May 8, 2012

Gelaran FireStone atau batu api



Morning Readers..

Hari ini aku nak story pasal FireStone atau dalam bahasa melayunya Batu Api..Pasti ramai yang dah tahu erti peribahasa ini yang membawa maksud orang yang suka menghasut atau melaga²kan orang lain untuk sesuatu kepentingan samaada dengan niat mahupun tanpa niat. Berniat mungkin kerana faktor iri hati , cemburu atau dengki melihat kelebihan orang lain. Manakala tanpa niat pula , ia mungkin berkait rapat dengan hobi yang sedari kecil lagi sememangnya suka menjadi batu api..

Apa yang pasti orang yang mempunyai sikap batu api ini tidak sesuai di jadikan kawan mahupun teman hidup. Sebolehnya cuba elakkan diri dari berdepan dengan orang sebegini. Kadangkala muka nampak cantik , tutur kata lembut dan berbudi bahasa tapi hakikatnya subahanaallah.. Mulut tahap puaka.. Orang begini , sebenarnya tidak berani berdepan tetapi sebaliknya mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya..Hati² dengan orang macam nie...

Orang yang mempunyai sikap sebegini sama saja seperti tiada maruah diri. Menjadi batu api hanya untuk menyemarakkan lagi kemarahan orang lain terhadap si polan itu dan ini.. Sepatutnya jadilah orang tengah yang dapat menyatukan kembali hubungan kedua pihak tetapi bukan dengan menambahkan lagi mereka bermasam muka.

Kalau niat hati nak membantu , biarlah ianya benar² ikhlas membantu tapi bukan dengan memburukkan lagi keadaaan.Tidak malukah nanti jika diri digelar batu api dan manusia yang hina kerana perbuatan buruk sedemikin. Perbuatan yang sangat merugikan diri sendiri dan hanya akan memakan diri.

Orang mungkin tak akan lihat perbuatan buruk itu tapi Allah sentiasa melihat dan mengetahui segalanya niat buruk yang bermain dalam kotak fikiran hambaNya.Jadi jangan sesekali masukkan diri kita dalam senarai orang yang memalukan diri sendiri.. Bukan nak cakap diri nie baik tapi aku sangat sedih dan malu melihat sesetengah orang yang berkelakuan begini.Nasihat aku insaflah sebelum menyesal kemudian hari..tak ada untung pun malah rugi lagi ada..Orang semua sibuk mengejar pahala tapi bukan mengejar dosa jadi fikir²kan la...

Sekian...






11 comments:

Unknown said...

pukul je orang mcm ni...hehehe

Anum said...

saya benci lelaki mcm nie

SN said...

sokong entry nie :>

Cikrosecute said...

Betul tue...tak suka jugak batu api nie...

Sheherazade said...

mmg xde maruah btl

Sheherazade said...

mmg xde maruah btl

Sheherazade said...

mmg xde maruah btl

Kakzakie Purvit said...

Nama pun batu api memang akan panaslah jadinya.. so jauhilah sebab kadang kita dihasut syaitan tanpa sedar... kembali segera bila tersedar.

sahromnasrudin said...

yg pasti, org batu gajah takde sifat batu api kans...

☾SHiemaCMa786☾ said...

x suka org yg batu api..
elok ketok je pala dia ngan batu..
pastu iduokan api kat pala dia..
heh.. kejam x? :p

dear anies said...

xyah d layan org cm ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign