Sep 22, 2011

Artis bertudung ikhlas atau trend semata-mata

Selamat Tengahari..

Sejak kebelakangan ini kita dapat lihat ramai artis Malaysia yang sudah bertudung.Terbaru pelakon dan pengacara Diana Amir serta penyanyi Siti Nordiana dan beberapa orang selebriti yang lain telah berhijrah untuk berhijab. Alhamdulillah semoga semakin ramai lagi artis di negara kita akan berhijrah ke arah yang sama..

Kadang² bila di fikirkan balik mungkin sebelum nie artis² di negara kita, ada berniat untuk berhijab tapi di sebabkan faktor pekerjaan, membuatkan mereka berfikir panjang untuk melakukannya. Ialah itu kan punca utama mereka mencari rezeki. Kalau mereka berhijrah takut ramai pihak yang tidak setuju dan tidak menyokong mereka dalam industri ini lagi. Job pula mungkin susah untuk mendapat tawaran malah peminat juga mungkin akan lari.Mungkin la itu faktor² utama yang membuatkan mereka tidak meneruskan niat mereka.

Tapi pada masa ini selebriti tidak perlu risau lagi. Peminat² bukan seperti dulu, mereka sudah boleh berfikir yang mane baik dan yang mane buruk.Asalkan apa yang di lakukan itu biarlah ikhlas tapi bukan sekadar untuk mendapat perhatian ramai.Bila sudah mendapat perhatian, mulalah berhijrah ke imej yang lame. Itu mungkin orang akan marah!Tapi kalau ikhlas untuk berubah ke arah yang lebih baik, rasanya tidak ada seorang peminat pun yang akan marah. Malah mereka akan lebih suka dan bangga lagi di atas perubahan artis kesayangan mereka..

Lagi satu mengenai trend. Janganlah pula selebriti itu berubah kerana trend semasa. Bila tengok orang berhijab, lilit sana lilit sini , kita pun nak lilit sama.Nawaitu pula sekadar untuk mengikuti perkembangan semasa tapi bukan untuk berubah dengan ikhlas kerana Allah. Itu mungkin peminat tidak boleh terima.Tapi pape pun aku harapkan selebriti mane yang sudah berhijrah itu tidak seperti di atas. Biarlah berubah kerana nawaitu memang nak berubah tapi bukan untuk mencari publisiti semata².

Tahniah untuk mereka yang telah berhijab dan semoga semakin ramai lagi artis wanita di negara ini akan berhijrah ke arah yang sama..Kepada yang berhijab dan berhijrah kepada free hair , fikirlah masak² tindakkan anda itu adakah dengan perubahan itu orang akan suka atau sebaliknya. Allah juga tidak menyukainya..Jadi fikir²kanlah...

Siti Nordiana
kreadit gambar- uncle google

Diana Amir
kreadit gambar-beautifulnara





Note: Aku yang baru berhijab nie pun terasa menyesal sangat kerana baru sekarang aku nak berhijab. Kalau dari dulu lagi rasanya tidak la banyak dosa yang aku lakukan kerana mendedah aurat..semoga Allah perlihara aku dari terus berhijab .amin..










23 comments:

misya said...

amin

☾SHiemaCMa786☾ said...

alhamdulillah..seronok tgk mereka berhijab..
harapnya bukanlah sekadar seketika..

echa takashimaya said...

hmmm.pendapat echa senang je kita tak boleh nilai hati seseorang.kita tak tau sejauh mana keikhlasan seseorang tu, mungkin fesyen itu mendorong kepada pemakaian tudung tapi dia melakukan itu ikhlas kerana ALLAH, dulu echa pon tak bertudung, beberapa bulan lepas echa bertudung, ramai kawan2 cakap echa buat mcm 2 sebab fesyen.tapi jauh dari sudut hati echa masanya telah sampai untuk echa berubah,niat kita biar kita denganNYA sahaja yg tahu.alhamdullillah sekarang semua orang pon dah biasa dengan cara pemakaian echa =)

Unknown said...

diana amir tu yang paling tak sangka sebab dia muda lagi tapi alhamdulillah dia tak tunggu lama untuk berubah macam sesetangah artis yang bila dah tua baru nak bertudung...

Tieah Madian said...

Alhamdulillah bila ramai yang dah mula bertudung lagi lagi artis sebab mereka selalu dijadikan idola peminat.. Tapi sedih bila sekarang heboh cakap tentang pemakaian tudung Fida pulak.. Ermmmmmmmmm..

eB said...

samer ar kiter amy.. tapi eB msh lagis seksi.. auwwwwwwwwww traser

Kakcik Seroja said...

Harap2nya perubahan positif mereka itu berpanjangan ke akhir hayat.

Sheherazade said...

insyAllah,Allah maha mengetahui

semoga lebih ramai lagi berhijab kerana Allah ;)

Eera Shera said...

moga dorang betul2 berubah.

Nisa Greennnpanda said...

xpe amy.. Allah dh bg amy petunjuk utk b'hijab, mmg bgus la.. sian gak kat org2 yg smpi mati pun free hair..

mm.. rsnye ade gak selebriti yg b'hijab ikut trend, ngehehe..

Fazleyatul Aini said...

harap dorang ni kekal la berhijab. jangan semata-mata ikut trend je

Anum said...

ermmmmmmmmmmm

Yasminhamid said...

kalau ikhlas.. syukur.. kalau ikut trend sendiri mau ingat la kan...

atuk said...

Assalamualaikum Amy

moga mereka iklas..
dan Allah redho

Wassalam

Cik SHiNJU said...

Saya belum layak mengomen bab ni..huhuh..masih memperbaiki diri..

Apepun,Amy mmg makin cun sejak berhijab ni.. :)

sahromnasrudin said...

alhamdulillah...semoga mereka terus istiqamah dlm beribadat

Ibu Amani said...

semoga kekal begini hingga ke akhir hayat..amin...

kurus said...

ya dik kebanyakan nya skrg nie berhijab kerana fesyen .. pakai tudung tapi boleh pula sekejap bukak sekejap pakai ..
sedih dgn artis2 yg segaja main2 kan tudung .. nikah pakai tudung cantik bertutup .. bila tiba majlis .. dedah sana sini sampai hampir nak nampak tetek ! ... huhuhuh
mohon dijauhkan kita dari bersikap mcm tuu ...

Kakzakie Purvit said...

Ahhamdulillah moga terjagalah aurat-aurat wanita Islam. Kepada pemimpin negara lagilah penting kerana sebagai pemimpin kelak akan dipertanggungjawabkan atas bahunya adakah dia telah laksnakan sebelum izrael dtg mencabut nyawa.... Allah... takutnya kakak Amy...

kaizen said...

kite doakn jer hati dorg btol2 insaf....

Unknown said...

moga ada keikhlasan dan kejujuran di hati mereka amy..InsyaAllah.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

alhamdulillah jika niat nye betol....

Az imah said...

Saya muhasabh diri

www.iamfinancestudent.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign