Dec 9, 2009

ANAK YANG DERHAKA



ASSALAMMUALAIKUM SEMUA.....

Di hujung minggu yang agak membosankan ini,amy ingin berkongsikan sesuatu bersama kengkawan semua. Bukan cerita rekaan tetapi inilah yang sebenar2nya berlaku.Kisah seorang ibu yang terpisah dengan anak2nya dek kerana keretakan rumah tangga yang membawa kepada penceraian.Kisahnya berlaku seabad yang lalu,di mana seorang perempuan ini di temukan jodoh oleh bapanya dengan saudaranya sendiri pada usia yang cukup muda.Pilihan kuarga jadi si anak terima dengan hati terbuka.Seperti pasangan yang lain,dia menjalani kehidupan seperti pasangan lain.Alhamdulillah...dia di kurniakan enam orang cahaya mata...iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.Kehidupanya juga tidak la berapa susah kerana si suami berjawatan tinggi dalam kerajaan.
Tapi bak kata orang langit tidak akan sentiasa cerah..begitulah kehidupan wanita ini.
Dugaan yang melanda dirinya terlalu mencabar.Bermula dengan kesilapan suaminya yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas.Dia di tuduh menerima rasuah dalam jumlah yang besar.Mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan si suami di kenakan reman sehingga perbicaraan di jalankan.Si isteri terpaksa menyara 6 orang anak dengan tanpa sebarang pendapatan kerana dia sebelum ini tidak bekerja hanya suri rumah sepenuh masa.Dia mencari jalan untuk membesarkan anak2nya,iaitu dengan menjaja kuih dari rumah kerumah.Alhamdulillah pada masa itu anak2 memahami dengan keadaan yang di hadapi oleh ibunya.
Selepas beberapa bulan mahkamah pun memutuskan yang suaminya hanya bersubahat dan membenarkan di ikat jamin.Walau buruk macam mane sekali pun dia tetap suami.Dia pulang ke kampung dengan menjual tanah hanya semata2 ingin mengeluarkan suami yang berada dalam tahanan polis.Kini suaminya seorangnya sudah hilang pekerjaan.Hari berganti hari..dan masa berganti masa alhamdulillah akhirnya suaminya mendapat pekerjaan.Lega sangat...
Setelah beberapa bulan suaminya sering kerja out station.Kadang dalam seminggu dua tiga kali je berada di rumah.Balik dengan keadaan marah2 dan sampaikan berani mengangkat tangan memukulnya.Dia sangat pelik dengan perubahan suaminya.Sehinggalah pada suatu ketika,dia tergerak hati untuk menyuruh anak lelakinya membuka bag jamesborn hehehe..(nak menyedapkan lagi ayat)..bapanya.Apabila anak membukanya alangkah terkejut apabila melihat beberapa keping gambar pernikahanya beserta surat nikah.
Hancur luhur hatinya apabila orang yang dia sayang selama ini sanggup menipu.Patut la dia jarang pulang kerumah dan berani mengangkat tangan kepadanya.Hari ni si isteri nekad untuk melaporkan kepada jabatan agama.Dek kerana tak sanggup bermadu dia mengambil keputusan untuk bercerai.Semasa proses penceraian di jalankan dia berusaha untuk mendapatkan anak2 tetapi keputusan mahkamah berpihak kepada si suami dengan alasan si isteri tidak mempunyai kerja yang tetap untuk menaggung keenam2 anaknya.Alangkah sukarnya dia menerima dugaan sebasar itu.
Setelah sekian lame dia bangkit dengan semangat yang baru.Walaupun pada masa itu suaminya menghalang dia untuk bertemu anak2,sampaikan pada satu masa tu semasa dia ingin berjumpa anak2nya..bekas suami membuat laporan polis mengatakan yang si isteri ingin menculik anaknya.Terlalu sedih hanya alalh s.w.t sahaja yang tahu betapa sukarnya dia menerima semua ujian yang di berikan.Berbagai usaha telah dilakukan namun tidak berhasil.Di hati rindu yang teramat sangat terhadap enam anak2 yang tepisah dengannya.Hinggalah beberapa tahun berlalu dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki.Akhirnya mereka mengmbil keputusan untuk bernikah.
Bermulalah kehidupanya sekali lagi bergelar isteri....Dan hasil perkahwinan itu dia di kurniakan 5 orang anak.Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik.Sehinggalah pada satu hari tu,hari raye anak2nya bersama suami dulu datang ingin beraya bersamanya.Alangkah gembiranya dia sehingga tidak terucap dengan kata2.Kegembiraan yang terpancar pada raut wajahnya tiba2 bertukar menjadi kesedihan.Anak2nya hanya datang ingin memberitahu yang mereka telah berjaya,berjawatan tinggi dan berkereta besar.Bukan datang untuk menziarahinya yang sekian lame x jumpa...bukan datang pada hari raye ingin memohon maaf...bukan datang untuk bertanyakan khabar ibunya tetapi datang dengan ingin memberitahu ape yang mereka ada sekarang.Cara mereka seakan ingin menunjuk dan memberitahu walaupun tanpa ibu disisi mereka mampu berjaya...dan rasa rendah diri dia bertanyakan kepada anak2nya.Dahlupa ke kat emak,tak rindu ke...Dengan selumber salah seorangya menjawab dulu kami ingat mak...rindu mak tapi sekarang kami dah BENCI dan mengatakan mereka jijik menyusukan susu yang di susukan kepada mereka serta mengatakan yang ibunya bukan ibu yang misali...Satu tamparan buatnya apabila anak kandungya sanggup berkata begitu...Dia mengangkat tangan dan mengucapkan alhamdulillah kerana ini yang keluar dari mulut anak2nya.
Jadi kengkawan semua fikirkan la...patut atau tidak seorang anak berkata begitu kepada ibunya..walaupun ibunya tidak membesarkanya dan dengan situasi yang di lalui oleh ibunya sebelum ini...Di harap kengkawan semua dapat mengambil iktibar dari cerita ini..dan minta di jauhkan dari menderhaka samaada ibu mahupun bapa kita...Kita tiada hak untuk menghukumnya sesungguhnya dialah yang telah melahirkan kita di dunia ini.....
NAUZUBILLAH......minta di jauhkan..Bertaubat la sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka dan sebelum terpejam matanya buat selama-lamanya...!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign