Sep 23, 2012

Tingkatkan usaha untuk dapatkan iman & amal


Assalammualaikum w.b.t

Aku yakin hari ini pasti ramai yang memahami akan kepentingan dan kelebihan DUIT...Tak kira la samaada yang dewasa mahupun kanak-kanak, semunya faham akan perkara tersebut.. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya kerana kita tahu Nilai duit untuk kita guna di dunia yang sementara ini...

Tapi ada satu perkara yang lebih bernilai dari duit iaitu IMAN & AMAL.. yang mana perkara ini sering di pandang remeh, sedangkan inilah yang kita akan bawa di alam yang kekal abadi nanti (Akhirat)...

Sama-samalah kita tingkatkan usaha untuk dapatkan IMAN & AMAL sebagaimana kita usaha untuk dapatkan perkara-perkara yang kita akan tinggalkan, supaya diri kita, keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran & seluruh umat Nabi SAW dapat selamat dari Neraka Allah SWT dan masuk Syurga Allah SWT..

Allah SWT berfirman:
"Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya." (An-Nisa' 4:175)

Nabi SAW Bersabda yg lebih kurang maksudnya:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Wallahualam.....


Note: Semakin hari, aku semakin suka dan cintakan buku ini.. banyak perkara yang aku belajar dan secara x langsung aku semakin dekat denganNya...









1 comment:

Gadis Kampung said...

terima kasih pengkongsian yang bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign