Sep 5, 2011

Kejutan perut di aidilfitri



Salam Aidilfitri untuk semua..

Lama juga aku tidak mengemaskini blog nie. Habis naik bersawang teratak Sinar Raudah ku. Serius aku rindu sangat nak menaip dan menulis di blog ni. Rasa macam tak lengkap hari² yang aku lalui kalau tidak berbelog. Hampir seminggu juga la aku abaikan blog aku nie.Bukan saja abaikan malah berkunjung ke rumah korang pun masih tak berkesempatan. Sedih tapi nak buat macam mane kan masa tidak mengizinkan. Kalau aku sempat bertandang pun just baca sepintas lalu tanpa meninggalkan komen.Traffic blog pula jangan cakap la huhu sedihnya la.. Lepas nie pula sambung out station , lagi la bersawang blog aku nie.

U all masih di kampung lagi ke atau dah mula bekerja. Aku hari Sabtu hari tue dah balik ke Kota Bharu. Perjalanan ok la x de la jem sangat sebab kami melawan arus.Cuma bila masuk area kelantan tue kereta dah mula sesak. U all bayangkanlah kereta dari arah machang menuju ke jeli sangat sesak. Boleh di katakan dari Bukit Bunga hingga susur keluar jalan kuala kerai jem teruk. Kereta bergerak perlahan sangat. X pernah lagi aku lihat jalan jem seteruk tue. Adik aku pula terkandas dalam kesesakan lalulintas di highway PLUS hampir 8 jam. Masak ow duduk lame² dalam kereta.

Hrmm..raya u all pula macam mane!? Mesti seronok kan dapat berkumpul dengan family. Alhamdulillah tahun nie semua adik beradik aku dapat berkumpul bersama. Memang meriah tapi yang tak bestnya raya kedua aku di serang sakit perut. Tinggal en.hubby dan ayahanda je ok yang lain semua dok berebut masuk ke toilet. Memang lemau la badan bila kena cirit birit nie. Mungkin perut dapat kejutan kot. Sebulan berpuasa! bila tiba raya makan tak hinggat dunia. Habis semua yang ada di depan mata aku sental.Akhirnya terimalah padahnya. Semalaman aku bertemankan toilet..Spoil mood aku nak beraya ke rumah saudara mara..huhu..

u all pula macam mane!?ada yang sakit perut tak...




20 comments:

Sarah Syazwani said...

ala ciannyer...alhamdulilah raya ni xde sakit2

cik kartun said...

mlm raya pertama sampai malam raya kedua cirit huhuhu T__T

cik dila said...

kalau 8 jam terkandas memang panas punggung lah,haha..

org raya ke2 dah sakit perut..

Anonymous said...

hy amy
alhamdulilah raya kali ni anak2 sume sihat tak macam tahun lepas.

suasana raya kat kampung ni meriahnye cuma kerana ada aktiviti ziarah-menziarahi sedara mara sekampung..
tp paling seronok adalah anak2, kita yg dah tua2 ni dah tak rasa sgt kemeriahannya

dhiera zainudin said...

saya mula bekerja hari ini~ sobs. mood raya ada lagi. dah naik lemau dh ni~

Unknown said...

sama la..
seminggu raya blog bersawang..
ada update tapi autopublish je..

raya ke dua akak sakit perut..
makan laksa gamak nya..
akak tak boleh makan cili kering..
sebab bijik cili tu..
kalau cili yang dah siap peket2 tu boleh la..

me suya said...

selamat hari raya sis Amy
Suya dah mula kerja dah hari ni..
jgn kata jalan jeli.. Suya ni lekat di jalan machang-k.krai semalam berjam-jam juga.. fennat drive 8jam~

aanie said...

kelantan mmg jem teruk amy...x berani nak g jln2 kat kb....duk umah je la...huhu....

Hanis Azla said...

Salam aidilfitri amy.. akak pun bersawang blog bila seminggu cuti raya ni.. kesiannya kena sakit perut time raya ni.. harap2 lepas ni tak kena lagi sbb majlis open house pula dah menunggu queue kan..

Marina said...

sakit perut tu dah macam jadi tradisi family kiteorg tiap kali rayer...sadis sungguh..

atuk said...

Assalamualaikum Amy

selamat berblog kembali

Wassalam

Salina Mat Isa said...

memang kejutan perut la...sme la dri raye pertama smpai arini msih mngalami cirit-birit...tapi rmai2 tu sye sorg je yg skit prut...org len ok je...plik btol...

Unknown said...

Amy..
rindu dengan celoteh kamu di blog.. hehehhehe

kes awak sama mcm kak ayu... sakit perut...
alhamdullilah. raya ke 5 baru okey...

aza ni said...

perut selalu terkejut bila syawal menjelang...hi hi

Noor Fatin said...

sakit jugak dari raya pertama. haha sabar je la..

kurus said...

aduhh dik cirir birit di hari raya huuhuh seriok bila dgr .. sbb akak dah pernah kena huhuhu

Fazleyatul Aini said...

sama la kita kak seminggu blog tak berhapdet. huhu

Ibu Amani said...

of course ada...dahlah saya tgh pregnant..perut rasa sebu2 je...huhu

Sheherazade said...

Raya mmg seronok,tu la cabaran nya je, perut terkejut

cian dear,t.care

☾SHiemaCMa786☾ said...

alhamdulillah...semua ok..cuma penat sgt..T_T
cian kat amy...
take care ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign