Dec 9, 2009

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA

Hello my friends..,

Hari nie terdetik di hati untuk berkongsikan beberapa pengalaman amy setelah setahun mendirikan rumahtangga.Rasa telalu cepat masa berlalu.Tinggal beberapa hari saja lagi tahun 2009 akan melabuh tirainya dan beberapa hari saja lagi amy akan menyambut "ulangtahun perkahwinan" yang pertama.Dalam masa setahun ini banyak perkara yang amy lalui.Ada suka mahupun duka..Betul kata orang perkahwinan itu bukan suatu yang mudah,zahirnya nampak senang tapi pada hakikatnye ia sesuatu yang sangat sukar.Kita di beri amanah oleh allah s.w.t untuk menggalas tanggungjawab yang sangat besar.Alhamdulillah banyak yang sudah amy pelajari sepanjang menjadi seorang isteri.Pada permulaan memang agak sukar untuk menyesuaikan diri tapi syukur alhamdulillah semuanya tiada masalah.
Kehidupan berumahtangga ini terlalu mencabar tetapi bergantung juga kepada individu itu sendiri bagaimana untuk menguruskanya.Sekiranya kita pandai mengaturkan kehidupan kita insyaallah segalanya akan berjalan dengan mudah.Amy bersyukur kerana di anugerahkan oleh allah s.w.t seorang suami yang sangat penyayang,memahami,penyabar,kelakar dan tidak cerewet..,opsss jangan marah.. heheheh...x salah puji suami sendiri.Kalau tidak kita sapa lagi kan....Amy percaya ramai pasangan di luar sana yang baru berkahwin mengimpikan hidup yang lebih bahagia.Maksud amy bukan wang ringgit tetapi menimang cahaya mata.
Tidak sabar rasanya amy untuk menantikan masa itu.Mungkin belum rezeki amy dengan suami lagi untuk menimang cahayamata sendiri.Bukan tiada hasil tetapi sudah dua kali amy keguguran.Amy redha dengan ketentuan illahi dan amy tidak pernah berputus asa malah terus berusaha dan berdoa agar suatu hari nanti apa yang kami hajatkan akan di makbulkan.Insyallah...Sebelum ini kita pernah dengar dan lihat tetapi kita tidak tahu bagaimana perasaanye apabila sesuatu yang kita nantikan tidak berhasil.Memang perit untuk terima semua itu...tapi amy kuatkan semangat dan tidak mahu mengalah.Sesungguhnya apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Kepada yang penah melaluinya amy harap kuatkan semangat dan jangan cepat mengalah sesungguhnya kite terpilih oleh allah untuk menerima ujian yang di beri...Abaikan apa saja yang orang nak katakan...buangkan perasaan tertekan kerana orang sekeliling kita tidak akan tahu apa yang kita rasa kecuali dia pernah mengalaminya sendiri...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign