As'salammualikum w.b.t...
Sumpah!!! rindu gile dowh nak membebel dan merapu kat sini.. Lame sungguh aku menyepi.. Bukan x nak update tapi apakan daya sejak di serang penyakit alah cahaya, maka terpaksa la aku membawa diri ke dunia baru.. Kembali ke zaman batu, tiada handphone, tiada lappy mahupun televisyen.. tapi kalau aku teruskan juga maka seharian la aku akan pening kepala.. Mata ni dah rosak agaknya..hurmmm..
Pada 20/12/2012 baru nie adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Mu Ya Allah, Kau panjangkan jodoh kami..Walau pelbagai dugaan & rintangan telah kami lalui.. Alhamdulillah.. Kami menjadi semakin kuat & dekat pada Mu.. Kami menjadi semakin mengenali diantara satu sama lain,menerima Qada & Qadar Mu dengan redha & sabar.. Terima kasih jua diatas rezeki yang tidak pernah kurang tuk kami dan Aku bersyukur kerana Kau telah kabulkan segala doa-doaku.. Amin...
Tahun nie, buat pertama kalinya aku sambut anniversary berjauhan dengan en.hubby.. x de apa-apa sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya.. cuma aku berhajat akan mengadakan kenduri doa selamat/ sembahyang hajat pada hujung bulan ini. Jadi segala hadiah bagai memang x terlintas di fikiran aku untuk minta kepada hubby.
Alhamdulillah tahun 2012 adalah tahun rezeki bagi aku.. Dari awal tahun hingga hujung tahun , rezeki aku x pernah putus.. Walaupun aku di uji dengan pelbagai dugaan tapi alhamdulillah rezeki aku sentiasa ada..Syukur, alhamdulillah terima kasih ya Allah..
Rasanya dah hampir 4 bulan aku berehat dari menguruskan bangla dan hampir 4 bulan juga aku kurangkan aktiviti perniagaan online.. semua aku serahkan kepada adik aku. Tapi sepanjang waktu berehat alhamdulillah, masih ada lagi rezeki buat ku..
Terbaru rakan niaga ku menawarkan pakej untuk mengerjakan UMRAH pada bulan 4 nanti.. separuh daripada harga pakej di tanggung sepenuhnya oleh company.. Alhamdulillah rezeki yang tidak di sangka. Sumpah! aku memang dah lame sangat berhajat nak pergi ke sana. Tapi apakan daya aku terpaksa menolaknya di atas sebab-sebab tertentu hu hu... Mungkin belum rezeki aku lagi untuk ke sana..
Selain itu, aku juga ada menerima present sempena anniversary aku baru ni dari seorang kenalan rapat yang tinggal di Singapore. Serius pada awalnya aku sangkakan ianya sekadar melawak tapi apabila barang yang di berikan sampai ke tangan aku.. Terkejut dan x sangka sangat..ianya benar-benar di berikan.. En.hubby pun sukar untuk mempercayainya.. Mana mungkin orang boleh berikan hadiah semahal itu. tapi tuelah bak kata orang rezeki jangan di tolak , x gitu ekekeke....
# Sejak mengenali diri beliau pada 2001 sehingga kini dah pelbagai barang berharga yang di hadiahkan pada aku. Siapa sangka perkenalan biasa di sebuah hotel boleh kekal sehingga kini. Ingat lagi time tue aku baru habis SPM dan bekerja partime di salah sebuah hotel sebagai housekeeping..beliau pula pelanggan tetap hotel berikutan suaminya seorang jockey kuda.Alhamdulillah , dia sangat baik dengan aku walaupun kami berlainan agama... Doa ku moga persahabatan kami akan kekal hingga ke hujung nyawa...
Sekian , post terakhir untuk 2012...
9 comments:
Oh patutlah amy senyap je kan..apapun happy belated anniversary to u n hubby..moga kekal bahagia selamanya..apapun hadiah dari kenalan tu mmg best!
hadiah tu mmg bestla..rezki murah..alhmdulillah
Bila sebut berlainan agama tu, saya memang kagum! Sebab saya pun ada ramai kawan berlainan agama yang baik hati (tapi belum la dapat hadiah mahal camtu) dan depa ni memang sentiasa menghargai persahabatan.
Tahniah.
Happy anniversary juga, semoga jodoh dan rumahtangga rukun aman damai sejahtera.
akak pun rindu ngan amy
dah lama x baca amy merapu disini
alhamdulillah dikk
akak doakan kedatangan tahun baru nie amy lebih kuat , kuat harungi dugaan dari allah ..
tinggalkan kenangan 2012 jauh2 yee dik .. oh ya selamat ulangtahun ke 4 , semoga terus bahagia dan dirahmati allah ..
amboi2 .. bestnyaaa dpt laptop layie , bukan mudah nak dpt sahabat yg tahu nilai sebuah persahabatan .. ;)
Semuanya rezeki Allah... alhamdulillah!
salam amy..
hhuhuh..selamat menyambut ulang tahun perkwahwinan buat kalian berdua ye..
alhamdulillah..semoga amy diberikan kesihatan yg berpanjangan dan murah2 rezeki selalu..
amin... :)
Sekejap je masa berlalu. Dah nak masuk 2013. Apa azam baru?
-> ❤ TechKini.com
Alhamdulillah rezeki..
Moga 2013 akan terus dimurahkan rezeki :D
Alhamdulillah & hpy anvsery
Tahniah ye..best nyer dapt adiah..hehehe
Lama tak update blog. sunyi je..
hope 2013 lebih tabah dgn org² yg suka ckp y bukan².biar la ape pon org nk ckp. mulut tempayan leh tutup.. mulut mnusia x leh nak tutup.. baik lagi si tempayan tu..
Biarkan la dgn org y iri hati tu hidup camtu.. sampai ble² pon tak mju..
kmi doakan smga 2013 bertambh² rzki, bhgia disisi org tsyg dan snyum selalu..
Post a Comment