau bf..6 bulan je dah stop even susu masih byk..xtau pasai ape..dua2 plak tu..
kita memang byk susu.. kdg2 smpai melimpah keluar. baby pun kuat menyusu.. so tak perlu lg susu formula buat ms ni. Alhamdulillah
Post a Comment