Sep 23, 2012

Tingkatkan usaha untuk dapatkan iman & amal


Assalammualaikum w.b.t

Aku yakin hari ini pasti ramai yang memahami akan kepentingan dan kelebihan DUIT...Tak kira la samaada yang dewasa mahupun kanak-kanak, semunya faham akan perkara tersebut.. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya kerana kita tahu Nilai duit untuk kita guna di dunia yang sementara ini...

Tapi ada satu perkara yang lebih bernilai dari duit iaitu IMAN & AMAL.. yang mana perkara ini sering di pandang remeh, sedangkan inilah yang kita akan bawa di alam yang kekal abadi nanti (Akhirat)...

Sama-samalah kita tingkatkan usaha untuk dapatkan IMAN & AMAL sebagaimana kita usaha untuk dapatkan perkara-perkara yang kita akan tinggalkan, supaya diri kita, keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran & seluruh umat Nabi SAW dapat selamat dari Neraka Allah SWT dan masuk Syurga Allah SWT..

Allah SWT berfirman:
"Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya." (An-Nisa' 4:175)

Nabi SAW Bersabda yg lebih kurang maksudnya:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Wallahualam.....


Note: Semakin hari, aku semakin suka dan cintakan buku ini.. banyak perkara yang aku belajar dan secara x langsung aku semakin dekat denganNya...









Sep 12, 2012

Syukur alhamdulillah, akhirnya...


Assalammualaikum w.b.t

Hai la blog, apa la akan jadi pada kau nanti. Semakin hari, semakin malas nak update.. Mood berblogging dah lame tiada dalam diri. Nak di buang sayang, nak kembali aktif, waktu pula terbatas...Blog rakan-rakan dah lame x singgah. Entahkan ada entahkan tidak orang nak baca blog aku nie.. hu hu! kalau x ada, kira kes syok sendiri la nie ha ha ha.. Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah dan baca blog berhabuk aku nie, walaupun x seramai dulu tapi tetap bersyukur..

Actually aku happy sangat hari nie coz apa yang aku cari dah dapat. Sebelum nie aku cari kat area sini x jumpa. Lastnya aku kirim pada adik ipar dan biras untuk membelinya..Nak tahu apa dia.. Ha! Ianya something yang sangat berharga buat aku. Bila pertama kali terdetik di hati aku untuk mengetahui tentangnya.. aku terus jatuh cinta. Really love it!

Jatuh cinta yang aku maksudkan adalah jatuh cinta pada sebuah buku.. Buku yang sangat bermakna dan berharga bagi aku. Sejak aku membaca buku nie, aku rasa lebih dekat padaNya.. dekat dengan maha pencipta ku..

Semuanya bermula dari perbualan biasa sehinggalah terkeluar cerita mengenai buku tersebut. Masa mula-mula membacanya, aku tak ada rasa apa-apa pun melainkan perasaan ingin tahu. Bila dah beberapa hari, baru aku dapat rasakan satu perasaan yang aku sendiri x tahu nak ungkapkan. perasaan yang bercampur baur , takut , sedih , semua ada..

Sejak dari itu, aku cuba praktikkan ia dalam kehidupan aku. Alhamdulillah ia sesuatu yang cukup menenangkan jiwa, buat aku sentiasa ingat dan dekat padaNya.Kalau sebelum nie, selepas solat aku terus melakukan kerja lain tapi tidak lagi sekarang. En.hubby pun begitu selepas solat kita akan adakan satu majlis kecil yang di panggil majlis taklim. En.hubby akan membacakan buku tersebut dengan lantangnya.. Di ulang beberapa kali supaya ianya masuk ke dalam jiwa kami. Serius ia sesuatu yang sangat luar biasa...

Mungkin yang sering melakukannya, ia sesuatu yang biasa tapi tidak bagi aku yang baru ni. Aku sangat teruja sehinggakan setiap waktu yang ada , aku akan habiskan dengan membaca buku tersebut. Malah kalau setiap hari en.hubby adakan majlis taklim pun aku x kisah, aku suka sangat.

Inilah buku yang di cari...

Yang ini pula, buku yang saya baca sekarang.. 
Really love it!




Note# Teringin sangat nak mengikuti majlis taklim di luar rumah pulak! moga satu hari nanti ianya menjadi satu kenyatan..~ amin



Sep 8, 2012

Nak berjaya kita perlu mempunyai minda dan mindset yang positif




Assalammualaikum w.b.t

Berjaya??? Semua orang nak berjaya, walau dalam apa jua yang di ceburi dan tidak ada seorang pun yang tidak mahu berjaya dalam hidup. Begitu juga dengan aku, x pernah rasa puas selagi apa yang aku inginkan tidak tercapai. Aku juga ingin berjaya seperti orang lain yang tidak pernah kenal erti putus asa. Cuba dan terus mencuba..Tak kaya raya pun x apa asalkan hidup lebih selesa dan impian aku terlaksana.. Itu lebih dari cukup!

Nak berjaya kita perlu mempunyai minda dan mindset yang positif. Jangan sesekali menyerah kalah sebelum mencuba.Itu satu contoh sikap yang x patut ada dalam diri kita. Bila mindset sudah negetif maka segalanya akan menjadi negetif dan tidak akan ada satu pun yang positif. Jadi untuk memperolehi minda dan mindset yang positif, kita perlu banyak bergaul atau networking dengan orang-orang yang positif. 

Insyaallah, bila kita positif segalanya akan menjadi lebih mudah. Kita yakin dengan apa yang kita buat dan  kejayaan pasti milik kita. Jika kita ingin memiliki minda yang super positif, kita bina pula hubungan rapat dengan Allah. Jangan sekali-kali mengabaikan networking kita dengan PENCIPTA kerana ALLAH SWT adalah sumber dari segala yang positif...

Kita semua the best...

# Motivasi untuk diri sendiri...Aku sudah berlari jauh dan sudah semakin hampir di garisan penamat. Jangan kerana aku berhenti keletihan, maka aku tidak mahu teruskan lagi sedangkan aku yakin kemenangan itu milik ku.. teruskan amy syaquena pasti kejayaan menanti mu....Chaiyokkkkkkk!







Sep 7, 2012

Indeks jenayah menurun tapi jenayah semakin menjadi-jadi



Assalammualaikum w.b.t

We live in a very cruel world..people has gone mad.. anything can happen anytime, walaupun kita sendiri rasa benda tu x mungkin akan terjadi kepada diri kita.. we are not safe even dalam rumah kita sendiri..apatah lagi keluar berseorangan..

So please, jangan keluar rumah bersendirian and ALWAYS BE CAREFUL.. Kalau ada ahli keluarga yang nak keluar, x kira lah lelaki atau perempuan, pastikan dia berteman.. dunia ni dah tak selamat seperti yang kita sangka..jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang..bad things can happen anytime.. please take care of each other..

Kawasan sekitar rumah aku kerap kali di pecah masuk..start dari bulan puasa hari tue sehingga semalam, ada je rumah yang menjadi mangsa. Bukan setakat rumah , sampaikan motor yang tinggal kejap pun habis di sapu. Rumah ada alarm pun x guna, dorang still boleh masuk. 

Masa bulan puasa hari tue habis kiri kanan depan belakang rumah kena pecah. Belakang rumah aku nie, pukul 10 pagi dorang jalankan aktiviti. Yang sebelah rumah pula pukul 2 pagi. Time tu aku dengar orang menjerit, ku sangkakan anak jiran sebab dia ada anak istimewa tapi rupanya rumahnya di masuki orang.

Rumah aku dah 4 kali dorang masuk. Last akhir tahun lepas habis barang kemas sampaikan kereta en.hubby pun dorang selongkar dan larikan radio. Serius kawasan nie memang black area. Kat rumah sendiri pun dah x selamat apatah lagi kalau nak keluar rumah. Macam-macam kes, terbaru perempuan kena ragut sampaikan pergelangan tangan hampir putus. Ngeri betul dengar..

Sekarang nak keluar sendiri pun en.hubby tak benarkan, risau kalau terjadi pape..Mertua pun begitu, yela aku kan sering buat keje sorang-sorang kecuali time en.hubby x keje ada la teman. Kalau dok sorang-sorang memang bertambah cuak la! nak menjerit orang kat kawasan ni waktu pagi bukannya ada.. 

Pelik juga kerajaan kata indeks jenayah semakin menurun tapi apa yang aku baca dan lihat jenayah semakin berleluasa.. Bakar, bunuh, rogol, ragut dan macam-macam lagi. Sampaikan aku rasa negara kita nie semakin hari semakin x selamat. Bayangkanlah rumah yang dulunya kita rasa selamat kini tidak lagi. So please guys jaga diri dan jangan sesekali ambik mudah perkara sebegini. Hari nie mungkin terjadi pada orang lain dan x mustahil satu hari terjadi pada diri kita....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign