Selamat Tengahari...
Apa yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri untuk meringankan beban tatkala menghadapi ujian.
1. Ujian yang melanda pasangan sama ada suami atau isteri adalah dugaan untuk dirasai dengan penuh rasa tanggungjawab untuk mengatasinya secara bersama.
2. Jadikan dugaan sebagai asas untuk saling memberikan sokongan antara satu sama lain dan berkorban untuk meringankan bebanan yang ditanggung dengan hati yang rela.
3. Elakkan daripada menyalahkan atau mencari kesalahan apabila berlakunya kesusahan dalam kehidupan kerana tiada siapa yang mahu ia terjadi atau suka untuk melaluinya.
4. Pasangan suami yang diuji perlu bersikap terbuka atau bersedia untuk menerima apa jua cadangan daripada isteri sekiranya ia boleh mendatangkan apa-apa kebaikan.
5. Isteri pula elakkan daripada bersikap terlalu mendesak sehingga boleh mewujudkan persengketaan yang boleh membawa kepada kerugian dan memudaratkan perhubungan.
6. Sebaiknya tenangkan fikiran, cari ruang rasional diri yang baik dan elakkan dari penambahan tekanan yang boleh membuntukan jalan penyelesaian. Pasangan sebaiknya duduk berbincang dengan jiwa dan akal yang terbuka.
7. Dapatkan bantuan profesional yang boleh memahami masalah yang anda hadapi secara lebih terancang serta membantu ke arah mengurangkan tekanan yang ada.
10 comments:
penulis datang melawat, follow dan komen blog kamu. Thanks ya sebab sudi singgah blog sy...
p/s : Yang penting komunikasi antara laki/bini
=)
thanks atas tips sebegini..berumahtangga kena byk sabar kan? follow kamu juga :)
solat berjamaah dan baca quran bersama..pasti hidup kan tenang....
- sedangkan lidah lg tergigit kan...
tq follow...follow u back...
ambik le agama sebagai benchmark insyaAllah selamat.
tips yg baek...
asam garam rumah tangga
kita sendiri kena pandai kawal ;)
apepun kepercayaan sesama pasangan kucni kenahagian..
:)
tq for sharing dear..
klu sesama stress pastu gado lagi salah menyalah .. mmg hancur ...
TERIMA KASIH SHARING...leh tak saya nak share kat blog sya juga...tq
Post a Comment