Hari nie aku nak kongsi dengan u all pasal Niqab!? tahu ke apa itu niqab!? Kalau sebut niqab mungkin ramai yang masih blurr² tapi bila sebut je purdah , majoriti orang melayu semua tahu. Niqab dan purdah adalah benda yang sama yang di pakai oleh wanita islam untuk menutupi sebagaian muka.
Kenapa aku nak story pasal niqab. Sebab baru² nie aku ada upload beberapa keping gambar aku memakai niqab dan di sebabkan gambar itu ramai rakan di facebook bertanyakan , adakah aku sudah berniqab!? kenapa dan mengapa aku boleh berubah ke arah itu.
Ada yang menyokong 100% dan tak kurang juga yang membangkang. Pada yang menyokong aku ucapkan terima kasih tetapi pada yang menghina atau mempersendakan wanita berniqab , sorry to say la aku memang x boleh respect orang macam tue.
Aku akui cabaran memakai niqab di Malaysia ini bukan suatu perkara yang mudah. Rata² orang tidak dapat menerima dan menganggap ianya suatu perkara yang pelik. Berbanding wanita di negara Arab.Rata² semua memakai niqab jadi tidak hairanlah kalau orang melihatnya.
Tapi sepelik mane pun kita melihat as long as wanita itu menutup aurat itu sudah cukup bagus dari mendedahkan auratnya. Betul tak!
Jadi kenapa perlu nak menghina.Bagaimana pula bagi mereka yang berpakaian seksi tue!? tak de pula yang nak mengata sebaliknya di puji² lagi ada. Itu yang baru betul pelik.. yang baik di pandang serong yang jahat itu pula di agung²kan..
Ok untuk persoalan yang tidak henti² di ajukan kepada aku tue , aku cuba jelaskan di sini. Memang benar aku yang memakai niqab itu tapi aku bukanlah memakainya sepenuh masa. Maksudnya di sini aku hanya memakai niqab pada masa² tertentu dan tempat² tertentu saja untuk memprotect diri aku dari perkara yang tidak di ingini.
Aku hanya berniqab sekiranya aku berada di tempat yang aku rasa tidak selamat. Sebagai contoh , sekiranya ada kerja di sebelah pengkalan ulu. Selalunya aku akan bermalam di Betong ,Thailand. Kalau sebut Betong je semua orang tahu bagaimana tempatnya kan!? tempat happening dan di penuhi dengan pub² dan disco.
Kalau dah ada tempat² macam tue sudah pasti air setan tidak terlepas sama. Jadi bila aku berniqab orang tidak akan berani mengganggu. Jadi inilah salah satu cara aku memprotect diri aku.Sebelum ni dah ada pengalaman , staff aku di ganggu oleh lelaki india yang mabuk. Mujurlah waktu itu ada yang mengenali dan membantu kalau tidak , tak tahu la apa yang bakal jadi.
So di tegaskan di sini aku bukan nak mempersendakan wanita berniqab tapi aku masih belum ada kekuatan untuk memakai niqab sepenuhnya. Berniqab nie perlu satu tekad dan kekuatan yang utuh dalam hati.Sedangkan aku nak consistantly pakai tudung labuh pun agak susah.Insyaallah doakan semoga satu hari nanti pintu hati aku terbuka untuk memakai niqab sepenuhnya.
15 comments:
org selalu pandang serong kalau seseorang tu pakai purdah kan? kalau pakai seksi, ramai lak yg suka....huhu..macam2...
apa2 pon yg pentingnya menutup aurat. purdah atau tak, itu terpulang pada individu itu. yg penting hati mesti bersih. btol tak. hihi
xkesah kak..yg penting kita menutup aurat..buat yg wajib dlu..berniqab tu xwajib kan..tp klu ada yg menyindir/menghina tu xpatot laa..apa la slhnya hormat pendirian org len =)
selamat hari raya wak... >__<
all de best (^___^)
saye mendoa kan ..
nak buat ape pun kena istiqamah.. tp tula,kite manusia biasa selalu je up and down nak buat sesuatu..heee..
biar jela ckp2 buruk org tu..
xpe kak.. pasang niat utk bentuk diri kita ke arah kebaikan.. suya ada kawan yg berniqab ni sepanjang masa.. baru setahun, tp alhamdulillah.. die istiqamah.. moga2 kita pun ada bahagiannya nanti.
p.s: jap lagi laaa update
Selamat Hari Raya My..tak kisah jika untuk memprotectkan diri...
mcm pia ckp kat FB
semoga kita dibuka kan pintu hati pakai niqab sati hari nanti..Amin ;)
kena2 btl2 pakai dan istiqamah
dear,u ttp cantik walaupon nmpk mata je :)
akak.. adik pun ada niat nak berniqab... alhamdulllah kak, semoga degan niat nak protect diri, akan jadi satu yg akan sebati dengan diri akak.. aminnn... cantik...
ada saje yg x puas hati..sabar jer la amy..
btw you look so beautiful wearing niqab!
assalam akak semua. saya pelajar tingkatan satu 2013. pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada akak sebab akak pakai niqab. bagi saya orang yang memakai niqab itu kelihatan cantik. di sekolah saya sendiri sudah lebih daripada 10 orang yang memakai niqab. saya teringin sangat hendak memakai niqab. dari umur saya 10 tahun saya meminta izin ibu saya untuk memakai niqab. namun,sehingga sekarang saya masih tidak dibenarkan memakai niqab.namun bagi akak,ada orang yang menggalakkan akak memakai niqab. semoga allah merahmati usaha akak, in sya allah.
Assalamualaikum.. saya nak kongsi cerita. jemputlah ke blog saya,.. :) klik sini----> http://whackychandy.blogspot.com/2013/02/aku-gadis-berpurdah.html
Assalamualaikum kak :>
Nak tumpang tanya boleh? Hmm ape perasaan akak lepas pakai niqab? sebelum pakai tu akak ade terfikir apa-2 tak?
Niqob sunnah tidak mesti pakai secara terus. Tetapi tudung menutupi dan melepasi dada itu yang wajib.:)
Post a Comment