Sep 20, 2011

Kisah adik Nur Alia Nabilah dari AnakkuSoleh.com

*Khas untuk ibu dan bapa dalam mendidik anak²*

As'salamualaikum dan selamat pagi..

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan cahayamata. Dan tak kurang juga bagi mereka yang telah bergelar ibu bapa pasti mempunyai harapan yang tinggi dalam mendidik zuriatnya agar menjadi anak yang soleh dan solehah serta cemerlang di dunia dan akhirat.

Aku sangat kagum dengan adik ipar serta isterinya mendidik anak² mereka. Selain ilmu dunia mereka juga sangat menitik beratkan ilmu akhirat. Walaupun aku masih belum berpeluang untuk bergelar seorang ibu tapi sedikit sebanyak ia membuka minda aku untuk mempelajari bagaimana cara untuk kita mendidik anak² kita sedari kecil lagi. Semuanya bermula semasa bulan puasa hari tue.

Seminggu sebelum raya adik ipar sekeluarga sudah pulang ke Kota Bharu untuk menyambut Aidilfitri. Dalam masa seminggu itu aku dapat lihat sikap anak buah aku. Si kecil yang di beri nama Nur Alia Nabilah. Banyak perubahan yang aku dapat lihat pada Nabilah dan di sebabkan perubahan itu membuatkan aku ingin lebih tahu apakah rahsianya sehingga anak kecil ini di rasakan sangat sempurna.

Nur Alia Nabilah

Nabilah sama seperti anak kecil lain cuma yang membezakannya adalah didikan yang di berikan.Setiap ibu bapa pasti berbeza cara didikkannya tapi masih dengan tujuan yang sama. Ada yang agak keras dan ada juga yang agak lembut. Cara didikan yang di berikan kepada Nabilah agak lembut tapi sangat berkesan sekali.

Beberapa perkara yang betul² mencuit hati aku sepanjang anak buah nie berada di rumah mertua. Semasa perbualan kami berdua aku ada menegur si anak kecil ini.

Aku : Nabilah! kenapa dengan muka nabilah nie..Nabilah jangan usik dengan jari tau takut kuku tue berbisa nanti habis parut muka Nabilah...

Nabilah : Tak tahu.. dah Allah nak kasi pada Nabilah jadi Nabilah terima la 'Sambil menadah tangan' mungkin tanda bersyukur dengan apa yang diberikan padanya..

Aku : Tergamam aku seketika.Ya Allah bagusnya anak kecil ini..

Bukan itu saja anak kecil ini juga telah di latih untuk sentiasa mengingati Allah.Setiap perkara yang di lakukannya dia pasti akan dahulukan dengan bismillahirahmanirahim..kalau terlupa sesuatu atau barang terjatuh, dia pasti akan menyebut ' Allah Nabilah lupa la @ Allah jatuh pula '. Kata² yang di keluarkan bagaikan sudah terbiasa dengan mulutnya.

Lagi buat aku terasa malu , bila ada tetamu datang ke rumah Nabilah la orang yang paling sibuk berlari untuk menyorok. Pada mulanya aku sangkakan si anak kecil nie terlalu pemalu tapi rupanya sangkaan aku salah. Anak kecil ini melarikan diri kerana tidak mahu menampakkan auratnya lalu ia berlari melulu mencari tudung untuk di sarungkan di kepalanya..

Sepanjang di rumah Nabilah akan sentiasa bertudung, dari pagi hinggalah di malam hari. Nabilah akan membuka tudungnya di kala en.hubby atau saudara mara lelaki tiada di rumah.Waktu azan pula tanpa perlu di suruh, dia dengan sendirinya akan mengambil wuduk dan terus menunaikan solat. Berbeza dengan kita yang dewasa nie, kadang bunyi azan berkumandang tapi kita masih lengah²kan waktu solat.Terasa malu sangat dengan anak kecil ini..

Nabilah juga sudah mampu berpuasa penuh dengan alasan Allah suruh Nabilah puasa.Menurut kata ibunya, pernah satu hari tue Nabilah terjaga di tengah malam lalu bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat. Alhamdulillah Allah memberikan hidayah kepada anak kecil ini. Didikkan yang di berikan membuatkan si anak kecil ini tahu akan tanggungjawabnya. Bukan saja ilmu akhirat malah ilmu dunia juga. Umur setahun jagung tapi sudah pandai 3 bahasa. Melayu , Inggeris dan Arab..Alhamdulillah semoga Nabilah menjadi anak yang solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat..

Ahmad Solehin adik kepada Nabilah
insyaallah akan mengikut jejak langkah kakaknya

Keluarga adik ipar serta umi dan abah..
( adik kepada en.hubby )


Note: Kalau kalian ingin tahun bagaimana cara ibu dan ayah Nabilah mendidiknya boleh la lihat di blog beliau AnakkuSoleh.com atau di facebook AnakkuSoleh.com










23 comments:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah...generasi sekarang sudah terdidik dengan ilmu agama..sudah nak jumpa anak kecil yang mempunyai jiwa sebegini mulia

emarieys said...

syahdunya

dwatyKNY said...

betulla kata org... nak didik anak biarla dari kecil...

Sheherazade said...

MasyAllah

blh dijadikan panduan,bgs sgt

Hudalatip said...

alhamdulillah..suka baca cerita ni..

Anum said...

betul la org kata
didikan sangat penting buat anak2

eB said...

sejuk perut ibunyer kan? :)

bunga_rose said...

Amy... bagusnye didikan pada anak buah amy tu.. bunga pulak malu bila baca macamana dia jaga aurat dia, solat dia.. sedangkan bunga yg dah tua ni pun.. masih kurang sana sini...

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah, Nabilah dan adik2nya akan terus membesar sebagai anak yang soleh.

Kakzakie Purvit said...

Benar anak kecil ibarat kain putih kitalah yg mencorakkannya. Lihat dari penampilan ayah-ibunya kakak dah dapat tahu itulah kalau acuannya dah begitu mestilah akan dapat hasil yang begitu juga....

misya said...

salam kenal follow awak,baiknyer anak-anak sejuk mata melihat

Unknown said...

wow... kagum saya...

segan pun ada.... huhu

sya masih mncari2 method terbaik utk ajar ank tpi yg penting diri sndiri kena elok dulu kan...

bagsu nabilah tu, semoga terus mendapat limpah rahmat nye...

Diana @ BKKC said...

bagusnya ada didikan sebegini..dia walau kecil,ternyata lebih baik dari kita

kurus said...

syukurrr sejuk perut ibu mengandung kann :)

mrs kayrul said...

bagusnya cara mak bapak dia didik dia...

Yasminhamid said...

subhanallah... sejuk hati membacanya...

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu..
sejuk mata memandang...
tahniah utk ayah & mak nabila..
nk bca jugakla tips2 tu.
tq for sharing amy..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

setiap ibu bapa inginkan yg terbaik buat anak2...moga di berkati olehNYA...rasa dulu pernah follow blog ni lepas di private kan ek

Acik said...

wah .. didikan sejak akan membentuk peribadi seseorang ... :)

Cik Bambam said...

didikan dari kecil lagi budak2 sng nak ikot kan! :)

Unknown said...

anak ibarat kain putih, ibu bapa yg bertanggungjawab mencorakkanya...

Ya ALiya said...

syukur alhamdulillah......

Panglima7 said...

Alhamdulillah. Anak yang soleh ini...sejuk perut ibu yang mengandungkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign