Assalammualaikum..
Mood aku pagi ni memang x baik.. Hari ke 3 demam dan badan masih rasa sakit² lagi. Bukan aku moody kerana demam tapi moody kerana ada orang saja cari pasal dengan aku. Ya Allah kenapa la masih ada lagi manusia macam nie dalam dunia nie.Sedih betul la!
Kalau aku sihat x pe la kau menyusahkan keje aku , ni kita betul² x sihat time nie la nak bergurau kasarnya.. Nie bukan bergurau kasar lagi tapi saja ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Kalau ia pun terdesak bukan ini caranya. Atau kau memang dah terbiasa buat keje macam nie. SIAL betul la!
Aku x akan angin satu badan kalau orang x kacau aku , x menyusahkan keje aku..tapi aku cukup pantang kalau orang MENIPU dan tak JUJUR. Benda yang x ada di ada²kan.. X rasa bersalah ke.. x rasa malu ke.. kalau ia pun kemaruk nak sangat , usaha la untuk dapatkan dengan jalan yang betul tapi bukan dengan cuba menipu orang..
Semua ini berlaku gara² duit masuk ke akaun aku tapi tidak tahu siapa tuannya. Di sebabkan aku betul² x larat nak mesej sorang² bertanyakan status duit tersebut maka aku postkan di wall FB.. niat aku pun sebab x nak melambatkan penghantaran. Sekiranya aku tidak tahu siapa tuan empunya duit tersebut , macam mane aku nak buat penghantaran.
Pagi nie aku terima mesej. Mesej tersebut mengaku itu duitnya. Bila aku tanya status barang yang di order dan akaun mane yang di transfer, dia jawab Iphone 3gs & samsung note , akaun cimb. Perghhhh!!! tak teragak dia nak kencing aku.Mentang² la semalam aku dah post , dengan confident la dia jawab. Tapi mujur juga semalam aku highlightkan time transfer , so bila aku tanya balik masa dia jawab pukul 1. Agak pelik sebab x sama dengan masa yang tercatat di akaun aku.Last aku minta dia attchkan aku slip pembayaran , dia jawab ok..Aku check balik dekat email dan semua laman sosial aku , hampeh memang x de...
Perkataan kelmarin tu biasanya di gunakan oleh orang mane??
kita boleh fikir secara logikkan..
kalau orang kita akan sebut semalam tapi bukan kelmarin
kalau kelmarin means dua hari lepas
hoohoho! kantoi sudah...
Kau kalau ia pun nak kencing agak² la , dekat 2 ribu lebih tue tapi sayangnya jumlah amount yang ada dalam akaun aku tidak mencukupi untuk membeli dua hp tersebut. So banyak petunjuk yang menunjukkan kau cuba nak menipu.Lagi bertambah yakin bila tuan empunya diri tampil menunjukkan bukti pembayaran. Alhamdulillah bersyukur dan lega sangat , di saat aku memerlukan keadilan akhirnya Allah berikan kebenaran.. Setelah semuanya terjawab baru aku tahu , orang yang mesej aku itu cuba untuk menipu aku.
Note: Tahun lepas aku dah pernah kena tipu hampir 10k , so aku memang lebih berhati² sekarang. dan kerana pengalaman lame aku gunakan setiap sumber yang ada untuk trace no telifon tersebut.Alhamdulillah berhasil.. so tuan empunya no bersiap sedialah anda ye...
20 comments:
fasal duit,mcm2 kan manusia sekarang
amy t.care ya,sabar
bw je muka pengadilan ... padan muka
nk try la calll ..hehehe
die tak jawaqb la call even byk kali aku try ..hahahaha
haha ambik kau menipu lagi. dapat sekali pakej no kena sebar kat blog haha bagus akak. :) biaq padan muka orang tu
org utara selalunya kalu x silap kelmarin d refer sbg semalam...
sabo je la kak org cenggini... yg penting kite berhati2 selalu
berniaga memang banyak cabaran.. tapi bila dah ada pengalaman kita akan belajar dan lebih hati2.. sabarlah ye..nasib baik org tu tak berjaya menipu..
harap2 dapat tau siapa yang bank in duit tu..kalau critical boleh mintak bank trace siapa yang transfer..
eh oh..sori..tuan punya dah tampil kan..hehe..
pergh kak,yg ni mmg melampau.kelmarin org kedah biase guna.maksud kelmarin smlm.tapi,dari cara ckp dia,dia bukan org kedah pun .teruk betol org skrg ni kan.sabar jelah kak
Jenis manusia yang hendak senang dengan menyusahkan orang lain. Ish... kenapalah berani sangat dia nak menipu tu. :(
err.. tak semua org ke guna kelmarin?
habislah.. no fon dah ditayangkan kt blog ni. lepas ni boleh kaco.. hahahaha.. :P
ape kes bod** sgt.. isk3. xptt betul
adoii amyyy
akk baca naik geram ngan org macam nie
macam bukan org kite je .. org kite ke ?? huhuhu sib baik tuan punya tampil kalau tidak susah ati juga , masuk duit banyak tapi x tahu sape kan ;)
amyy take care , jgn fikir sgt , risau gangu kesihatan amy .. miss u dik & take care ;)
padan muka dia..
alahai manusia ni ...mcm2 perangai.. :(
amy dah sihat dari demam? smga cepat sembuh ye..
Assalamualaikum,
jangan lupa buat laporan polis. Tak berjaya sini, dia akan tipu tempat lain pulak.
semoga amy lebih berhati hati dan peka keluar masuk akaun, nanti di tipu pulak.
huhuhu...kalu kelmarin tuh biasa ore2 kawe guno ayat gituh. hahahaha
Gila menipu! Agak2 la nak menipu pun... Dapat dosa x pasal2...
x habih2 nk menipu org
Org cam ni tak lama senangnya...
Ini yang dikatakan menipu di dalam terang...ermm. Macam2 manusia nie.
Post a Comment