Sep 26, 2011

Syawal sudah di penghujung



Selamat Pagi..

Forgiveness is our compassionate acceptance of reality,not the approval of how things should be or should not be.It is the gentle and profound surrendering of whatever should be happening in our lives,into accepting the perfection of what is now happening.

Bulan syawal sudah sampai ke penghujungnya.Pada permulaan syawal aku yakin ramai diantara kita dihujani dengan sms, email dan juga percakapan dari mereka yang terpenting dalam hidup kita.

SMS yang paling ringkas, pasti berbunyi selamat hari raya , maaf zahir dan batin.Yang panjang sikit siap berpantun bagi memohon kemaafan. Apa yang pasti ramai diantara kita mengambil manfaat daripada bulan syawal yang mulia ini untuk memohon kemaafan.

Adakah kita sempat memikirkan sejenak, untuk memahami erti “kemaafan” tersebut? Ketika kita sibuk membalas sms² tersebut, apakah dalam hati kita benar² tulus untuk memaafkan mereka? Ataukah ini hanya sebahagian daripada kebiasaan kita menyambut syawal sahaja?. Tanya diri kita, dan jawab sendiri

Sebelum melakukan tindakan memohon maaf dan memaafkan orang lain, sudahkah kita lakukan proses kemaafan bagi diri kita sendiri secara tulus?

Apakah benar bahawa perasaan kita, samada gembira atau sedih,sentiasa berubah disebabkan oleh orang lain? Bukankah sebenarnya seluruh hidup kita, baik atau buruk, bergantung kepada diri sendiri? Betapa tidak adilnya kita menyalahkan orang lain, kerana kita yang bertanggungjawab ke atas kehidupan kita sendiri. Sudahkah kita memohon maaf dan memaafkan diri sendiri di atas pelbagai “penjara batin” yang kita ciptakan? Yang menjadi akar dari segala keluhan dan penderitaan kita sendiri?.


Note: Open house masih rancak sana sini tapi tahun nie satu open house pun aku tak pergi gara² piyot buat hal hari tue sehinggakan aku jadi takut nak makan macam²....huhu rugi²...........








3 comments:

Sheherazade said...

tak simpan dlm hati ,jiwa akn lbh tenang :)

kasihibu said...

sekejab je masa berlalu kan?
terasa indahnya lagi syawal tu

Anum said...

sekejap je masa berlalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign