May 28, 2012

Suami dapat mms isteri dengan lelaki lain



Tajuk tersangat la hot! tapi di sebalik tajuk tue ada cerita yang melucukan antara pasangan suami isteri nie iaitu aku dan hubby hehe... So sweet la! tapi dalam sweet² tue aku kena jaga juga , jangan sampai yang sweet jadi pahit.. masa tue apa pun x boleh huhu...

Al kisah masa aku out station baru nie. Serius memang aku bz x hingat , kuar lepas subuh malam kol 10 x sampai rumah lagi. Tapi hubby x de la risau mane sebab aku di temani oleh ayahanda dan bonda. Tapi aku tetap ada rasa bersalah , ye lah hubby dah nak tido aku masih atas jalan lagi. Lagi touching bila hubby mesej cakap sian mama... Oh terasa dowh! sayangnya la hahaha....

Habis kerja kat Ipoh aku ke kl. Di sebabkan takut naik bas aku ambil train dari ipoh ke kl sentral. Sampai di kl aunty hubby dah menunggu. So petang tue aku bersama dengan aunty je la sehingga sebelah malam baru aku bersama adinda ku.

Keesokan paginya , aku hantar adik ke tempat kerja sebab aku nak guna keretanya. Settle semua aku ke Imegresen Putrajaya. Tunggu partner dan runner sampai.. Agak sesak jugak la dengan jalan banyak tutup dan jem di sebabkan sambutan hari Belia. Setengah hari aku di sana , janji nak pergi rumah rakan pun x sempat. Settle di putrajaya aku terus menuju ke kl. Urusan di kl pula agak lewat settle sehinggakan janji aku bersama 2 rakan untuk singgah di ofis mereka terpaksa di tangguhkan ke sebelah petang.

Bayangkan betapa sibuknya aku , sampai dah lewat petang baru boleh makan. Di sebabkan perut dah kelaparan maka aku berhenti makan dekat salah satu cafe berhampiran tesco pandan. Makan pun cepat² sebab nak kejar adik balik keje. Pick up adik terus menuju ke South City Plaza..

Di sebabkan x sempat nak ke ofis rakan maka kami berjanji bertemu di SCP dengan di temani oleh adik  aku. Borak punya berborak sampai handphone berbunyi pun aku x sedar. Serius aku kalau dapat bersembang , especially bab bisness memang kusyuk x hingat la. Dekat sejam lebih juga la aku di sana dan dah nak maghrib baru gerak balik.

Masa otw nak balik , aku ambil handphone nak call hubby bagitahu dah otw nak balik sekali terpandang missed call dan sms dari hubby. Aduh! camner la boleh x dengar nie..Aku pun dail no hubby , belum sempat cakap pape tiba² hubby tanya , pergi mana..asal x angkat fon , sms x jawab..ni papa dapat mms mama dengan lelaki lain?? sapa??? hujung ayat ada bunyi gelak....

Perghh!! Sound macam nak serius tapi x jadi , aku santai je jawab dengan Mr.Z , adik pun ada sekali. Rasanya dah bagitahu sebelum ni kan. terus hubby jawab mujur jawab confident , mana ada saja nak trick je.. Adik aku kat sebelah bukan main lagi ketawakan aku... Bukan apa aku kenal hubby macam mane , dia bukan jenis cemburu.. So aku x de nak amek port sangat! x ada gaya langsung dia marah , lagi nak ketawa ada la....sebab lepas dia cakap terus dia ketawa camner tue x sempat nak gabra dah suka hahahaha....

Sweet la bila hubby buat camtue..tue tandanya dia sudah hilang sabar..call dan sms x di layan last bila cakap camtue baru nak jawab! sian hubby.. now nak minta izin kuar out station lagi , macam dah susah lak! dia x nak di tinggalkan lame² lagi... Aku faham , rindu sebab aku pun merasainya.. Pape pun saya sayang suami saya , hubby banyak berkorban untuk saya dan sangat memahami karier saya. Insyaallah sampai masa saya akan lepaskan kerjaya ini.Itu janji saya padanya :)




Semangat yang hilang akhirnya datang kembali


Assalammualaikum..

Agak lama tidak mengemaskini blog ini..Sekali berhenti menulis amat sukar rasanya untuk memulakan kembali.. Alhamdulillah semangat menulis yang hilang akhirnya datang kembali dengan izin ALLAH.. Terima kasih di atas kunjungan kalian.. Walaupun tiada kunjungan balas dari aku tapi uollsss tetap sudi singgah dan bertanya khabar di sini. Thanks appreciate sangat!

Maaf , sejak kebelakangan ini jadual aku tersangatlah padat sehingga tiada masa untuk berbelog. Kalau ada masa terluang pun aku just update di facebook saja.. Bulan ni aku banyak sangat travel sampaikan masa yang ada pun aku rasa x cukup.. Kalau boleh buat penambahan masa dari 24 jam ke 36 jam sehari kan bagusss... Tapi x boleh la fikir diri sendiri , kena fikir orang lain sama kan! Lagi pun mana mungkin masa boleh di anjakan begitu sehari. Sungguh x masuk akal...

Anyway thanks pada semua yang sudi singgah di sini. Happy sangat bila lihat traffic blog! Itu menunjukkan SR masih lagi menerima kunjungan daripada uolllssss...Terima kasih ye :)








May 10, 2012

Raja sehari dan HARHARAH BRIDAL


Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Hujan ribut angin menderu
Di tepi kuala airnya biru
Ucapan "Selamat Pengantin Baru"
Selamat menempuh hidup baru

Amacam ok tak! sesekali berpantun rasa best juga hehe.. Sebelum terlupa aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kedua sahabat aku nie iaitu Ruziani dan Laily Qaisyirah rakan blogger MTT yang bakal mendirikan rumahtangga pada awal bulan depan.. Sorry sangat sebab tak dapat datang , clash date dengan kenduri kekanda ku huhuhu! 

Bermula hujung bulan nie pasti banyak jemputan kahwin.. ye la asal ada cuti sekolah maka ada la kenduri kahwin.. kepada yang bakal bergelar raja sehari tue , time² gini dah x boleh merayau sangat dah.. Orang tua² kata tengah berdarah manis , so sebaiknya duduk di rumah je...

Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga, di sini aku nak kongsikan sesuatu dengan uollss. Kebiasaannya perkara pertama yang sangat penting adalah memilih butik pengantin.. Maybe x semua orang fikir begitu tapi boleh di katakan majoritinya sangat menitik beratkan soal andaman. Kalau boleh nak pakaian yang cantik , pelamin yang grand , jurumekap yang profesional , hiasan bilik tido yang indah , hantaran yang kelas dan kalau boleh semuanya nak nampak sempurna.. ya lah kahwinkan sekali seumur hidup! kalau mampu apa salahnya..

Ok bagi mereka yang tinggal di pantai Timur , aku nak rekmen satu butik pengantin yang aku rasa sangat superb dari segi pakaian , pelamin dan terutama sekali make upnya.. 100% memang puas hati! aku berani bagi jaminan kerana time aku kahwin dulu , mak andam dari butik nie la yang make upkan.. Sebelah pempuan semua puji pandai mak andam nie make up sampai berubah habis muka aku , ahaks! perasan ahkak kejap hehe...

Butik nie adalah milik kakak saudara en.hubby. Nama butiknya HARHARAH BRIDAL. Bukan kerana ownernya saudara, sampai aku nak puji melangit ye tapi kerana hasil kerja butik ini sangat la puas hati.. bukan nak sembang kencang tapi uolllsss boleh lihat sendiri , dari segi pelamin , pakaian dan make upnya.. pergi mane² , bila sebut Harharah bridal pasti orang akan tahu , make up dia memang terbaik....

Ok now jom layan gambar. Cuci mata dulu , mane tahu kalau ada yang berkenan boleh terus hubungi owner Harharah Bridal iaitu Kak Jai di akaun FBnya di SINI.

Signboard HARHARAH BRIDAL

LOCATED 
LOT 2044 TAMAN SARI, 
JALAN HOSPITAL @ JALAN BAYAM, 
KOTA BHARU KELANTAN BANGLO 2 TINGKAT 
(CORNER LOT) 

PAKAIAN PENGANTIN





Sebahagian pakaian yang ada di HARHARAH BRIDAL

MAKE UP



PELAMIN








HIASAN BILIK PENGANTIN


AMARAN


Tidak di benarkan copy gambar TQ!
















Tolong berhenti menfitnah saya



Salam pagi khamis...

Sebelum nie aku dah pernah buat post mengenai fitnah dan hari nie sekali lagi aku nak postkan berkenaan hal tersebut. Fitnah?? Apa yang uollsss tahu pasal fitnah. Orang yang suka membawa mulut dengan mereka-reka atau mengada-adakan cerita serta melaga-lagakan orang sehingga kisah pendek menjadi panjang.  samaada dengan niat mahupun tanpa niat. 

Sikap sebegini akan merosakkan sesuatu kebahagiaan orang lain dengan menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya. Antara faktor yang menimbulkan fitnah adalah terdorong oleh perasaan iri hati , dengki dan gila kuasa..

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi sekarang, semakin mudah pula orang mengadakan berita palsu dan fitnah dengan cepat tersebar sehingga boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang.. Apa untungnya manabur fitnah??? Mereka akan mendapat kepuasan dengan menjatuhkan pihak lawan... 

Tahu ke apa hukumnya menfitnah orang?? Orang yang menyebar dan menabur fitnah ini , dirinya sama sahaja seperti membunuh malah mungkin lebih besar bahayanya dari pembunuhan yang di buat. Kenapa ianya lebih kejam dari pembunuhan kerana fitnah sama seperti melakukan pembunuhan terhadap karektor seseorang..

Saat datang ujian Allah, iman boleh ke tepi. Tak kira siapa pun kita. kadang² orang yang marah dengan si polan kerana tak tahan ujian Allah.. Cuba tengok bila saat dia pulak yang terkena nanti, jika kukuh iman dia amat bertuahlah dia kerana zaman ni iman seperti belon , boleh meletup bila² masa.

Saya pinjam satu ayat dari seorang ustaz , dalam hadis sahih pun jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya. Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri² ahli neraka.. Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah, ia tanda kita ahli neraka. Nauzubillah minzalik minta di jauhkan la...

Orang yang menghadapi fitnah perlu ada kesabaran dan kesedaran yang tinggi.. Moga Allah S.W.T sentiasa melindungi orang yang di fitnah. Nasihat saya kepada mereka yang suka menfitnah orang , terutama sekali pada mereka yang suka menfitnah saya.. tolong hentikan perbuatan tersebut kerana ia akan merugikan diri sendiri...Walaupun di dunia anda terlepas tapi tidak di sana... Jadi fikir²kan la.. keputusan ada di tangan sendiri samaada anda memilih untuk menjadi ahli syurga ataupun ahli neraka...





May 9, 2012

Jadual percutian ke luar negara bersama Amy Syaquena


Selamat Tengahari...

This month adalah bulan yang paling busy bagi aku. 40 orang user slimming program aku kena handle dan sabtu ini pula aku akan out station lagi... Destinasi pilihan dalam Malaysia.. Ceit! x de maknanya destinasi pilihan , out station buat keje bukan makan angin.. Kalau asyik makan angin je , cukup bulan boleh gulung tikar bisness aku huhuhu..

Bulan nie aku kena siapkan mana² kerja bangla yang tertangguh , arrange trip ke KOREA 29hb nie.. kena siapkan final persiapan perkahwinan kekanda ku... Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk aku dan segalanya di permudahkan ~ amin

Sebelum terlupa just nak bagitahu uolllssss.. now aku ada buat beberapa trip ke luar negara , kalau ada yang nak join pun boleh.. Trip akan datang ke Seoul Korea pergi 29 hb balik 3 hb mei - price all in RM3600 , trip nie aku x join ye pasal kekanda ku nak kahwin so x boleh la join..Kalau ada sesiapa berminat boleh bagitahu ye...

Di sini aku sertakan jadual trip akan datang...

29 Mei 2012 trip ke Korea , price all in dalam RM3600

27 June 20012 trip ke bandung-jakarta , price all in dalam RM1200-RM1300
Flight - Garuda Airlines

September (date x pasti lagi) trip ke Beijing price all in dalam RM2200-RM2280
Flight - MAS

Trip ke Vietnam setiap bulan ada price all in dalam RM1500-RM1650

Oct trip ke Dubai , date dan price masih belum dapat lagi.. kalau ada yang berminat boleh bagi nama

Dec trip ke Korea , trip nie insyaallah aku join.. so pada rakan² yang nak join boleh la mesej amy ye....


Itu saja sekian...



Note: Actually nak buat post lain sekali terkeluar post begini..so ping saja la hehe :)









Wordless Wednesday : Korang ada ke macam nie


Aku suka kumpul fridge magnet

tapi 

dia suka

kumpul ini...

kreatifnya dia

see meriahnya kereta abe nie hehe...

terbaekkkkk!!!

sekian...







May 8, 2012

Orang yang bersikap talam dua muka , bermuka dua dan lidah bercabang




Story adik beradik..
Firestone dan Tray 2 Face..
- betul ke dalam english sebut camnie , betulkan saya kalau salah ye! ..

Kalau tadi aku cite pasal Firestone so untuk post nie aku nak story pasal Tray 2 Face pulak! atau dalam bahasa melayunya Talam Dua Muka.. Aku yakin pasti ramai yang x suka akan sikap ini kan?? tapi kalau kuih talam confirm semua pakat angkat tangan suka sebab kuih tue sedap..x macam talam dua muka rasanya hampeh...dah la x sedap pastu semua orang benci pulak tue huhuhu! Jadi janganlah jadi seperti talam dua muka kelak sikap itu pasti akan di benci orang...

Orang yang talam dua muka atau lebih tepat di panggil bermuka dua dan lidah bercabang ini adalah orang yang suka berbuat baik di depan kedua² orang yang sedang bermusuhan. Depan si A , x lekang mulut dia memuji tapi depan si B bukan main baik dia mengeji si A...Begitulah sebaliknya..Siap ada penambah rasa lagi untuk menyedapkan cerita..Jalan cerita kalau biasa sangat x best so kena la kasi hot² sikit barulah boleh jual.. tak gitu ahaks!

Pastu si mak talam nie pula akan menjanjikan kepada si A dan si B untuk melenyapkan lawannya.. Perbuatan semacam ini adalah termasuk sifat kaum munafik. Begitu jugalah ia berbuat kepada pihak yang satu lagi. So sama je batu api dengan talam dua muka kan! yang pasti kedua²nya adalah sikap negetif dan tidak harus ada pada diri kita.. Minta simpang Oooo......

Tapi ada juga yang bersikap talam dua muka tapi untuk kebaikan.. Nak tahu kebaikan macam mane kena tunggu post lain pulak!







Gelaran FireStone atau batu api



Morning Readers..

Hari ini aku nak story pasal FireStone atau dalam bahasa melayunya Batu Api..Pasti ramai yang dah tahu erti peribahasa ini yang membawa maksud orang yang suka menghasut atau melaga²kan orang lain untuk sesuatu kepentingan samaada dengan niat mahupun tanpa niat. Berniat mungkin kerana faktor iri hati , cemburu atau dengki melihat kelebihan orang lain. Manakala tanpa niat pula , ia mungkin berkait rapat dengan hobi yang sedari kecil lagi sememangnya suka menjadi batu api..

Apa yang pasti orang yang mempunyai sikap batu api ini tidak sesuai di jadikan kawan mahupun teman hidup. Sebolehnya cuba elakkan diri dari berdepan dengan orang sebegini. Kadangkala muka nampak cantik , tutur kata lembut dan berbudi bahasa tapi hakikatnya subahanaallah.. Mulut tahap puaka.. Orang begini , sebenarnya tidak berani berdepan tetapi sebaliknya mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya..Hati² dengan orang macam nie...

Orang yang mempunyai sikap sebegini sama saja seperti tiada maruah diri. Menjadi batu api hanya untuk menyemarakkan lagi kemarahan orang lain terhadap si polan itu dan ini.. Sepatutnya jadilah orang tengah yang dapat menyatukan kembali hubungan kedua pihak tetapi bukan dengan menambahkan lagi mereka bermasam muka.

Kalau niat hati nak membantu , biarlah ianya benar² ikhlas membantu tapi bukan dengan memburukkan lagi keadaaan.Tidak malukah nanti jika diri digelar batu api dan manusia yang hina kerana perbuatan buruk sedemikin. Perbuatan yang sangat merugikan diri sendiri dan hanya akan memakan diri.

Orang mungkin tak akan lihat perbuatan buruk itu tapi Allah sentiasa melihat dan mengetahui segalanya niat buruk yang bermain dalam kotak fikiran hambaNya.Jadi jangan sesekali masukkan diri kita dalam senarai orang yang memalukan diri sendiri.. Bukan nak cakap diri nie baik tapi aku sangat sedih dan malu melihat sesetengah orang yang berkelakuan begini.Nasihat aku insaflah sebelum menyesal kemudian hari..tak ada untung pun malah rugi lagi ada..Orang semua sibuk mengejar pahala tapi bukan mengejar dosa jadi fikir²kan la...

Sekian...






May 7, 2012

Politik , Bersih & Kes Azmin Ali...



Salam readers...

Im back setelah seminggu lebih tidak buka belog...Sapu² sawang sikit sambil tiup kanan dan kiri hehe.. Perghh!! tersangat la rindu nak merepek di sini.. Alhamdulillah segala urusan aku di permudahkan...Now masa untuk berehat , ada 5 hari saja untuk aku berehat puas²..Than continue out station lagi..nampak gayanya kena tinggal lagi la en.hubby aku huhuhu...

Hari nie aku gunakan masa yang ada dengan mengadap lappy.. kira balas dendam la nie , setelah beberapa hari x dapat online...Skodeng sana, skodeng sini rasa macam x best je.. Balik² cerita pasal politik , pasal bersih , pasal kes si anu dengan si polan..Aduh please la , rasa malu pulak!

Tak perlu la nak menuding jari pada sesiapa..take easy!! Islam itu mudah tapi jangan kita ambil mudah dan memperlekehkan Islam. Sebagai contoh Islam menyuruh kita MENUTUP AURAT. Pakailah apa jua asalkan TUTUP AURAT. Kebanyakkan daripada kita pakai tudung tapi belum tentu tutup aurat. Aku tak tuju pada sesiapa ye kerana aku sendiri pun masih dalam usaha memperbaiki diri..

So begitu jugalah halnya dalam politik. Lantiklah sesiapa sahaja asalkan dia MENGUTAMAKAN ISLAM dalam pemerintahannya.Begitu juga isu akhbar. Baca lah akhbar mane pun asalkan tiada unsur fitnah dan penipuan dalam tu. Tak kiralah utusan melayu, Harakah, Kosmo. Selagi ianya benar dan tiada unsur² negatif seperti lucah, maka silakan baca. 

See, Islam tu mudah kan? You will see the beautiful of Islam when you TRULY UNDERSTAND Islam :)


Note: beza betul berita surat khabar dulu dan sekarang..berita di tv dulu dan sekarang hrmmmm...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign