Jan 21, 2013

Doakan agar ada rezeki buat kami.. perkhabaran kurang baik bila keguguran


As'salammualaikum w.b.t...

Camner nak cakap erk! Hurmmm.. Macam nie la, rasanya benda nie dah banyak kali sangat aku cite kat sini..  kalau ada yang mengikuti perkembangan aku pun pasti dah rasa loya, meluat dan menyampah.. ye lah asyik dok ulang benda yang sama je kan..

Sejujurnya aku x marah pun tapi sebaliknya, aku berterima kasih sangat sebab ada yang sudi bertanya khabar dan ini menunjukkan masih ada orang yang ambil berat tentang diri aku. Aku hargainya sangat!

Cuma buat masa nie apa yang boleh aku katakan hanyalah, doakan saja agar ada rezeki buat kami untuk menimang cahaya mata tahun nie..Siapa x nak anak kan! Tambahan pula, bila usia perkahwinan sudah memasuki tahun ke 4..

Bukan uolsss je x sabar nak dengar berita gembira nie malah kami lebih dari itu.. Jadi doakan yang baik-baik buat kami.. In Sha Allah kalau sudah sampai rezeki buat kami, akan aku kongsikan bersama teman-teman dan saudara mara di sini... Cuma buat masa nie, tiada apa yang aku ingin kongsikan di sini..

Ok bercerita mengenai zuriat, hari nie aku dapat perkhabaran yang kurang baik. Kakak ipar aku mengalami keguguran. Takziah pada abang dan kakak ipar aku. Aku faham perasaan dia ketika ini, tambahan pula ianya adalah cahaya mata pertama bagi mereka.. Harap abang dan kakak ipar aku tabah menghadapi dugaan ini. In Sha Allah lepas nie pasti ada rezeki lagi...


Note: " Baru nie fil ada minta seorang ustaz dari masjid Taman Uda untuk datang melihat keadaan rumah aku.. Ini kerana selepas kejadian tue, aku jadi lemah semangat sangat.. takut, mudah terkejut sampaikan terbawa-bawa dalam tido... Selepas di lihat ternyata ada benda yang cuba menganggu tapi bukan sihir atau apa cuma benda yang nak menumpang.. Menurut kata ustaz tersebut, rumah aku nie adalah laluan benda halus.. Kebetulan di belakang kawasan rumah nie , ada sekolah agama. dan sekolah tersebut sering berlaku gangguan2 jin nie...Harap pasni x de la , lagi gangguan seperti itu..."









Jan 6, 2013

Rebat RM200 Pembelian telefon pintar dan cara memohon


Salam hujung minggu...

Sedikit info mengenai rebat RM200 pembelian telefon pintar.. Syarat kelayakkan , cara memohon , jenis telefon dan cara untuk menuntut rebat.

Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti di bawah :
1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun (pelajar pun boleh)
2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
3. Hanya satu telefon pintar untuk seorang
 
Cara memohon

Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi yang mana terdahulu.

Jenis Telefon :

 *UPDATE : Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan..

1. Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
2. Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

Cara untuk menuntut rebat

 Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.

Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.









Jan 4, 2013

Pergaulan bebas di alam maya


Salam Jumaat semua...

Kat luar tak pernah bertegur sapa.. Pandang pun tak.. Tapi kat dalam FB… kencang! Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri.. Bersalah dengan diri sendiri.. Adakah hipokrit? Sebab tu lah orang cakap, di alam maya, ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..

Ada orang, di alam realiti sangat pemalu. Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken. Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain. Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun dengan kawan berlainan jantina. Tapi di alam maya, kencang je chatting dengan kawan yang berlainan jantina.

Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban.. sungguh, di antara kita tidak terlepas dari masalah menjaga ikhtilat di antara lelaki dan perempuan. Di luar punyalah tsiqah dan warak.. angkat muka pun tak mahu di depan kawan-kawan berlainan jantina.. MALU! Tapi di alam maya……. tak sanggup nak tulis kat sini. Teramat malu..Malu dengan diri sendiri. Malu kepada Allah. Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..

Ya Allah..Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan.. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat.. Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..

Marilah kita katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya! Walaupun kesannya sukar dilihat, tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada hati dan adab sosial seharian. Pelihara hati, pelihara tingkah laku, pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah, pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.

Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Aamiin..^_^
~peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan juga sahabat-sahabat lain. moga Allah redha~


Nota kaki : Semalam aku ada terlihat seorang sahabat, berstatus isteri orang.. berchatting dengan ramai lelaki tanpa rasa segan silu sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar.. rasa malu sangat! Nauzubillah min zalik minta di jauhkan la dari perbuatan tersebut.








Jan 3, 2013

First medical check up di tahun baru


Assalammualaikum w.b.t...

Pagi nie aku ada check up dekat hospital.. Sebelum keluar rumah haruslah isi perut kenyang-kenyang dulu.. Fil pun dah siap belikan 2 bungkus nasi lemak untuk aku.. Hamek kau, kiranya hari ni hari ke 4 aku sental nasi lemak.. kalau dulu sebungkus tapi tidak lagi sekarang... hahahaha! makan punya la banyak tapi berat badan tetap sama je, camner???? huhu!

Alhamdulillah, patient hari nie x ramai.. Jumpa doktor cepat..Giliran ambil ubat pun x sampai 5 minit menunggu.. Sukanya sayaaaaa.. Lagi buat aku suka, bila doktor bagitahu keadaan diri aku dah semakin ok. ALHAMDULILLAH. x sia-sia minum jus delima.. aceh! bukan nak promote ok sebab aku x jual pun tapi hakikatnya.. jus delima memang bagus untuk kesihatan.

Hurmmm.. Ok bila sebut mengenai hospital, terutama hospital kerajaan, aku yakin ramai yang merugut dan tidak puas hati dengan perkhidmatan dan layananya.. perkhidmatan yang agak lambat dan tidak berkualiti. Tapi bagi aku tidak semua hospital kerajaan begitu. Jangan hanya kerana ada sebahagian kita yang sudah mampu mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta.. maka kita memiliki kecenderungan yang tinggi untuk memandang rendah pada hospital kerajaan.

Betul memang tidak di nafikan hospital kerajaan memang ada kelemahan..Terutama sekali kalau bab perkhidmatan yang di berikan. Tapi alhamdulillah sepanjang aku mendapatkan rawatan di hospital kerajaan,  layanan yang di berikan sangat memuaskan samaada dari segi doktornya mahupun nursenya...

Setiap kali ada temujanji, nurse yang menjaga rekod kesihatan aku akan call untuk ingatkan aku. Macam petang semalam, nurse HUSM ada call aku tapi dik kerana aku x pick up fon, makanya hari nie seawal pagi lagi dia dah call ingatkan aku. Kiranya kalau lupa temujanji pun x pe sebab ada orang yang akan ingatkan.. aceh! suka sangat...

So hospital swasta ke ,kerajaan ke semuanya sama je..kalau ada yang x sama tue, bukan hospitalnya yang bermasalah tapi orangnya yang bermasalah. Untuk staff HUSM, aku bagi kredit..sangat puas hati dengan layananya..Nurse semua baik dan x sombong.. manakala doktor dan prof pula semuanya mesra alam..


Note: Lawak sengal di hospital tadi.. Dik kerana sejuk yang melampau maka dua tiga kalilah aku berulang alik ke toilet. Sampaikan aku x sedar yang aku terlupa nak tukar selipar dan pakai selipar toilet ke sana ke mari, sehinggalah di tegur oleh nurse di situ.. merah padam muka aku, camner la aku leh pakai selipar toilet yang besar macam badut tue.. patut la orang dok pandang je..ingatkan pasal apa rupanya pasal selipar hu hu hu...









Jan 2, 2013

Setelah 4 bulan dapur tidak berasap


Selamat petang...

Hurmmm, sejujurnya sudah 4 bulan aku tidak ke dapur dan tidak memasak @ dalam erti kata lainnya, dapur tidak berasap.. hahahahahaha!! pemalasnya la kau nie amy???! kuwang kuwang kuwang.. Sila abaikan kemalasan ku itu ;) .. 

Ok nak di jadikan cerita, baru-baru nie aku pulang ke kampung bersama mak dan ayah. Hampir seminggu lebih juga aku tinggalkan en.hubby di rumah... Bukan tinggalkan keseorangan tapi di temani oleh mil dan fil...So x de la aku risau makan minum en.hubby tapi still rasa bersalah kerana tinggalkan en.hubby lame-lame.. Rinduuuuuuu dowh...aceh hihi..sila jangan muntah!

Sepanjang berada di kampung, baru la aku  ke dapur.. Itu pun sebab ada tetamu.. mak nak melayan tetamu jadi aku la yang terpaksa menyediakan makanan. Menu pagi tue bihun goreng je... 

Bila dah start masak, jadi semakin bersemangat la nak memasak.. macam-macam la menu yang bermain di fikiran aku... Lagi bertambah semangat bila kakak-kakak ipar aku suruh masak itu dan ini... Dan akhirnya aku sudah masak semula.. wah bangga! mau x bangga , 4 bulan kau x ke dapur... mujur masih kenal sudik dan kuali ahaks! ;)

Lame x masak macam slow pulak aku nie.. nak masak satu-satu makanan tue terpaksa mengambil masa yang lame.. adehhh!! mujur 4 bulan kalau lebih dari itu maybe aku terpaksa gunakan buku sebagai rujukan.. aceh boleh pulak gitu.. 

Ok la sebelum terlupa, aku nak tanya uollssss... ada x sapa-sapa kat sini yang tahu kat mane nak order popia nestum.. Aku nak beli tapi x tau nak dapatkan kat mane.. sebelum ni aku tempah kat member tapi  time musim perayaan je la..takut x de musim perayaan dia x buat.. so kalau ada sapa-sapa yang tahu atau menjualnya.. tolong inform aku ye.. Serius ni bukan main-main.. 









Jan 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya dan jendela 2013 kini dibuka.. Selamat datang 2013.. Syukur, segala puji bagi Allah, pagi ini masih diberikan peluang bernafas untuk meneruskan tugas sebagai khalifah. Memulakan hari dengan ibadah, menjamah rezeki yang dikurniakan bagi meneruskan langkah dalam misi menambah ilmu, bukan untuk diri sendiri namun untuk dikongsikan bersama.

Selamat tahun baru 2013 to all! Alhamdulillah we have gone trough the year 2012 successfuly either full of joys, happiness, sadness or with tragedies and don't forget that we r stil given the opportunity to continue our life until today Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! 2013 is the 29th years of my life on earth... May this year bring us berkah, healtiness & happiness towards my life, families and friends.Happy New Year 2013!! amin ;)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign