Salam Jumaat semua...
Kat luar tak pernah bertegur sapa.. Pandang pun tak.. Tapi kat dalam FB… kencang! Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri.. Bersalah dengan diri sendiri.. Adakah hipokrit? Sebab tu lah orang cakap, di alam maya, ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..
Ada orang, di alam realiti sangat pemalu. Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken. Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain. Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun dengan kawan berlainan jantina. Tapi di alam maya, kencang je chatting dengan kawan yang berlainan jantina.
Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban.. sungguh, di antara kita tidak terlepas dari masalah menjaga ikhtilat di antara lelaki dan perempuan. Di luar punyalah tsiqah dan warak.. angkat muka pun tak mahu di depan kawan-kawan berlainan jantina.. MALU! Tapi di alam maya……. tak sanggup nak tulis kat sini. Teramat malu..Malu dengan diri sendiri. Malu kepada Allah. Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..
Ya Allah..Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan.. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat.. Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..
Marilah kita katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya! Walaupun kesannya sukar dilihat, tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada hati dan adab sosial seharian. Pelihara hati, pelihara tingkah laku, pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah, pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.
Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Aamiin..^_^
~peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan juga sahabat-sahabat lain. moga Allah redha~
Nota kaki : Semalam aku ada terlihat seorang sahabat, berstatus isteri orang.. berchatting dengan ramai lelaki tanpa rasa segan silu sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar.. rasa malu sangat! Nauzubillah min zalik minta di jauhkan la dari perbuatan tersebut.
8 comments:
Na'uzubillahhiminzalik...
tulah sedar atau tidak .. inilah fenomena skrg huhu
Itu yg di risaukan... Pd diri sendiri atau pd pasangan.. Semoga kita semua di lindungiNya... Sob3...
Etika menggunakan IT sendiri kena tahu Amy. Moga perempuan itu cepat tersedar..
harap dijauhkan dr sifat tak malu gini..sebg isteri bkn ke wajib kita jg air muka suami? wallahualam
thanks ats peringatan ni kak :)
Salam Amy..
huhuhu.. itulah kan..mudah2an kita dijauhkan dari sifat sebegitu..
nauzubillah... :"(
Astarfirullah
moga jadi iktibar
moga dijauhkan..
thanks ats teguran.
kdgkala kita alpha u tonjolkan diri..mmg mengaibkan
Post a Comment