Jan 27, 2015

Travel ke KL, Melaka dan Ipoh


Minggu ni ada banyak urusan yang perlu di selesaikan.. Me and hubby ke kl untuk beberapa hari.. Alhamdulillah setelah semuanya selesai.. Hubby pulang ke KB seorang diri manakala aku and Amsyar akan ke Melaka untuk beberapa urusan lain...


Sesampai di melaka, sempat juga lah meluangkan sedikit masa berjumpa dengan sanak saudara.. Setelah beberapa hari di Melaka, aku pulang kembali ke KL sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh... Seminggu lebih juga aku berada di Ipoh, selesaikan beberapa kerja dan tempahan pelanggan untuk majlis berendoi..

Alhamdulillah selesai kerja di Ipoh, aku ke kl semula untuk ambil hubby di airport.. kali ni confirm balik bersama dengan hubby.. ye la dekat 3 minggu amsyar x jumpa abinya.. Sian amsyar rindu sangat sampaikan kehulu kehilir bawa gambar abinya.. nak cakap rindu x reti huhu...

Tido semalam di KL then balik ke KB.. Fuhh penat owww, asyik travel je, habis sakit-sakit badan.. Tambah penangan 8 jam perjalanan dari KL - KB.. ras anak patah pinggang di buatnya huhu!

Hurmm..Tiba-tiba lak teringat kerjaya sebelum ni, handle bangla.. setiap minggu merata pergi out station, tinggalkan rumah berminggu-minggu.. Sedar x sedar dah setahun lebih aku meninggalkan kerjaya sebagai seorang mak tiri bangla hihi.. aka agen pekerja asing.. tiba-tiba lak terasa rindu, macam-macam ragam bangla ada.. rindu situasi busy time tu, rindu nak out station macam tu, rindu nak marah bangla-bangla, rindu nak jumpa budak-budak imegresen, banyak perkara yang dulu daku terasa stress dan x suka tapi kini terasa rindu nak buat semula..

Alahai.. itulah kehidupan manusia.. masa melaluinya kita merungut, kita x suka, kita marah tapi bila kita dah lepaskan semuanya, masa tu baru la terasa rindu dan nak lalui semula apa yang pernah kita lalui sebelum nie... Apa pun nak handle 420 orang bangla bukannya senang, sangat rindu saat itu..kini hanya tinggal 1 kenangan...


Jan 12, 2015

i Love My Sister



Aku x ada adik yang ramai, hanya ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.. Aku sayang adik-adik aku.. bila dapat tahu adik sakit, akulah orang yang paling risau.. maybe cara aku amek berat lain, agak tegas tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa aku risaukan adik.. alang sayangkan kamu, alang tahu kamu menderita tapi kamu kena kuat.. jangan sesekali lemah.. kuatkan semangat.. doa banyak-banyak moga ada keajaiban berlaku... hospital kita ikhtiar, perubatan kampung pun kita ikhtiar.. alang akan ada bersama kamu.. alang tahu kamu kuat.. kamu boleh lawan penyakit kamu.. apa juga result yang doktor bagi amek dari sudut positif.. jangan terlalu fikir sangat doktor hanya merawat selebihnya kerja Allah.. teruskan berdoa adik ku.. alang nak kamu sihat seperti dulu...




Jan 9, 2015

Wallpaper Hiasi Dinding Rumah Anda

As'salammualaikum..

Gumbira sangat hari ini kerana dapat feedback ikhlas daripada salah seorang pelanggan yang beli wallpaper kiki emoti
Thank You Soooo Much Dear!! heart emoticon Nanti boleh la rekmen pada rakan-rakan yang lain yee..hehe

Ok customer ni memilih 2 design wallpaper.. design pertama wallpaper 3D berbentuk batu bata dan design kedua, wallpaper 2D berbentuk bulat-bulat.. Wallpaper ini sangat mudah untuk di pasang.. Just tanggalkan pelapik gam di belakang, tampalkan wallpaper di dinding sambil lurutkan dengan tangan dari atas menghala ke bawah.. X sampai beberapa minit dah siap.. 

Tadaaaaaaa... lihat la sendiri nampak cantik dan mewah kan???

Okies! now jom kite layan gambar-gambar yang telah di kongsikan oleh beliau di fb baru2 ni. Ala tomey tomey 
kiki emoticon Ala tantik tantiknye kiki emoticon I like!!! Thank you sooooo much dear!!








Jan 7, 2015

Air mata kesedihan ku, Oh sinar raudah


Assalammualaikum..

Haa ??? Blog not found ? Dengan kadar jantung yang berdegup kencang, Aku segera menaip lagi url blog dan cuba sedaya upaya untuk membukanya namun apa kan daya, hampa belaka..

OMGGGGGG ! memang confirm blog aku dah x de. Rasa nak luruh seluruh jantung, hati, hempedu limpa semua, seakan macam nak jeritttt sekuat hati sambil hentak-hentak kaki dan pukul-pukul dada..

Terima kasih blog kerana berjaya menitiskan airmata ku buat julung julung kalinya selama aku bergelar seorang blogger.. Sedih dan pilunya rasa, tapi apakan daya kerana kesilapan dan kecuaian sendiri sehingga tidak dapat mempertahankan sinar raudah dot com lagi! Akhirnya blog ini terkubur sepi di lautan hindi.. Hekk !

Aku terus membuka email dengan hati yang hampa lagi hampehh.. Aku sentkan email kepada Netkl, harapan aku yang menggunung tinggi, setinggi gunung tahan dan kinabalu lantas aku menaip satu persatu kesedihan di hati dan di hantar kepada Netkl. X lame selepas itu aku terima respon dan jawapan yang aku terima sungguh mendukacitakan, seperti menerima kata putus dari seorang kekasih kepada kekasihnya.. sakit yang amat ku rasa lantas air mata pun bergelinangan jatuh membasahi kedua belah pipi ku yang gebu ni.. huh!

Gilerrr x nangis! Sedih kot segala usaha, penat lelah aku bertahun sebelum ni untuk Sinar Raudah. Habis macam tue je.. Domain tidak dapat di renew lagi berikutan sudah ada yang membelinya. Netkl mencadangkan aku untuk menukar domain lain dan setelah berfikir panjang akhirnya lahirlah blog ini..

Okay fine, aku pasrah sambil menyanyikan lagu Pasrah Erra Fazira ..So bermula la perjalanan blog baru ku, Moga blog ini dapat kekal lame dan bertahan dan daku ada kesempatan untuk membebel di sini..

Sekian
- Mek na -


Pakej Tahun Baru D'Marz Bridal


Sempena Tahun Baru ini..kami di D'marz Bridal ingin memberi harga PROMOSI kepada 10 customer terawal yang menempah D'AMANDA CRADLE + Sesi Photoshoot Berendoi..
Untuk Keterangan lanjut mengenai Harga Promosi boleh >>
Pm | Sms | WhatsApp | 011-3914 2561 ( Amy ) | 017-335 4398 ( Zam )





Jan 5, 2015

Selamat Malam


Orang yang sayangkan diri sendiri pasti tidak akan membenarkan orang lain melukakan hatinya. Jadi maafkan dan Ikhlaskan setiap kelukaan yang berlaku...

- SELAMAT MALAM -

Amsyar Buli Mama


Selamat Malam semua..

Budak ni buli mama dia huhu.., 
Luka sikit kat lutut, 
Di suruhnya mama tarikan suarnya ke bawah 
Sebab dia x nak tengok luka tu.. 
Sibuk dok tunjuk luka tu. 
Soh pakai suar panjang x nak.. 
Dah sapu minyak , Nak boh bedak pula..
Dah boh bedak, Soh pusing keliling rumah.. 
X nak jalan kononnya kaki sakit 
Jadi mama dukung la.. 
Dah 3 round pusing keliling rumah.. 
Masuk round ke 4 mama dah pancit.. 
Abang amsyar bukan ringan lagi sayang huhu!
Mama buat muka penat, 
Dia ketawakan mama pulak.... 
Amsyar Amsyar...


Jan 3, 2015

Sekadar meluahkan


"Apabila terjadinya sesuatu perkara, lebih ramai yang suka menjadi mangsa daripada mengambil tanggungjawab atas setiap perkara yang berlaku. Umpama mereka yang terjatuh di dalam lubang dan Lubang yang dipersalahkan kerana menyebabkan dirinya jatuh terperangkap tetapi mereka tidak pernah sekali-kali berusaha untuk keluar dari lubang ini. Akhirnya tinggallah di dalam lubang kegelapan tersebut sebagai mangsa"..

Jan 2, 2015

Jumaat pertama di tahun baru 2015


Salam Jumaat dan Selamat Tahun Baru buat semua saudara mara, rakan - rakan dan pelanggan-pelanggan... Aku dengan rendah diri, ingin memohon maaf jika ada salah silap, sepanjang tahun lepas buat anda terguris hati, tersentuh hati, terasa hati dengan aku.. Aku mohon maaf.. Buang yang keruh ambil yang jernih! 2014 sudah pun berakhir, marilah kita sama-sama mulakan yang baru...

AZAM 2014 - Alhamdulillah!..semuanya tercapai.. SYUKUR ya ALLAH.
AZAM 2015 - inshaALLAH.. berusaha keras lagi! chaiyokkkkk!!!

☛ Tahun baru
☛ Nafas baru 
☛ Semangat baru 
☛ Buku baru 
 Moga di permudahkan segalanya.. 


Jan 1, 2015

Tahun Baru, Blog Baru


Salam buatmu di ambang tahun baru,

Ikhwah dan Akhawat,

Rasanya sudah terlalu lama aku menyepikan diri dalam dunia blog ini, lebih-lebih lagi apabila alamat blog milik ku sebelum ini sudah expired dan tidak boleh di renew lagi.. Maka dengan berat hatinya serta rasa terpaksa berbaur perasan sedih lagi pilu, daku mendeletenya dari kotak ingatan ku, OH SINAR RAUDAH =) bye! bye!

Hari ini dengan nafas baru, dengan azam baru dan dengan harapan dan alamat blog baru, daku dengan berbesar hatinya dan dengan sebenar benarnya tiada yang lain melainkan yang benar-benar belaka, daku ingin memaklumkan kepada semua, dengan hati yang girang lagi gumbira sambil terkinja kinja bahawasanya hari ini dan di saat ini daku dengan muka x malu, sambil senyum ala-ala kerang x cukup busuk, ingin kembali membebel tanpa henti mengeringkan air liur dan gusi di belog yang vuruk ni..

Moga ada ruang untuk aku membebel dan berkongsi lagi di sini ..

Salam tahun baru
- Mek Na -




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign