Jan 7, 2015

Air mata kesedihan ku, Oh sinar raudah


Assalammualaikum..

Haa ??? Blog not found ? Dengan kadar jantung yang berdegup kencang, Aku segera menaip lagi url blog dan cuba sedaya upaya untuk membukanya namun apa kan daya, hampa belaka..

OMGGGGGG ! memang confirm blog aku dah x de. Rasa nak luruh seluruh jantung, hati, hempedu limpa semua, seakan macam nak jeritttt sekuat hati sambil hentak-hentak kaki dan pukul-pukul dada..

Terima kasih blog kerana berjaya menitiskan airmata ku buat julung julung kalinya selama aku bergelar seorang blogger.. Sedih dan pilunya rasa, tapi apakan daya kerana kesilapan dan kecuaian sendiri sehingga tidak dapat mempertahankan sinar raudah dot com lagi! Akhirnya blog ini terkubur sepi di lautan hindi.. Hekk !

Aku terus membuka email dengan hati yang hampa lagi hampehh.. Aku sentkan email kepada Netkl, harapan aku yang menggunung tinggi, setinggi gunung tahan dan kinabalu lantas aku menaip satu persatu kesedihan di hati dan di hantar kepada Netkl. X lame selepas itu aku terima respon dan jawapan yang aku terima sungguh mendukacitakan, seperti menerima kata putus dari seorang kekasih kepada kekasihnya.. sakit yang amat ku rasa lantas air mata pun bergelinangan jatuh membasahi kedua belah pipi ku yang gebu ni.. huh!

Gilerrr x nangis! Sedih kot segala usaha, penat lelah aku bertahun sebelum ni untuk Sinar Raudah. Habis macam tue je.. Domain tidak dapat di renew lagi berikutan sudah ada yang membelinya. Netkl mencadangkan aku untuk menukar domain lain dan setelah berfikir panjang akhirnya lahirlah blog ini..

Okay fine, aku pasrah sambil menyanyikan lagu Pasrah Erra Fazira ..So bermula la perjalanan blog baru ku, Moga blog ini dapat kekal lame dan bertahan dan daku ada kesempatan untuk membebel di sini..

Sekian
- Mek na -


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign