Sep 8, 2011

Marsha masuk hospital telan ubat , aku pula tak sedarkan diri



As'salammualaikum...

Hari nie niat kononnya x nak update blog , tapi jari jemari ku yang halus lagi mulus nie dok gatal nak update juga. Padahal mood untuk berbelog tu haram nak tiba. Tapi aku cuba juga mane tahu post yang di hasilkan tidak serupa dengan mood yang ada. 

Hrmm..teringat pula kata² seorang blogger nie , kalau kita x de mood nak berbelog better x payah update. kerana kadang² mood itu boleh mempengaruhi post kita. Betul ke!? Aku cuba control ok , agar post yang di hasilkan tidak selari dengan mood yang x berapa nak ok nie.

Ok now tarik nafas panjang² dan lepaskan perlahan².. lapangkan dada , kosongkan minda kemudian mulakan bicara dengan tenang dan aman..

Tadi blogwalking di teratak kak Eida, terbaca mengenai penyanyi dan pelakon yang berbibir seksi nie iaitu Marsha Milah Landoh. Marsha di katakan telah di masukkan ke hospital akibat menelan 30 biji ubat sehingga tidak sedarkan diri. Aduh Marsha,  kenapa boleh jadi camtue.Kalau stress macam mane pun jangan la sampai ambil tindakkan macam tue.Bahaya tau..

Base pada pengalaman aku sebelum nie , aku hampir maut dik kerana menelan panadol dalam jumlah yang agak banyak. Bukan niat aku nak bunuh diri ok tapi di sebabkan stress yang terlampau sehingga menyebabkan aku sakit kepala yang amat sangat. Bermula dari menelan 2 biji panadol tanpa mengambil sebarang makanan sebelumnya , akhirnya ia mengundang padah. Hampir setiap jam aku menagmbil 2 biji panadol namun kepala aku tetap tidak ok. Akhirnya aku terlantar tidak sedarkan diri.

House mate bergegas membawa aku ke hospital.That time doktor cakap separuh daripada hati aku telah di racuni oleh ubat yang aku ambil. Akibat dari itu aku tidak sedarkan diri ( koma ) hampir seminggu. Menurut kata doktor juga kita tidak boleh mengambil ubat²an melebihi 8 biji satu hari.Tambahan pula perut kosong dengan dos yang tinggi ia boleh bertukar menjadi racun. Jadi lepas ni ingat ye kawan² kalau rasa lepas ambil ubat , sakit still x ok lagi cepat²lah berjumpa doktor. Jangan pandai² nak makan ubat banyak² macam aku kalau tidak , terlantar la korang x sedarkan diri.Itu mujur terlantar kalau terus padam , apa pun x dapat huhuhu..

Serik ow!? Itu makan ubat secara tak sengaja atau tanpa di sedari mengundang padah.Ni kalau makan ubat yang sendiri cari pasal , payah nak cakap. Next time sebelum buat sesuatu perkara tue baiklah berfikir panjang dulu. Adakah dengan tindakkan kita itu dapat menyelesaikan masalah atau sebaliknya. Jadi fikir²kanlah ye..

Note : i wish Marsha cepat sembuh! kalau stress ambil la masa untuk tenangkan diri dengan pergi bercuti ke atau rehatkan diri di kampung.Itu lebih baik dari mengambil ubat tenangkan diri. kesian anggota badan kita! mereka tidak bersalah , jadi jangan aniaya mereka..








26 comments:

indonesiatooverseas said...

Wah, untung Anda masih selamat ya. Alhamdulillah. Harus hati-hati mengkonsumsi obat, masalahnya reaksi kimia dalam tubuh kadang tidak bisa diprediksi. Sekarang ini sudah lazim penggunaan herbal dalam pengobatan.
salam dari Indonesia.

indonesiatooverseas

cheqna said...

Sebab tu kalau cheqna sakit cheqna tak suka makan ubat hehehehe
alasan baik ni

Unknown said...

30 bijik tu..sedangkan x boleh lebih 8 bijik kan sehari..huhu..jngn buat lagi k..take care urself..hihi

BeloG MTT said...

Laaa,nape dia telan banyak sangat ?? Frust ker hape tuh..Adehh mcm2.. =..="

Mood boleh pengaruhi entri entri yang di hasilkan..pernah buat ! Lepas tu deleted balik entri yang macam ngok ngek tu..Hehe :D

Panglima7 said...

Fuihh...memang bahaya makan panadol banyak2 nie amy. Lebih2 lagi pain killer. Kerana panadol akan berada di dalam tubuh ketika bertahun lamanya sebelum hilang.

kurus said...

uishhh ... amy dont dare too do that stupid things again wokeh !!! ....

MR. SYAH said...

nasib baik akak selamat.. saya jenis tak suka mkn ubat.. klu pening atau stress saya suka tidur.. heheh..

M Firdaus Mohd said...

Alhamdulillah selamat..
cuma marsha, ap ke he nya ambil ubat 30 biji.itu nampak sangat macam nak membunuh diri kan? tapi takpa..beliau masih selamat..akak pun sama hehe..take care.. :)

Guy Next Door (Fatrim Syah) said...

Salam, berkunjung ke sini..:)

zaidah said...

klu stress mohon petunjuk ngan Allah....alhamdulillah amy masih lagi bernyawa...

Kak Amy said...

@cheqna Amy pun seorang yang takut makan ubat , cuma dulu amy sakit kepala bila telan 2 biji panadol x de rasa kesan than amek lagi dan x sedar jumlah pengambilan melebihi had.. tue yang terus koma tue huhu..lar ni bila sakit sikit amy tahan je kalau dah x tahan sangat baru makan ubat..tapi kalau still melarat amy terus jumpa doktor je..

Anum said...

ini betul2 tekanan nie

Kakzakie Purvit said...

Pengalaman mengajar kita kan Amy. Kes Marsha ini lain dia kan artis kita tak tahulah....

emarieys said...

patutlah suami ada bagi tahu seorang artis masuk hospital PPUM semalam..suami tak ingat nama..asyik sebut landoh dan bukan islam...rupa-rupanya marsha lah...

Fazleyatul Aini said...

saya ni nak makan panadol sgt la susah
if sakit sgt, sy terus p doc je
kalau sakit manja2 ni, ubatnya tido je la. and minum air suam byk2. huhu

Sheherazade said...

TAK SANGKA KAN

kita kena tabah walau apa yg terjadi,hrp2 kita xbuat pekara yg memudaratkan diri

eMMe said...

suke tgk muke marsha seksi....hehehe..

Hudalatip said...

kita kalau pening pun, dok tido n rehat je..mak abah kita lagila kerja hospital, tapi kita malas makan ubat, bukan tak suka..hehe

[sutera kasih] said...

bahaya jugak rupanya kalo mkn panadol lebihkan..mungkin kes marsha sama mcm awk tak dear, sebab tak tau, bukan sengaja mkn byk..huhu..thanks share info pasal panadol tu..sy mmg xsuka mkn panadol..huhu

azwa amani said...

ishhh..kak, janganlah makan panadol banyak2 sangat,.. cuma tenangkan diri dnegan cara yg lain..

semoga marsya cepat sembuh

Nur Fajariah said...

isshhh,bnyk nyer.saya 1 biji pun susah nk telan..nasib baik slamat.jgn wat lagi ok?kalu stress,bnyk2 kn doa and think positive.:)

me suya said...

huhuhu seb baik suya sgt malas nak consume ubat..biasa suya akan tidur je kalau pening.. dah teruk sgt baru amik ubat

☾SHiemaCMa786☾ said...

omg...cian kat marsha..
amy penah koma??huhu...
seram nk mkn ubat lebih2

Cikrosecute said...

Cik Rose Tak pernah telan panadol walaupun stress atau sakit kepala....biasanya sapu ubat cap kapak pastu tidur....huhuhu

Myra Jay said...

Fuhh bahaya gak kan kalau mkn ubat camtu..
Alhamdulillah akak takdak pape..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bahaya nye...
moga lekas sembuh yew...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign