Oct 18, 2012

Menguji kesabaran sehingga hilang pertimbangan


Assalammualikum w.b.t

Hurmm rasanya dah lame aku x buat post pasal hal nie. Bukan apa rasanya dah bosan asyik bercerita benda yang sama. Tapi tue la, kita rasa bosan nak menjawab tapi mereka-mereka tak pernah rasa bosan, malah mengajukan dan terus mengajukan soalan-soalan yang menyentuh sensitiviti seseorang.

"Bila nak kawen? Bila nak dapat anak? Bila nak tambah lagi?"

Perkara ni bukan baru lagi dalam kehidupan kita malah ianya dah lame berlaku. Yang kesiannya pada mereka yang berada di situasi itu. Memang agak stress. Kalau soalan tue di ajukan sekali dua x pe lagi tapi kalau dah di ulang banyak kali, x ke berapi telinga.. sakit hati dibuatnya dan dengan x sengaja kita mula membenci mereka." itu aku la x tahu pulak kalau orang lain"..

Kalau yang baru kawen x sampai 3 bulan dah boleh merungut, bosan, x selesa dan sakit hati. Apatah lagi yang dah bertahun menunggu. Kalau aku rasa dah senak otak bila dengar soalan-soalan cepungmas gitu apatah lagi mereka yang jauh lebih lame dari aku. Confirm dorang dah malas nak layan dan dengar kan.

Beberapa bulan lepas aku hampir-hampir nak lempang mulut puaka sorang mak cik ni. Serius betul-betul menguji kesabaran aku sampai aku rasa hilang pertimbangan dengan dia. Time tue wedding abang aku. Kenduri kahwin sure la busykan. Tapi dalam kesibukan aku cuba puaskan hati semua orang. Mane tetamu yang aku kenal, aku beramah mesra tapi ada sorang tetamu nie buat aku hilang sabar.Tetamu nie kira ada bau-bau kentut je gan family aku. tapi mulut dia , ya Ampun macam memang x de insurans punya.

Masa aku tengah sibuk layan rombongan belah perempuan tiba-tiba tangan aku di tarik tengah-tengah orang ramai lalu dia bertanya " Dah ada isi belum??" Dalam hati aku berkata, lar tarik tangan aku semata-mata nak tanya tue je.. Aku pun jawab dengan baik.." Insyaallah doakanlah ye"..

Aku x tahu pulak jawapan aku tu buat dia x puas hati. Dia terus bertanya tanpa melepaskan tangan aku. Bayangkanlah dengan tetamu yang ramai dia boleh tanya soalan camtue. Memang berapi aku time tue, malu , sakit hati semua ada. Cara dia buat aku rasa nak lempang je muka dia tapi sebab aku fikirkan kedua orang tua aku dan aku hormati kenduri abang aku.. Maka aku mengalah dan berkata, x de lagi ha! Terus dia lepas tangan aku sambil tersenyum....

Masuk dalam rumah, datang seorang lagi. Mak janda! jiran lame mak aku. Dia pun tanya soalan yang sama.. The best part aku dah jawab " belum ada rezeki lagi cik".. aku ingat jawapan aku tue boleh buat dia sedapkan hati aku, tapi sebaliknya..boleh dia jawab " Sian kau na, laki hensem, ada kerjaya tapi x ada anak.. x usaha pergi berubat ke"

"Perghhh! sekali lagi telinga aku berasap.Aku x jawab pun aku blah camtue je.."

Nak kata bodoh dah besar panjang x kan la orang duduk diam saja. Orang lapar pun tahu cari nasi.. Sakit pun tahu cari ubat inikan pulak benda camni...Habis kenduri aku terus cakap gan mak aku, mulai dari hari ni aku x kan jejak kaki aku di rumah si polan dan si polan.. Mak akur je sebab dia faham anaknya ini malu dan tertekan dengan soalan-soalan maut nie..

Lepas kejadian tue, buat aku berfikir balik. Buat apa aku nak sakit hati, buat apa aku sampai nak membenci orang. Redhakan saja. Ini semua dah di tentukan oleh Allah. Kalau mereka masih mempertikaikan sama seperti mereka tidak percaya pada rukun iman ke 6. Sehingga kini bila orang tanya aku hanya akan jawab.. "tanyalah Allah kenapa DIA x nak bagi lagi." confirm orang tue akan malu dan mengalah...Penat dah , so rasanya itu jawapan terbaik kerana aku tahu mereka x akan bertanya lagi.

So pada rakan-rakan yang sering di ajukan 3 soalan seperti yang aku sebutkan di atas, Just abaikan saja..x perlu nak serabutkan otak. Sebenarnya kita bertuah kerana Allah memilih kita untuk di uji sedemikian rupa, itu tandanya Allah sayangkan kita. Dugaan yang di beri akan buat kita lagi kuat dan tabah.. percayalah kerana itu yang aku cuba lakukan sekarang...









20 comments:

Adi Zhaf said...

kesabaran sentiasa akan diuji =)

☾SHiemaCMa786☾ said...

btl tu...agak2 klu kite tanye soalan kat dia:
"bila nk mati plak"

blh tak???

dah tahu semua tu ALLAH yg tetapkan lagi mau tanya mcm kita pulak yg janjikan...

kena ingat..kita hanya MERANCANG... ALLAH TA'ALA JG YG MENENTUKAN...

Sabar tau amy.. :)

Mimie said...

biasalah tuh amy...org nih kdg2 tak sedar pertanyaan die tuh wat kite pns ati...dulu sy mcm tuh jugak...dorg ckp mandul la,pe la...skang hamek, skali dua org kuar tau..bru diam mulut diorang..pdli dgn ckp2 diorang tuh

Sheherazade said...

fhm sgt dear :'(,sabar byk2 ye

apdm said...

salam..

banyakkan sabar kak, biasanya mulut orang tua yang kurang kesedaran agama ni mmg macm tu.. tapi tak yah ambil kisah sangat..

sedikit samalah kes kita, sy baru setahun kahwin, baru ni masa kahwin abg ipar, orang itu dan ini tanya, ada isi tak lagi? malah siap ada yang usup perut saya lagi. sentap saya, beraninya pegang perut saya.

saya tak sedih pun bila diaorang bising cakap saya belum hamil walaupun dah setahun kahwin, yang saya sedih kenapalah diaorang bizi hal orang. kalau ikut nak menjawab mmglah, tapi bila fikir maruah suami...senyum memanjang jelah..hehe..

harap akak tabah. DIA tahu segalanya untuk kita.

Unknown said...

Allah menguji mereka2 yang layak diuji..
Amy seorang yang kuat sebab tu Dia uji Amy...

Acik Erna said...

assalam Amy..acik dah alaminya..bila dah aada anak 3 hero..tanya lagi..tak de yang perempuan ke.
acik jawab jugak.."dulu saya berdoa pada tuhan..semoga dikurniakan anak..tak pulak saya minta lelaki ke perempua..syukur alhamdulillah dah ada anak" acik kata..senyap terus dia..

Kakzakie Purvit said...

Dalam keluarga kakak yg tak ada anak ada, yg tak menikah ada, yg anak cuma satu pun ada tapi kami redha dan percaya qada' dan qadar Allah tak siapa boleh melawan.

Dlm keluarga kakak pun pernah terjadi ambil anak angkat kena ambil semula pun ada Amy. Kakak rasa ujian pada kakak ipar kakak lagilah besar kerana dia dah berusia yg memang tak boleh lagi dapat zuriat.

So... Amy masih muda dan kira baru (walau Amy rasa dah lama)yg penting ada usaha. Org cakap apa just ignore.

Unknown said...

sabaq jer la

pu3.ahmad said...

huhuhuuh same di sini T_T memang dtg rase benci dan menyampah. takphm kenape ade org2 mcm nih. takbole ke bia je. sobs. mmg kte pon da jd bad mood. ouh kalau yg bau2 kentut tu sy pon ade, siap dpn2 org ramai duk buat bahasa isyarat perot besar. stiap hari, da ngandung ke, bole g berubat dah kot, da setahun da nih kesian tadak anak. T_T ouh maap. luah pasaan lak hihiih

anyss said...

Assalamualaikum,
Tak ada benda yg elok kat mata orang. Kurus pun salah, berisi pun salah. kahwin kena tanya, lambat kahwin pun tanya. Ada anak sekapal pun mengata, tadak anak pun mengata.

skrg depa tak tanya dah bila nak kahwin sebab dah jawab "Tengah tunggu sultan muhammad V masuk minang"

DIAM terus sampai sekarang hu huhu

Chekgu Azrine said...

yup..hanya dengan bersabar je boleh bantu kita redha..

sabar ye sis..

Unknown said...

sabar....

merahitujambu said...

diorg kadang2 x sedar ke bila ckp menyakitkan hati ini..haish

merahitujambu said...

sabar ya syg..sy doakan awak ya..moga di permudahkan untuk dpt anak..insyaALLAH..=)

aliza said...

akak faham situasi ni,.. yg lama x ada isi satu hal, yg cepat sangat berisi pun satu hal.. mulut manusia ni bukan boleh ditutup macam mulut tempayan, yg penting kita tahu siapa kita,..

Unknown said...

jawapan kak ayu?

mati pun saya tak tau bilaaaa

munna said...

sabar je lah amy.... mulut org mmg susah kita nak tutup...

drugs free medication for baby said...

Alhamdulillah cik amy boleh berfikiran begitu. & dgn sabar menerima semua ketentuan Allah. ys pernah melalui situasi spt cik amy. sy harap cik amy boleh maafkan makcik2 yg bermulut tak ade isurans tu & doakan agar mereka lbh matang sblm bercakap. bkn semua org boleh meletakkan dlm fikiran mereka yg semua ini adalah kuasa Allah SWT. sy yang dah ade anak nak masuk 3 & semua perempuan, kawan sy sendiri, bkn makcik2 kampung, org yg educated, boleh cakap "yg ni xpandai nk plan & dpt anak, seme jadi perempuan"..sy cume mampu doa dlm hati. ya Allah..aku bersyukur ini semua rezeki & perancangan mu..ampunkan mereka..aku bsyukur terhadap semua rezeki & ketentuan MU..

kalo dulu sy stress dgn soalan2 begini, namun wujud org2 yg seperti ini sebenanye lbh membuatkan sy jadi org yg bersyukur pd Allah & sabar menghadapi situasi2 & kerenah2 manusia..

azhariahzuber said...

kita lbh th hidup kita. pedulikkan org len

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign