Selamat Petang..
Setuju tak kalau aku katakan, menghadiri undangan perkahwinan samada daripada rakan , jiran tetangga mahupun sedara mara ada keburukannya. Tapi kalian jangan salah faham pula, tak semua majlis kenduri kahwin itu ada keburukkanya cuma ada sesetengah saja.Begitu juga dengan majlis open house. Memenuhi undangan open house juga kadangkala memberi keburukkan kepada diri kita.Ok jom kita baca tang mane buruknya..
Sekiranya dalam sehari kita menghadiri undangan perkahwinan lebih daripada satu majlis ia mungkin akan mendatangkan kemudaratan pada diri kita. Kemudaratan yang aku maksudkan adalah sakit perut. Tapi tak semua orang akan mengalami masalah ini kecuali orang yang mempunyai masalah perut yang sensitif seperti aku nie. Makan lebih sikit dan bercampur² mudah saja di serang sakit perut dan mulalah aktiviti berulang alik ke toilet.
Sama juga kalau kita pergi open house. Kalau kita pergi sebuah rumah masak mee kari dan sebuah lagi masak nasi hujan panas dan rumah seterusnya pula masak menu yang lain.. mane la perut tue nak terima. Dah macam rojak.Kalau kita makan rojak lebih sikit pun dah tsunami perut inikan pula makan macam². Mungkin masalah ini ada sesetengah orang saja yang mengalaminya dan mungkin juga ada yang jenis perut kebal, makan banyak mane pun x jadi masalah pada perutnya.
Tapi berbeza dengan situasi yang aku alami semalam.Petang semalam aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu mertua. Di sebabkan aku masih dalam pantang , jadi aku hanya makan makanan yang tidak melanggar pantang aku. Just dua lauk je yang selebihnya memang tidak di benarkan.
Masakkan dia memang best sehingga mendapat pujian para tetamu.Aku pun tak nafikan tapi selepas kejadian malam tadi makanan itu tidak lagi sedap bagi aku. Sebab apa sebab makanan yang sedap tue la aku di serang sakit perut yang aku rasa sangat kriktikal yang pernah aku alami.Sehinggakan peluh jantan keluar dan rasa macam nak pengsan.Mujurlah en.hubby sapukan minyak panas di belakang dan perut aku, kurang la sikit serangannya.
Pagi ni badan rasa lesu, ye lah semalaman aktif ulang alik ke toilet. Aku sangkakan aku sorang je mengalami masalah tapi rupanya bapa mertua aku juga turut terkena serangan tsunami. Mil je x de masalah sebab lauk yang kami berdua makan, mil x makan.so terselamat la...Lepas ni kalau ada undangan perkahwinan, make sure sediakan pil chit kit teck aun sebagai langkah berjaga².
12 comments:
sabo jer la yea?? :)
bila makanan dah meriah dalam perut mmg mudah kene sakit perut..
kalau ada banyak tempat nak kena pergi, cukup lah sekadar hadir kerana telah di jemput. tak payah kut nak makan sangat sekiranya telah kekenyangan atau makanan2 yang banyak jenis (berbeza pada setiap tempat)
get well soon dear!!
sebu perut makan mcm2..huhu
samelaa...p open house balik2 je perut da memulas
hehe...selalu gak kena cherry berry bila pergi mkn kenduri kawen...perut x sesuai ngan mknn kut..
sian Amy...perut Amy sangat sensitif la tu, perlu berhati2 mengambil makanan
mesti makanan yg Amy makan semalam ada something wrong tu, entah2 dah nak basi
- sebab tu la x mkn mcm2 kalo ade jemputan camni...hehe
hehe pil tu BFF musim2 raya n kenduri
itu salah satu nye .. tp klu kami time raya jgn la pulun mkn kaw2 kat umah tok ..mmg tgh mlm dok ulang pi toilet la.... seksa ...
that y tiap klai raya pi kenduri jln2 ke aku sentiasa sediakan pil tu dlm beg.. sbb enpanjang sama cam ko
Maafkan aje tuan rumah tu sbb mungkin dia x sengaja..
Post a Comment